Doc Azman51's Weblog

Lifelong Education

# Pengisian Ibadah Dalam Bulan Ramadhan


Khutbah Jumaat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Bacaan pada 12 Julai 2013

 

Pengisian Ibadah Dalam Bulan Ramadhan

“Ya aiyuhannas…..

Ikhwanil muslimin!

Saya berpesan kepada diri saya dan kaum muslimin sekelian dengan pesanan takwa kepada Allah swt setiap masa dan sentiasalah mensyukuri akan nikmatNya kepada kita sekelian khususnya nikmat Ramadhan dan puasa.

 Alhamdulillah kita kini sudah berada di bulan “Ramadhan Kareem” yang dimuliakan Allah Azza wajalla. Ramadhan bulan Rahmat dan bulan limpahan keampunan dari Maha Pencipta kepada semua hambaNya.

 Rasullullah saw bersabda yang bermaksud: “Puasa itu adalah amanah, maka wajib keatas kamu menjaga amanah itu .”(Sanat hasan)

 Rasullullah saw bersabda lagi yang bermaksud: “ Perlihatkanlah kepada Allah swt akan kebaikan diri kamu.”(Riwayat Tabrani)

 Sebagai hamba wajiblah kita mengetahui dan menyediakan sebanyak pahala untuk mengadap Allah swt yang Maha Esa pada hari yang tiada manfaat harta dan anak  pinak.

Allah swt berfirman dalam Surah Al Kahfi, ayat 46. Bermaksud; “Sesungguhnya harta dan anak pinak adalah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal salih yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”

Sebelum kita meniti lebih jauh dalam mengejar Ramadhan ini, eloklah kita perhatikan beberapa aktiviti yang mempunyai PAHALA TERAMAT BESAR antaranya:

 1.      Membetulkan niat

Rasulullah saw bersabda: Maksudnya “Hanya dikira amalan seseorang itu dengan niat dan bagi seseorang itu apa yang dia niatkan.”

 Niat itu berperanan mengangkat darjat hamba dan mendekatkan dirinya kepada Allah swt.

“Wahai Allah! sesungguhnya kami berniat menghambakan diri kepadaMu di bulan Ramadhan, mengharapkan keampunan dan RahmatMu.”

 

  1. Khatam Quran setiap minggu di bulan Ramadhan atau sekurang kurangnya sekali di bulan Ramadhan.

 Rasulullah saw bersabda yang bermaksud; “Amalan utamaku yang paling afdal ialah membaca Al Quran.”

 

Sebagai panduan sekiranya para muslimin melazimkan diri membaca 4 mukasurat  Al Quran (2 helai) setiap waktu solat, InsyaAllah diakhir Ramadhan kita akan khatamkan sebuah Quran.

 

  1. Sedekah harian pada setiap hari di bulan Ramadhan

Rasulullah bersabda, maksudnya; ” Sesiapa yang menghampirkan diri kepada Allah swt dengan melakukan kebaikan, ianya seperti menunaikan ibadah fardhu pada bulan yang lain.”

 

  1. Memperbanyakkan zikirallah pada setiap hari bulan Ramadhan.

 

Rasulullah saw bersabda  yang bermaksud;  “Dua sifat yang mendapat keredhoan Tuhan kamu iaitu mengucapkan Lailla hail lallahdan beristighfar memohan keampunan kepada Allah swt.” (Riwayat Ibn Khuzaimah)

 

  1. Istighfar memohon keampunan kepada Allah swt pada setiap hari di bulan Ramadhan.

 

Rasulullah saw bersabda bermaksud;  “Sesiapa yang sentiasa memohon keampunan kepada Allah swt nescaya Allah swt menjadikan baginya pelepasan dari kesempitan, kejayaan selepas kedukacitaan dan mengurniakan untuknya rezeki dari sudut yang tidak disangka sangka.” (Riwayat Ahmad)

 Sabda Baginda lagi, maksudnya, “Orang yang bertaubat kepada Allah swt seperti ianya tidak melakukan dosa.(Riwayat Ibn Majah).

 

  1. Berselawat keatas Rasulullah saw, pada setiap hari bulan Ramadhan.

 Rasullullah bersabda, maksudnya: “Sesiapa berselawat keatasku sekali, maka sentiasalah para malaikat berselawat kepadanya selama ia berselawat kepadaku. Maka terserahlah kepadanya samada berselawat sedikit atau memperbanyakkan nya.” (Riwayat Manzari)

  1. Mengerjakan solat terawih pada setiap malam di bulan Ramadhan.

 Rasulullah saw bersabda, maksudnya: ”Sesiapa mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka akan diampunkan dosanya yang lepas dan akan datang”. (Riwayat Bukhari)

 

  1. Memberi makanan untuk berbuka puasa.

 Rasullullah saw bersabda yang bermaksud: ” Sesiapa yang memberi makanan untuk orang berbuka puasa walaupun sedikit susu  atau seteguk air atau sebiji tamar, yang demikian juga mereka yang memberi kenyang kepada orang yang berbuka puasa melainkan baginya keampunan terhadap dosanya dan diberikan Allah swt minuman dari kolam yang dia tidak akan dahaga lagi buat selama lamanya sedangkan pahalanya tidak kurang daripada pahala orang yang berpuasa itu”.

  1. Banyak berdoa dan berzikir.

Rasulullah saw bersabda, Maksudnya: “ Dua perkara yang kamu tidak dapat tiada dari daripadanya iaitu memohon kepada Allah swt syurga dan memohon perlindungan dari azab neraka.” (Riwayat  Al-Thabrani).

Sabda Baginda lagi, maksudnya: “Orang yang banyak berzikir kepada Allah swt di bulan Ramadhan akan diampunkan dosanya dan mereka yang memohon doa kepada Allah swt tidak akan rugi selama lamanya.”  (Riwayat Baihaky)

  1. Zakat Fitrah

 Sabda Rasulullah saw yang bermaksud; “Zakat fitrah membersihkan orang yang berpuasa daripada perkara melalaikan, sia sia dan kotor dan sebagai pemakanan untuk orang orang miskin. Sesiapa yang menunaikanya pada hari raya, ini adalah zakat fitrah yang diterima dan sesiapa yang menunaikan nya selepas hari raya maka ianya satu sedekah.” (Riwayat Abu Daud).

 Para ulama’ menyatakan yang dimaksudkan dengan kalimah “kabli solat” itu ialah sebelum terbenam matahari pada hari raya pertama dan “bakda solat” ialah selepas terbenamnya matahari pada hari tersebut.

 Sabda baginda lagi, yang bermaksud;  “Puasa Ramadhan tergantung antara langit dan bumi dan tidak akan diangkat sehinggalah dia menunaikan zakat fitrah.” (Riwayat Manzari).

Akhuani muslimin!

 Sebagai kesimpulanya, peluang ibadat di bulan Ramadhan terlalu banyak dan rebutlah peluang ini yaitu:

1)                 Memperbetulkan niat.

2)                 Membaca Al Quranul Karim

3)                 Sedekah

4)                 Zikir lillah

5)                 Memohon keampunan kepada Allah swt

6)                 Selawat keatas Rasulullah saw

7)                 Mengerjakan solat terawih

8)                 Memberi makan untuk berbuka puasa

9)                 Memohan syurga dan perlindungan dari  neraka

10)            Zakat fitrah

 

Dan lain lain lagi.

Disediakan dan disemak oleh: Panel khutbah Majlis Agama Islam Kelantan.

Ditranskrip; Normah Ja

July 21, 2013 - Posted by | Khutbah, Ramadhan

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: