Doc Azman51's Weblog

Lifelong Education

# Masyarakat Melayu Kelantan, Assabiah dan TGNA


Masyarakat Melayu Kelantan, Assabiah dan TGNA

Teman berasal daripada Perak dan pernah bekerja di KL dan Ipoh. Kemudian ingin mencari ketenangan di tempat yang tidak sibuk maka di pohonlah kerja ke Kelantan. Mula-mula keluarga ramai yang tidak bersetuju kerana sebab yang telah diberikan, negeri mundur, tiada kemajuan, assabiah, kedaerahan, tidak menyantuni orang luar dan sebagainya. Keputusan diambil dan dengan pertunjuk Allah ketenangan yang dicari daripada kesibukan kota besar akhirnya sampailah ke Kelantan dan telahpun menetap lebih daripada 20 tahun di Kelantan kerana bertugas.

Mula-mula teman juga berasa bimbang dengan label assabiah orang Kelantan. Tetapi setelah mengenali masyarakat Kelantan, berkecimpung dalam NGO, usrah, tolong menolong dalam aktiviti kemasyarakatan, di masjid dan di surau, bermasyarakat dengan penduduknya yang ramah mesra yang sentiasa bermuka ceria bila ditegur, senang berbincang teman tiada masalah. Teman nampak lebih jelas jiwa dan rohani pembawaan Islam dalam masyarakat ini. Teman semakin amat mesra dan cinta dengan Kelantan, bila boleh mengikuti bermacam majlis ilmu, tafsir Al-Quran, belajar tafsir hadith, kitab-kitab dan sebagainya. Bila keluar daerah berjauhan daripada Kelantan amat terasa hendak balik secepat mungkin kerana kedamaian dan suasana aman yang menanti.

Sekarang teman bertugas di Terengganu buat seketika. Maaflah orang Teregganu (hanya untuk kebaikan, tidak semua), amat berbeza masyarakatnya, tidak berapa mesra, berat mulut bila ditegur, kurang tumpuan untuk tolong menolong, juga sesama mereka. Jiran yang cepat mesra pula rupanya asalnya orang Kelantan yang pindah kesini.

Aktiviti kemasyarakatan kurang sekali.  Jemputan rumah ke rumah amat tidak berlaku walaupun dah kenal lama ataupun anak didik atau bekas penuntut kita sendiri yang sudah bergaji besar. Aktiviti bermaklumat, percanggahan pendapat, perancangan tidak berlaku. Hidup selesa sendiri-sendiri, dengan apa yang ada. Aktiviti perniagaan juga lembab dan tiada kreativiti, mungkin disebabkan kurang mahu berkerjasama menolong antara satu sama lain. Sikap Melayu yang berdengki dan tidak mahu melihat Melayu lain berjaya, rasanya tinggi tahapnya disini. Penginiayaan sesame sendiri berlaku dalam mengejar pangkat dan kuasa. Bahan bacaan susah kelihatan, surat khabar alternative tidak pernah terjumpa dimana-mana. Juga di masjid Rusila tidak ada bahan bacaan dan ruang bacaan, atau dilambakkan untuk bacaan umum kerana kesusahan untuk mendapatnya di mana-mana. Maka kuranglah ilmu dan kemahiran. KURANG BERILMU ini juga menyumbang kepada gejala yang berlaku disetiap segi kehidupan mereka dan tidak menyumbang kepada peningkatan “LIFE SKILLS”. Bukan bermaksud ambo mencemuh tetapi realitinya begitu dan haruslah diperbaiki untuk kemajuan umat. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Terengganu, termasuk juga negeri-negeri lain.

Tetapi assabiah penduduk Kelantan telah membantu mereka menerajui dunia luar. Lihat sahaja dimana-mana, mereka tentu ada dipelusuk dunia. Ini meningkatkan minda mereka, dengan bantu membantu sesame meraka. Di Saudi, merekalah yang paling ramai disana, hidup berniaga, belajar, agen untuk membawa Jemaah haji dan umrah juga banyak sekali jika dibandingkan dengan negeri lain. Assabiah telah digunakan untuk silartulrahim dan kerjasama, disamping tidak menganiaya orang lain. Cuba lihat berapa pula calon luar yang diberi tempat untuk bertanding di Kelantan.

Masyarakat Kelantan amat berbeza dari segi hubungan kemasyarakatannya, kerjasamanya, kemesraannya, taburan ilmu dimana-mana, kedai buku, newspaper stand, aktiviti ekonomi yang perbagai, penuh kreativiti, pengaliran wang yang rancak sampai kesetiap peringkat masyarakat.

Apa yang saya lihat di Indonesia, tiada peluang berniagaan untuk dikongsi bersama kekayaan negara, wangnya tidak cair, tiada aktiviti ekonomi untuk kelas bawahan dan menengah boleh dijalankan bersama. Akhirnya ekonomi kaku. Masyarakat tidak boleh berbelanja, purchasing powernya rendah. Ini amat berbeza dengan masyarakat Kelantan. Purchasing powernya tinggi. Pernah dilapurkan sebulan sahaja penduduk Kelantan berbejanja satu juta di Tesco. Berapa banyak supermarketnya, berapa pula banknya. Pernah saya kira Maybank di bandar Terengganu, hanya ada 2 pejabatnya selain mesin ATM yang mungkin ada 2-3 lagi. Di Kota Bharu sahaja ada lebih daripada 6 bangunan Maybank termasuk foreign exchange. Mesin ATM nya dimerata tempat, di supermarket dan station minyak. Ini menandakan aktiviti ekonomi yang ‘robast’, rakyatnya berduit walaupun di tekan di anak tirikan. Di Terengganu negerinya kaya tetapi ada rakyatnya masih miskin, tidak dibantu. Wang negeri boros dibelanjakan untuk monsoon cup, stadium yang runtuh dan berbagai lagi. Jalan raya yang sepatutnya dibena dibiarkan sahaja dengan jalan lama 20 tahun yang lalu, tidak ada highway untuk hubungan menjana ekonomi penduduk. Negeri yang kaya, dirompak sedemikian rupa, hanya untuk mengkayakan kroni-kroni umno.

TGNA dan ulama-ulama yang lain telah menaikkan syiar Islam di masjid-masjid dan medan ilmu. Ilmu diutamakan. Secara keseluruhannya ulama-ulama disini telah berjaya membawa fahaman akidah yang tepat dalam Islam dan menolong menterjemahkannya ke dalam pola kehidupan masyarakat. Besar ganjarannya dalam memberkati hidup mereka. Inilah BARAKAH rakyat Kelantan.

Assabiah orang Kelantan yang dimaksudkan adalah hubungan erat dan kerjasama diantara mereka yang tidak menyalahi mana-mana peraturan, sebaliknya dituntut juga dalam Islam, walaupun demikian mereka tidak menyisihkan orang lain dengan sengaja. Hubungan dan kerjasama ini diperlukan dalam urusan bisnes dan kerjaya dan mereka amat peka dan berjaya dalam urusan ini. Ada kreativiti dan integriti dalam berniagaan. Cuba sahaja berbelanja di Pasar Siti Khadijah. (mungkin telah ada bezanya dibandingkan dengan masa yang lampau, mereka memberi lebih tidak seperti ditempat lain yg kurang timbangan dan sebagainya).

Assabiah yang dimaksudkan silatulrahim yang erat diantara mereka telah disalah tafsir oleh orang lain tempat lain. Sememangnya mereka ini sakit hati dengan kejayaan orang Kelantan, mereka iri hati sebetulnya (saya kenal mereka) kerana orang Kelantan lebih berjaya dan kuat silatulrahim mereka

Adakah mamak yang berjaya d idalam bisnes juga assabiah?

Adakah Cina yang berkerjasama dalam menguruskan bisnes juga assabiah?

Ini keperluan hidup, merapatkan saf dan berkerjasama yang erat, tidak hidup sendirian yang biasa diamalkan oleh penduduk bandar. Sebaliknya orang Kelantanlah yang bijak menggunakan assabiah, untuk mereka bersatu-padu bertahan dalam memperjuang Islam yang dipimpin oleh TGNA dari tahun 1990 lagi.

Bila ambo melihat perjuangan tokoh TGNA dan mengikuti kuliah-kuliahnya, magrib dan subuh yang menggunakan kitab-kitab muktabar, ambo cuba terus berakidah dengan akidah yang tepat dalam Islam, mengikut ajarannya, walaupun sebelum itu ambo telah mengikuti usrah-usrah NGO. Ambo menjadi sangat takut jika tidak mengambil Islam itu dengan sepenuhnya. (ambo menitis air mata, masa menulis ini, kerana mengingati perjuangan tokoh ini, TGNA kesayangan kito, yang rasanya sedikit demi sedikit telah berundur demi umur yang lanjut/ ambo sedih bila terkenang cerita Rasulullah juga akan pergi dan S.Abu Bakar mengetahuinya). Dialah yang telah mencerahkan jalan, menerangkan jalan untuk sampai ke Syurga insyaAllah. Dialah juga yang telah memberi keinsafan diri ambo sendiri untuk berhenti merokok. Ingat katanya lebih kurang; ‘kalau kita tok lebai, orang yang berjuang untuk Islam, pergi Jemaah ke masjid, hisap juga rokok yang tahu dah haramnya, siapa lagi yang nak diharapkan’. – kaki rokok dengar nasihat TGNA. Lepas itu ambo berusaha sungguh-sungguh untuk berhenti merokok, setelah berpuloh tahun menghisap dan alhamdullilah berjaya.

Akhirnya nasihat ambo, BERILMUlah dengan ilmu Islam yang betul, berakidahlah dengan yang tepat bukan separuh-separuh kerana hidup ini tidak habis disini. Kita akan dipertanggungjawabkan nanti dan akan dipersoalkan nanti. Jangan ikut yang ramai kerana kita telah diberitahu oleh hadith, hanya sedikit sahaja umat ini penghuni Syurga. Maksudnya ikutlah mereka yang sedikit, mereka yang dicemuh kerana agama mereka yang betul, berakidah yang betul. Jangan diperbodohkan dengan semangat Kebangsaan dan Melayu kerana ianya tidak kemana. Ini telah diajarkan oleh Islam. Kesimpulannya berilmulah dengan Islam melalui belajar tafsir Al-Quran dan hadith.

Soalan penamat: Patutkah kita mengelarkan diri kita ini orang Islam tetapi surat kiriman Allah swt sebanyak 114 surat itu berterusan kita tidak faham mengenai ajaran Allah swt itu?

Juga kita bernabikan Rasulullah, tetapi hadithnya, sunnahnya kita tidak cuba nak ambil tahu dan mengamalkannya.

Jawab semua ini dan fikirkan, adakah selama ini anda dan ambo telah mengambil, menggunakan berbagai kemudahan yang Allah swt sediakan, tetapi kita masih tidak bersyukur. Sebaliknya kita bersyukur kepada manusia. Kita ini hak Allah swt. Seluruh dunia ini hak Allah swt.

Jika kita sanggah hak Allah swt, KELUAR SAHAJA DARIPADA MALAYSIA INI DAN DUNIA INI.

May 8, 2013 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: