Doc Azman51's Weblog

Lifelong Education

* Bala Bencana Timur Tengah


Bala Bencana Daripada Perspektif Islam

–          Tsunami, Gemba Bumi, Banjir, Typhoon, Angin Puting-beliung, Cuaca yang pelik, Gunung Berapi, Pencemaran Alam, revolusi Timur Tengah, Radioaktif Radiasi dan sebagainya.

Al Ahzab 33:17. katakanlah: “Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Dia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika ia hendak memberikan rahmat kepada kamu?” dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: Bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun – yang selain dari Allah – yang akan menjadi Pelindung atau Penolong mereka.

Al Israa’ 17:16. dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya menta’ati Allah), tetapi mereka menderhaka, fasik dan melakukan maksiat maka sampailah kesatu tahab, sudah layak dihukum oleh Allah swt (ketentuan Kami); maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

Berlakunya bencana dan musibah termasuk ummat Islam diatas dunia ini tidaklah dengan sengaja, ada sebab-musababnya dan hikmah di sebaliknya. Walau bagaimanapun Allah swt boleh melakukan apa saja untuk menunjukkan Dia yang berkuasa dan tiada siapa yang boleh menghalang-Nya. Inilah konsep tauhid sejati kepada Allah swt, Allah yang Berkuasa, kita yang lemah, kita yang perlu kepada Allah swt, kita perlu kepada pimpinan-Nya, taufik-Nya dan hidayah-Nya, dengan itu meningkatlah ketakwaan kita kepada-Nya. Berlakunya bencana merupakan satu peringatan daripada Allah swt agar manusia segera bertaubat kepada-Nya dan kembali kepada jalan yang benar, jalan Islam, jalan yang mengagungkan-Nya.

Segala nikmat kemewahan negara-negara diatas dunia ini, tidak dapat mengerakkan hati untuk bersyukur kepada Allah, tetapi sebaliknya mereka terus syirik kepada Allah swt, merasakan dunia ini tiada ‘Tuan-Nya’ dan semua bergantung kepada daya usaha manusia. Kepada negara ummat Islam pula, pimpinan dan rakyatnya terus menderhaka, fasik, zalim kepada rakyatnya, membolot harta benda negara untuk keluarganya dan melakukan maksiat walaupun dilimpahkan dengan kekayaan seperti minyak dan hasil bumi yang banyak. Mereka tidak menjalankan hukum Islam, tetapi sebaliknya banyak pembaziran dan maksiat yang dilakukan. Akhirnya sampailah kesatu tahab, yang melayakkan mereka dihukum oleh Allah swt, maka negeri-negeri itu dibinasakan. Semuanya menanggung kesangsaraan. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Lebanon, Kuwait, Iraq dan sekarang ini negara-negara di Timur Tengah yang lain, seperti Tunisia, Mesir, Yeman, Syria, lalu Allah swt menurunkan bala rusuhan,  ketegangan, kematian dan menghancurkannya.

Telah amat nyatakan di antara sebab-sebabnya yang membawa kepada bala bencana dan rusuhan ialah kerana kemaksiatan, kedurhakaan, kezaliman dan kefasikkan yang dilakukan oleh manusia diatas muka bumi Allah swt ini. Seperti ayat diatas, dimulakan oleh pimpinan mereka.

Di Afghanistan pula keikhlasan dan niat perjuangan tersasur apabila peperangan berlaku sesama sendiri. Di di Kosovo dan Bosnia, kerana meninggalkan agama Allah swt. Banyak contoh-contoh yang boleh kita pelajari daripada Al-Quran dari zaman Nabi-nabi sehingga ke zaman sekarang ini.

Adakah masyarakat Jepun yang ditimpa bencana tsunami dan radiasi boleh berfikir sejenak untuk mencari Tuhannya? Mungkin tidak!

Adakah masyarakat Arab akan sedar dan membawa negara mereka balik menyembah Allah swt, bertaubat, menguruskan negara dengan saksama atau hanya bangga dengan jolokkan demokrasi sahaja, tidak lebih daripada itu? Atau akhirnya akan mengikut telunjuk kuasa besar Barat?

Apakah pula peranan ummat Islam yang lain dalam memberi bantuan selain bantuan kebendaan dan moral? Bagaimanakah kaedahnya untuk berdakwah kepada mereka, memberi peringatan?

Firman Allah dalam surah Al A’raaf 7:94. dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).

95. setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): “Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)”. Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya.

96. dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

97. Patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?

Firman diatas jelas menunjukkan ujian kesususahan bala, seperti diturunkan penyakit, kesusahan derita hidup, kemiskinan yang menimpa supaya penduduk sesebuah negeri itu yang telah diberikan peringatan, mentauhidkan Allah swt, supaya tidak  berlagak angkuh dan sombong. Diturunkan Allah swt bala bencana sebagai ujian agar mereka bertaubat dan tunduk dan insaf kepada Allah swt. Allah swt juga menguji dengan kemewahan hidup, dilapangkan rezeki, banyak ahli keluarga agar mereka bersyukur kepada Allah swt dengan nikmat melimpah-ruah yang diberi. Namun mereka kufur nikmat. Mereka tidak dapat mengambil pelajaran daripada cobaan yang berlaku kepada nenek moyang mereka.

Allah swt mencoba manusia dengan dua perkara; diujinya dengan kesusahan dan diujinya dengan kesenangan. Kaum mukminin yang sejati pula dapat bersyukur dengan nikmat kesenangan dan dapat bersabar dengan bala kesusahan. Biasanya, manusia akan gagal menempuhi ujian yang diberi nikmat kesenangan dan kemewahan.

Allah swt telah memberikan hasil minyak yang banyak seperti di Kuwait, Iraq, Iran dan Libya. Adakah pimpinan dan rakyatnya bersyukur? Apa yang berlaku, adalah disebaliknya, kufur nikmat, tidak berlaku adil dan menjalankan hukum Islam dengan sepenuhnya.

Umpamanya Kuwait sebelum berlakunya peperangan, wang negara membazir keluar dan rakyatnya bergelumang dengan maksiat di negara Barat. Akhirnya Tuhan hantar Saddam Hussein untuk menghancurkan negerinya. Saddam pula ialah seorang yang kejam memerintah negara, menyiksa dan membunuh ulama dan rakyat yang menentangnya, bangsa Kurdis di bunuh dengan gas beracun, wang dibazirkan dengan pembelian senjata yang tidak dapatpun menyelamatkan negaranya daripada serangan Barat. Kesombongan berlaku, kebanyakkan rakyat juga tidak tunduk dengan perintah Allah swt. Allah swt mula-mula menguji dengan peperangan 7 tahun dengan Iran. Ini juga merupakan bala yang dilagakan oleh pihak kufur. Hasil wang negara yang terima daripada penjualan minyak, yang Allah swt kurniakan, tidak dapat dimanfaatkan sebaliknya  habis dibazirkan dengan membeli senjata daripada Barat dan banyak rakyatnya mati dan sengsara hidup kerana peperangan. Akhirnya Allah swt menghantar Amerika untuk menghancurkan pimpinannya, rakyat dan negaranya sehingga kehari ini tidak nampak lagi jalan penyelesaiannya. Mungkin ramai yang lupa bagaimana negeri Lubnan yang merupakan pusat pelacuran antarabangsa, terutama pelangan dunia Arab pada satu ketika dahulu, berlaku peperangan saudara yang berpanjangan sehingga hancur-lebur negeri itu, tidak terkira berapa yang mati. Hingga sekarangpun ada sahaja krisis yang timbul.

Telah kita kajikah mengapa ia berlaku? Peringatan dari firman Allah swt amat jelas sekali.

Libya juga sama, kaya dengan minyak, tetapi tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah swt berikan. Sebaliknya pemimpinnya jadi kejam, zalim, korup, sombong dan angkuh, kini Allah swt hantarkan Amerika dan negara Barat untuk menghancurkannya, apa yang sedang kita saksikan sekarang.

Adakah kita menyakini ini semua, bala daripada Allah swt, seperti yang Allah swt janjikan dalam ayat diatas?

Mungkin ada diantara kita tidak nampak hikmah daripada apa yang berlaku. Kita berasa tiada kaitan dengan kuasa Allah swt. Kita berasa semua ini adalah mainan kuasa luar, Amerika, Israel dan EU. Kita tidak dapat merasakan hubang kaitnya dengan ketentuan Allah swt sebagai ujiannya.

Negara lain, Pakistan, Amerika dan Australia; Allah swt hantarkan angin kencang, puting-beliung  hujan dan banjir sebagai cobaan kepada negara-negara ini. Kematian dan kesempitan hidup berlaku. Di New Zealand dan Indonesia berlaku gempa-bumi, ramai yang mati dan hilang harta benda. Adakah kita peka dengan ujian ini?

Firman Allah swt: “Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya”. Perkara sedemikian terus berlaku dengan mengejut; tsunami, banjir, gempa dan gunung berapi.

Adakah manusia peka dan hendak balik kepada jalan Allah swt?

Bukan sahaja manusia sekular yang tidak peka, ummat Islampun sama juga; tidak dapat merasakan ianya cobaan daripada Allah swt. Ini sebagai peringatan kepada kita semua; patutkan kita di Malaysia ini berasa aman, kita rasa selamat daripada bala bencana dari berbagai perkara?

Malaysia dikurniakan kemewahan hasil buminya, termasuk minyak. Nampaknya minyak jugalah yang akan membawa bala ke negara bertuah ini, apa tidaknya kerana minyaklah pemerintah berlaku zalim dengannya. Kita juga tidak mendaulatkan Islam dengan sebetulnya, berlaku borus, hasil negera tidak diagih dengan betul, berlaku korupsi dan pecah amanah dan tindas menindas.

Adakah kita telah berperanan untuk menjalankan dakwah, memberi peringatan sebagai khalifah Allah dalam menjalankan tugas-tugas Nabi Rasulullah?

Allah swt terus menguji manusia dengan berbagai cara. Diberinya kemewahan hidup sebagai ganti yang dahulunya susah, tetapi mereka lupa tanggungjawab mereka sebagai khalifah Allah swt di muka bumi ini. Yang amat menyedihkan jika dikaji apa yang berlaku di negara Timur Tengah dengan berbagai pergolakkan demonstrasi, pembunuhan, rampasan kuasa; kita akan dapati  seperti;

Firman Allah swt ayat Al Israa’ 17:16. Maksudnya, Allah memberi segala kemewahan tetapi mereka menderhaka, fasik dan melakukan maksiat, membunuh pejuang dan pencinta Islam. Di Egypt berapa ramai pula yang diseksa dan dibunuh oleh presidentnya yang lepas-lepas. Di Syria, pimpinan parti Ba’ath menonjolkan nationalisma Arab dan menekan rakyat mereka yang memperjuangkan Islam, hinggakan di dalam tahun 1982 satu bandar dimusnahkan, 30 hingga 40 ribu rakyat Sunni yang menyokong perjuangan Ikhwan Muslimin terbunuh (1). Pimpinan dari minoriti Alawite ini juga tidak jelas agama yang dianuti (2), menganuti fahaman Syiah, bagaimanakah mereka boleh mentaati Allah swt.

  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Hama_massacre
  2. http://en.wikipedia.org/wiki/Alawite
  3. www.danielpipes.org/191/the-alawi-capture-of-power-in-syria

April 28, 2011 - Posted by | Al-Quran, Amalan, Dakwah, Kufur nikmat, Politik, Tafsir

1 Comment »

  1. sering saya bertaya pada Alloh mengapa umat muslim terbunuh dimana-mana, tiada pertolongan dari Allah swt…dan mengapa Allah swt membiarkan keturunan Ismail dalam penderitaan ? kita lihat di Timur Tengah kota neraka kematian dimana-mana sesama muslim saling membantai-Syiah dan Sunni, mengapa hal itu terjadi dalam dunia islam ?

    Comment by Simon Berhitu | March 26, 2015 | Reply


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: