Doc Azman51's Weblog

Lifelong Education

* Memisahkan Politik Daripada Agama


Memisahkan Politik Daripada Agama

Agenda mengislamkan politik sangatlah digeruni oleh pemerintah. Memisahkan politik daripada agama adalah agenda puak yang benci kepada Islam, takut dan gerun dengan Islam, takut kerana amalan mereka tidak menepati tuntutan Islam. Apakan tidaknya, walaupun pembangunan material pesat berlaku, pembangunan roh insan meredum teruk, moral dan integriti tersungkur, amalan rasuah membiak sebagai kancer, pecah amanah berluas-luasan, riba, arak, judi, zina, murtad, buang anak dan segala bentuk kepincangan terus berlaku tanpa sekatan ketahab yang meruncingkan di negara ini.

Inikah matlamat negara maju yang ingin dicapai? Inilah natijahnya jika melakukan pekerjaan tanpa berlandaskan Islam dan berniat ikhlas untuk Islam.

Kesimpulannya, mereka yang memisahkan politik daripada agama, takut terhakis kuasa politik yang mereka daulat dan idam-idamkan untuk terus berpanjangan dimonopoli oleh mereka. Inilah sikap ‘panjang angan-angan’ untuk terus hidup bergelumang dengan dosa, semacam tidak akan mati.

Mereka menyangka; Al Hadiid 57:16. belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.

Oleh kerana kurangnya amal, maka berlakulah kerugian keatas mereka. Firman Allah swt dalam Al Mu’minuun 23:103. dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka jahannam

Orang-orang yang rugi ini akan menjawab, seperti firman Allah swt, Al Mu’minuun 23:106. mereka menjawab: “Wahai Tuhan kami, Kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami, dan dengan itu menjadilah Kami kaum yang sesat.

Allah swt menerjah kembali, dalam firman-Nya, Al Mu’minuun 23:115. “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?”

Islam mengharamkan judi, zina, minum arak, rasuah dan segala macam kemungkaran. Ini adalah diantara permainan mereka. Sejarah dimasa lampau telah menjelaskan perangai puak ini, hatta di dalam Al-Quran sudah dijelaskan. Sifat berdegil dan tidak mahu berilmu yang menghalang mereka daripada melihat perkara yang benar dan hak.

Misalnya, tindakan mengasingkan politik dan agama dalam pentadbiran negara boleh merosakkkan aqidah seseorang. Aqidah yang menjadi pegangan hidup seseorang muslim akan menjadi rosak apabila mereka tidak yakin hukum hakam yang diturunkan oleh Allah swt kepada umat manusia. Sedangkan dalam surah Al Maaidah:49 Allah berfirman yang bermaksud;  “dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, Hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.”

Mereka ingin memisahkan antara masjid dan politik. Mereka melangkah tangga ke masjid hanya untuk bersembahyang, seolah-olah Allah swt hanya berada di dalam masjid, diluar  sana mereka bebas perbuat apa sahaja, samada dari sudut politik, ekonomi, pemerintahan, perundangan dan segalanya, adalah terpisah sama sekali dari tuntutan agama. Dengan menyeru rakyat kembali kepada Islam yang tulin, akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan dan pengaruh. Itu yang mereka geruni bila diajak kepada Islam dan beramal dengan Islam.

Al Mu’minuun 23:117. dan sesiapa yang menyembah Tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.

Mereka lupa atau tidak mengetahui bahawa Nabi Muhamad saw adalah pemerintah tertinggi negara Islam di Madinah. Mereka juga lupa para sahabat semuanya adalah perdana menteri negara Islam di Madinah; yang menjalankan pemerintahan Islam, yang berpusat di masjid. Rasulullah saw menjadikan masjid pusat pentadbiran masyarakat, tempat mesyuarat kabinet & parlimen, mengatur strategi peperangan (dalam masa 10 tahun terpaksa menghadapi 47 kali peperangan), tempat mengajar ilmu, menguruskan zakat, menerima aduan, kehakiman dan sebagainya.

Saya di sini mengajak diri saya sendiri dan kepada semua pihak yang menentang Islam, supaya jangan berbuat demikian. Islam tidak salah, hanya kita yang perlu memahaminya lebih terperinci, jangan di ambil sesetengah dan diketepikan sesetengah. Penentangan Islam boleh berlaku dari segi perkataan dan dari segi perbuatan. Musuh ini kita kena kenal dan lawan dia. Antaranya ialah nafsu, syaitan, orang munafik, orang Islam yang berdengki dan orang kafir. Umpamanya, mereka ada yang terang-terangan mengatakan Islam suku dan politik suku dan memperlekehkan hukum hudud.

Kalaulah ramai Melayu yang menyokong Islam, tidak menentang, sudah tentulah perundangan Islam, hukuman Islam, sistem ekonomi Islam dan sebagainya dapat dilaksanakan di Malaysia ini, kerana majoriti Melayu Islam di parlimen. Tetapi mengapa tidak boleh berlaku, ini kerana Melayu tidak menerima Islam sebagai pegangan dan panduan hidupnya sepenuhnya,  perjuangan Islam mereka tidak sama dengan ajaran dan perjuangan Nabi Muhammad saw.

Jangan ditentang Islam, kerana ‘Tuan’ Islam itu terAmat Besar dan Maha Agung. Al Mu’minuun 23:116. maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi yang tetap benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan Yang Mempunyai Arasy Yang Mulia.

Kita juga akhirnya yang akan rugi, apalah kita. Marilah kita mengenali ‘Tuan’ Islam  yang Amat Besar dan Maha Agung, di akhir-akhir Ramadhan Al-Mubarak ini. Kenalilah tuntutan Islam yang sejati keatas kita.

Al Mu’minuun 23:118. dan berdoalah (Wahai Muhammad dengan berkata): “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik pemberi rahmat!”

Al Mu’minuun 23:109. “Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: ` Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik pemberi rahmat ‘.

Ini bukan cantik sekali, sama-sama berdoa untuk mendapat taufik dan hidayah-Nya, takwa dan keampunan-Nya di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Selamat terus berpuasa dan Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Saudaramu seIslam,

September 3, 2010 - Posted by | Al-Quran, Amalan, Ilmu, Mengaji, Politik, Tafsir

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: