Doc Azman51's Weblog

Lifelong Education

* Al Furqaan 25:68


Al Furqaan 25:68

Al Furqaan 25:68. “dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

69. akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, –

70. kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

71. dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

72. dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

Jazakallah kerana telah memberikan saya kesempatan untuk saya meningkatkan ilmu agama dengan perbincangan yang diasaskan mencari kebenaran dan kemantapan ilmu Al-Quran, iaitu ilmu yang maha tinggi, kitabbullah.

Walau bagaimanapun tidak perlulah kita ta’asub (fanatik) dengan satu kefahaman yang dilontarkan dengan tidak membuat rujukan-rujukan dengan pihak yang lain.

Kefahaman ini sebetulnya terbuka luas mengikut tafsiran-tafsiran ahli-ahli tafsir, kini dan lampau.

Umpamanya dalam bab bertaubat; kita boleh lihat tidak sahaja taubat itu dari segi taubat peribadi, tetapi termasuk juga taubat jemaah i.e. kumpulan, puak dan juga taubat national i.e. taubat melibatkan negara. Kita fahami taubat peribadi kerana perbuatan dosa seseorang, taubat jemaah kerana perbuatan perlanggaran hukum Allah swt  yang dilakukan oleh orang ramai dan puak. Taubat negera ialah taubat negara yang melakukan perlanggaran hukum, mengamalkan sistem kehidupan selain daripada hukum sistem Islam. Sistem ekonomi riba, yang menindas, tiada keadilan dalam agihan harta negara, orang miskin tidak mendapat pembelaan, keadaan sosial yang tidak adil dengan penipuan. Sistem perundangan yang tidak berasaskan undang-undang Islam dan sebagainya. Dengan yang demikian taubat national, negara juga perlu bertaubat dengan menukarkan sistem yang tidak selari dengan Islam, untuk mendapat kebaikan yang Allah swt telah janjikan; keburukan diganti dengan kebaikan.

Apabila kita teliti kepada ayat 25:70. “kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Kita lihat  … orang yang 1. bertaubat, 2. beriman, 3. mengerjakan amal yang baik.  Kita dapati ada tiga proses yang perlu dilaluai oleh insan yang bernasib baik ini. Sebelum bertaubat dia telah melakukan dosa, seperti ayat yang sebelumnya, kemudian dia bertaubat. Dengan bertaubatnya insan ini, beristighfar dengan taubat ‘nashuha’ yang bersungguh-sungguh, maka gugurlah segala dosanya oleh Allah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani dengan kehendak-Nya.

Oleh kerana bertaubatnya bersungguh, insan ini akan masuk ke proses seterusnya, iaitu imannya meningkat tinggi dan dengan itu ia akan mengerjakan amal yang soleh. Ini bermaksud dosa yang diampun menjadi kosong dan seterusnya diganti dengan pahala kerana perbuatan amal soleh yang dilakukannya.

Dalam keadaan lain pula, seorang yang juga bertaubat, dosanya di ampun Allah swt, tetapi oleh kerana kurang imannya dan kerana itu, maka kurang amal solehnya, tentulah tidak sama tingkat pahala amal kebaikan yang diperolehi seorang yang kuat amal solehnya. Ini menunjukkan banyak pahala yang diperolehi bergantung kepada amal perbuatan solehnya selepas taubatnya.

Tafsiran Ibnu Katsir yang menyatakan ada dua tafsiran telah mengambil fahaman iaitu bahawa keburukan-keburukan yang terdahulu berubah menjadi kebaikan dengan taubat nashuha yang bermaksud seseorang yang teringat akan dosanya yang terdahulu, maka dia menyesal dan beristighfar. Dengan itu dosanya itu berubah menjadi ketaatan dan kebaikan dalam catatan amalnya1.  (Pada saya, ketaatan itu diterjemahkan/ dilahirkan dengan melakukan amal kebaikan, bukan mendapat pahala free).

Hadith Muslim: “ …..  kemudian dikatakan, ‘Setiap keburukanmu menjadi kebaikan.’ ….” 1

Walau apapun yang penting disini dan yang kita mengharapkan ialah kita boleh sentiasa bertaubat dengan-Nya dan diampunkan dosa kita kerana sifat Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Pada saya berapa trailer Allah swt hendak beri pahala kepada saya, mungkin tidak penting tetapi apa yang saya pohon ialah keredaan-Nya, kerana kita akan masuk syurga dengan keredaan Allah swt, bukan dengan pahala. Kerana berapa banyaklah pahala yang boleh kita kumpulkan, untuk membayar kenikmatan Allah swt yang dikurniakan kepada makhluk-Nya.

Rujukkan:

1.       Tafsir Ibn Kathir

2.       Tafsir Azhar

3.       Syaamil Al-Quran, the Miracle 15:1 (Indonesia)

039. Az Zumar 18. yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

Walaupun ayat ini menyuruh kita memilih dan menurut apa yang diperkatakan oleh seseorang, kita dalam masa yang sama tidak mengetahui apa yang diutarakan oleh orang itu benar atau fitnah, kerana semuanya bergantung keatas pernilaian kita sendiri terhadap ilmunya, bukan disebabkan taraf keyakinan kita dengan orang itu. Umpamanya, kita lebih senang untuk percaya kepada hadith Muslim atau Bukhari daripada hadith2 yang selainnya. Atau apa yang dikatakan oleh puak Sunni daripada apa yang diperkatakan oleh puak Syiah. Akhlak seseorang juga memainkan peranan dalam meyakinkan kita dengan apa yang diriwayatkannya atau dibuat tafsiran. Imam yang mengumpul hadith tidak akan mengambil sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang yang memukul keldainya, kerana kerendahan akhlaknya. (Tanpa rujukkan)

Waallah allam.

February 13, 2011 - Posted by | Al-Quran, Amalan, Dakwah, Ilmu, Mengaji, Tafsir

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: