Doc Azman51's Weblog

Lifelong Education

* Perjuangan Islam jauh bezanya dengan perjuangan syirik dan jahiliah


Tulisan ini dinukilkan sebagai jawapan kepada persoalan di akhir artikel.

Orang Melayu yang menentang Islam banyak sekali, kalau tidak dari segi perkataan, dari segi perbuatan.  Umpamanya, terang-terangan mengatakan Islam suku dan politik suku, yang melekehkan hududpun banyak juga.

Kalaulah ramai Melayu yang menyokong Islam, kerana majoriti Melayu di parlimen, sudah tentulah perundangan Islam, hukuman Islam, sistem ekonomi Islam dan sebagainya dapat dijalankan di Malaysia ini. Tetapi mengapa tidak boleh berlaku, ini kerana Melayu tidak menerima Islam sebagai pegangan dan panduan hidupnya. Jangan ada diantara mereka merasakan perjuangan mereka sudah Islam dan sama juga dengan perjuangan Nabi saw. Di zaman inipun sama juga mereka yang menentang perjuangan Islam, akan menuduh puak yang memperjuangkan Islam ini bermain politik, berkehendakkan pangkat, kuasa dan harta-benda, sama macam hati perut mereka. Padahalnya perjuangan Islam jauh bezanya dengan perjuangan syirik dan jahiliah, yang bermula sejak zaman Nabi saw lagi hingga ke hari ini dan sampai kehari akhirat. Malahan jika ada orang yang memasuki perjuangan Islam, tetapi masih mahu mencari apa yang dicari oleh puak jahiliah, bermakna sudah menyeleweng dan salah perjuangannya itu.

Kita tidak dibolehkan bersengkokol dengan puak yang melakukan kezaliman- ayat: 5:51. … dan Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim*.

*Definisi zalim: meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya atau tidak berlaku adil dalam menghukum atau membuat sesuatu keputusan.

Huud 11:61. .. Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepada-Nya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya“.

Perjuangan Islam ialah untuk memakmurkan dunia ini dengan membangunkan insan dalam masyarakat, yang dapat melepaskan mereka dari api neraka di akhirat nanti. Tetapi pembangunan yang ingin dibawa oleh satu pihak hanyalah pembangunan keduniaan semata-mata yang tidak berlandaskan prinsip Islam, yang akhirnya membawa umat dan mereka kepada neraka. Mereka ini tidak boleh ditumpang, duniapun tidak boleh, di akhirat lagi-lagi tidak boleh. Mengapa kita merasakan amat konfiden dengan penyataan sedemikian dan juga yang lain-lain? Ini semua bukan tuduhan membuta tuli. Ini semua diajarkan dan terkandung dalam kitab suci Al-Quran dan hadis, yang jelas dan nyata, sila buat rujukan, hanya kita wajib belajar dan mengambil pelajaran daripadanya. 

Ini akidah perjuangan Islam, kalau tidak beriman dengan rukun iman, apa akan terjadi?

Kita semua masih dipersoalkan oleh Allah swt mengapa undang-undang-Nya tidak di jalankan di negara ini dan atas dunia keseluruhnya. Sistem ekonomi kita penuh dengan riba, judi dihalalkan, undang British mengatasi undang-undang Islam dan sebagainya. Ini dikatakan orang Melayu Islam menyokong Islam.

Lihat firman Allah swt dalam surah 4:105. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang-orang yang khianat.

Mengapa kita masih tidak mahu memahami ini? Boleh terlepaskah kita dari persoalan Allah swt nanti, atau boleh kita katakan, ‘saya tidak tahu Tuhan, semua ini’. You want to take the chance Tuhan akan lepaskan kamu, go ahead!

Inilah yang dinamakan bencana insan. Bencana insan ini lebih teruk dari bencana alam sebab paling buruk boleh berlaku kepada manusia dalam bencana alam, akhir sekali dia mati, ditimpa tanah runtuh contohnya. Tetapi bencana insan yang melibatkan iman dan syirik, yang melibatkan zalim, yang melibatkan kufur, nifak, munafik, yang melibatkan jenayah, dosa besar; bencana insan ini lebih dahsyat lagi dari bencana alam. Di antara bencana insan ini ialah syirik kepada Allah dalam bab bertauhid dengan Allah swt dan akidah yang sesat. Berlakulah syirik, apabila manusia gagal bertauhid dalam menjalankan hukum Allah swt, kerana membesarkan undang-undang buatan manusia.

Perubahan sedang berlaku, umpamanya, dahulu ‘assalam mualaikum dan salam sejahtera’, kini ‘salam satu Malaysia’. Umat Islam tidak perlu menjawab salam itu, ia bukan salam daripada Islam, tetapi satu bidaah yang direka oleh orang tertentu yang sengaja diada-adakan. Salam Islam ialah ‘Assalam mualikum warahmattullah hitaalah wabarokatuh’. Salam yang diasaskan oleh Allah Taala sendiri yang digazet oleh Nabi Muhammad saw, salam yang wajib dijawab kerana ia ibadat dan mendapat pahala.

Walau apa yang berlaku kita perlu bersama dengan Islam, mempertahankan peraturan Islam dan undang-undang Islam supaya tidak diubah.  Dahulu orang Inggeris yang ubah, sekarang orang Islam yang ubah. Ubah bukan menjadi lebih baik tetapi lebih memudaratkan. Hinggakan mahkamah Islam pun tiada kuasa untuk menguat-kuasakan undang-undang Islam.

Individu2 tertentu di zaman Nabipun memang ada yang menentang Islam. Puak Yahudi juga menentang dan berusaha membunuh Rasulullah saw. Dalam masa yang sama, Nabi saw terus berunding dengan mereka, membuat perjanjian, perdamaian dan kerjasama dalam menjaga keselamatan Madinah ketika itu. Jadi ini semua tidak pelik, kalau kita boleh berkerjasama dalam menentang kezaliman, pelanggaran akidah dan perosak negara untuk  maslahah dan kebaikan bersama.

Masjid sudah sememangnya kurang ahli jemaahnya, bukan disebabkan politik, tetapi kemalasan, hawa nafsu, syaitan, dunia dan jahil dalam tuntutan Islam. Saya tidak mengatakan saya ahli jemaah yang tetap 5 kali/hari, saya juga dipengaruhi oleh elemen2 diatas, saya akui, tetapi bukan sebab politik Islam atau sebaliknya.  Di masjid tertentu, boleh dilihat hanya ada 3-4 baris jemaah dalam bulan biasa, tidak sepadan dengan masjid yang besar dan penuh padat sekelilingnya dengan penduduk.

Lihat firman Allah swt dalam hal ini: At Taubah 9:18. Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Adakah ini  disebabkan perjuangan fahaman politik pihak tertentu? Tentu tidak, kerana Majlis Agama dari dahulu lagi melarang apa-apa bicara politik di masjid. Saya katakan, jangan mencari helah!  Masjid akan lebih sesak lagi sekiranya perjuangan dan tuntutan Islam dapat diperjelaskan tanpa sekatan di masjid, oleh mereka-mereka yang berkaliber dan mempunyai tinggi ilmu.

Kerajaan Mekah di bawah kepimpinan Abu Sufian ketika itu, menawarkan satu perpaduan serta satu kerajaan perpaduan supaya tidak pecah-belah dan bersatu diatas kufurnya itu. Dia hendak menyuruh orang Mekah bersatu-padu di atas jahiliahnya, di atas syiriknya, hendak menyuruh orang Mekah bersatu-padu di atas ajaran sesatnya.

Apabila kedengaran bunyi perpaduan amatlah bagus, tetapi bolehkah perpaduan itu ditumpang di dunia-akhiratnya? Mungkin di atas dunia boleh dimanfaatkan sedikit, tetapi boleh diikhtiraf oleh Allah swt ke? Di akhirat nanti boleh menolong dan dimanfaatkan oleh kita semua?

Kalau hendak bersatu hendaklah mengikuti cara Islam, bersatu di atas dasar tauhid,  akidah dan syariat Islam. Kalau bersatu hendak gaul semua, hendak leburkan Islam dengan karut-marut, tentulah tidak bertepatan.

Inilah dasar yang perlu kita pegang kemas hingga kiamat. Nabi saw telah menyatakan demikian ketika berdepan dengan pimpinan Mekah ketika itu. Hari inipun kita kena kata begitu juga. Kalau ada pihak yang hendak mencapur-adukkan Islam dengan perkara yang tidak betul, hendak leburkan Islam dengan ideologi yang karut, maka kita perlu kata; 109:6. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku“. Kamu hendak ikut cara kamu, ikutlah, aku dengan cara aku, cara Islam yang diamalkan oleh Nabi saw.

Kesimpulannya, mereka yang berjuang tidak mengikuti dasar Islam, matlamatnya, hanya duniawi. Dimana-mana zamanpun jika berjuang tidak ikut dasar Islam, matlamatnya ialah jawatan, berjuang siang malam kerana kedudukan dan kuasa. Kerana mereka ada kuasa politik mereka akan cari harta-benda. Mereka berjuang kalau tidak ikut Islam, dimana-manapun, di zaman manapun adalah kerana tahta, harta dan wanita, sama apa yang ditawarkan oleh mushrikin Mekah kepada Nabi saw ketika itu.

Pada saya, larangan menggunakan masjid ini sama juga seperti larangan perkara-perkara yang lain yang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa. Asalkan perkara itu tidak menguntungkan pihaknya, sebaliknya menguntungkan pihak lawan, maka sekat dengan berbagai dakwaan dan alasan. Sesiapa yang ingin menerangkan Islam harus ditekan dan dihalang, kerana Islam itu suci murni. Perkara yang suci tidak boleh bercampur dengan yang kotor. Kalau setakat hendak menerangkan Islam pasal sembahyang, ajak keluar berit’tikaf, keluar ke rumah-rumah mengajak orang ke masjid, setakat berzikir, istimaq seperti puak tabligh lakukan (saya menghormati usaha mereka), tidak menjadi masalah, sebab apa yang diterangkan dan dilakukan tidak mengugat mana-mana pihak. Pihak CIA, Yahudi dan kufar manapun tidak akan bimbang. Yang menjadi masalah ialah mereka yang menjelaskan siasah Islam, apa dia tuntutan Islam, perjuangan Islam, negara Islam, bersatu dalam Islam untuk semua ini; ini yang menjadi masalah kepada sesetengah pihak seperti puak Hamas, Hizbullah dan lain-lain. Ini amat digeruni kerana boleh mengugatkan pengaruh sesetengah pihak. Islam itu patutnya diperjelaskan di masjid kerana disinilah umat ingin mencari ilmu dan kebenaran, disanilah mereka perlu diperjelaskan perjuangan Islam yang tulin.

Saya cabar saudara sebagai seorang pengerusi masjid untuk membenarkan kedua-dua pihak ini untuk berhujah menerangkan kepada jemaah kemana mereka hendak dibawa umat ini berdasarkan landasan Islam dan siasah Islam.

Siapakah dalam jangkaan kita, puak mana yang boleh diterima oleh jemaah dan masyarakat?

Saya rasa disatu pihak, tiada modal Islam yang selesa untuk dibicarakan di masjid dan amat dangkal untuk berbicara di masjid, penuh dengan phobianya (kebanyakkannya hidup pun tidak Islamik). Disatu pihak pula, tanpa menyentuh “politik duniawi” mempunyai fakta mengenai Islam yang banyak untuk dibicarakan, mengajak manusia kembali kepada Allah swt. Keputusannya, sekat saja medan informasi ini dengan berbagai alasan; “berpolitik di masjid memecah belahkan masyarakat”.

Mengapa pula harus dibuat majlis membaca Yassin dan solat hajat di masjid semasa kempen di Hulu Selangor baru ini untuk bakal YB yang non Muslim itu. Didalam masa yang sama sesetengah pihak terus menggunakan masjid untuk kepentingan mereka dengaan aktiviti politik dan lantikan ajk yang kerjanya untuk menyekat penyebaran ilmu Islam yang holistik di masjid. Ini politik bagaimana pula?

Mengapa harus disekat medan ini dan media ini, kalau betul mahu berlaku saksama dan adil. Sama juga media arus perdana yang lain, juga mahu disekat; ini tidak adil dan tidak berlaku benar dan zalim. Ini satu isu yang tidak demokratik dan terus menjadi amalan sesetengah pihak. What do you aspect, what can you say, kerana dasar perjuangan memang tidak Islamic!

Alasan-alasan boleh dibuat untuk justify sesuatu isu. Ambil isu lain pula, adakah juga saudara menyokong Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak, juga Trengganu dahulu? Ini isu keadilan!

Kita cuba belajar hidup untuk berlaku adil kepada semua, sekalipun kepada binatang, tidak perlu dianiaya. Inikan menganiaya manusia dengan ISA dan peraturan dan perundangan yang tidak demokratik dan adil.

Kakitangan kerajaan, pelajar dan kakitangan universiti ditekan dengan peraturan akujanji, apa tujuan yang sebenarnya? Cuba guna critical thinking dan analysis untuk mencapai matlamat.  Semuanya untuk menekan dan menghalang flow of information, biar rakyat dibelenggu dengan maklumat yang salah separuh zaman. Adakah boleh diterima akal yang waras, kerja dan pelajaran mereka akan terganggu? Banyak lagi fakta lain yang menggangu pelajaran dan tugas tanggungjawab mereka, tetapi ini tidak ambil pusing dan dikira untuk membenteraskannya. Ini adil namanya?

Surat Adz Dzaariyaat 51:56 “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku”.

Mengabdikan diri kepada Allah adalah jawatan hamba Allah. Kalau kerja dengan kerajaan dipanggil ‘government servant’ atau hamba kerajaan atau di panggil kakitangan kerajaan. Walaupun kakitangan kerajaan, itu jawatan sampingan jawatan pertama ialah masih hamba Allah dan kedua ialah Khalifih Allah.

Surat Fathir 35:39 “Dia telah menjadikan kamu khalifah-khalifah Allah di muka bumi”.

Ada khalifah Allah dan ada khalifah Rasulullah. Kitalah penggantinya, kitalah khalifahnya. Kita dengan Allah pun sama, Allah buat kita, harta benda dan segala-galanya. Allah berkata, inilah semua Aku nak serahkan senarai tugas kepada kamu sebagai khalifah.

Jangan berdengki khianat, kerana balasan Allah swt itu dekat sekali. Allah swt amat mudah untuk menghilangkan Melayu di dunia dan mengganti umat ini dengan umat yang lain jika kecurangan terus berlaku.

Ayat 4:133. Jika Allah menghendaki, niscaya Dia musnahkan kamu wahai manusia, dan Dia datangkan umat yang lain (sebagai penggantimu). Dan adalah Allah Maha Kuasa berbuat demikian.

Kita hanya ingin menganjurkan apa yang Allah swt firmankan dalam ayat *7:159* Dan di antara kaum Musa itu terdapat suatu umat yang memberi petunjuk (kepada manusia) dengan hak dan dengan yang hak itulah mereka menjalankan keadilan [575] .

[575] Maksudnya: mereka memberi petunjuk dan menuntun manusia dengan berpedoman kepada petunjuk dan tuntunan yang datang dari Allah s.w.t. dan juga dalam hal mengadili perkara-perkara, mereka selalu mencari keadilan dengan berpedomankan petunjuk dan tuntunan Allah.

Inilah yang menjadi kebimbangan kita seperti ayat dibawah:

5:44** …. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.

9:9** Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan itu.

Waalah waalam. Maafkan saya kerana artikel yang panjang, Maaf juga kerana berterus terang.

  • Tulisan ini dinukilkan sebagai jawapan kepada persoalan di bawah.
  • Salam bro Doc Azman
    Selama saya hidup ni saya tak jumpa lagi secara terang terang orang melayu samaada dari mana mana parti yang menentang Islam.
    Tapi kalau Mr Karpal Singh terang dan nyata. Malah sentiasa menentang hasrat Kerajaan PAS untuk menubuh negara Islam dan juga Hudud. Tapi boleh pula PAS berkerjasama dengan DAP. Ini lah yang kita namakan politik sekarang. Saya setuju ttg fungsi masjid yang sdr tulis untuk pengetahuan kita semua. Apa yang patut dilarang ialah mengunakan masjid untuk kepentingan tertentu oleh mana mana parti politik.
    Saya telah lama mempengurusi sebuah Masjid kecil ditengah bandar XXX Kota . Saya tidak pernah melarang orang orang datang untuk kegiatan ‘tabligh’. Mereka tinggal dan jalankan aktiviti mereka untuk beberapa hari.
    Tapi bila pernah seorang politik yang mahu datang bagi sumbangan tapi mahu berucap dimasjid saya tak benarkan.
    Saya yakin dengan kegunaan kegunaan masjid tapi sekiranya diberi peluang mana mana parti mengunakan masjid untuk membicara perjuangan politik mereka ini akan menjauhkan qariah masjid yang berfahaman sebaliknya. Lama lama masjid akan kekurangan qariah dan dengan sendirinya kita tidak akan berjaya untuk nak mengimarah masjid itu.
    Adalah pada pendapat saya kita biarkan muslimin dan muslimat tenang beribadah dimasjid kerana bila ada unsur unsur pengunaan masjid untuk kegiatan politik ia akan menjauhkan mereka yang tidak berminat dengan fahaman politik satu satu parti. Wallahu alam.

September 3, 2010 - Posted by | Al-Quran, Dakwah, Mengaji, Politik, Tafsir

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: