Doc Azman51's Weblog

Lifelong Education

* Tazkirah Ramadhan


Assalamualaikum warahmatullahirawabakatuh.

Dalam  bulan Ramadhan ini carilah keredaan Allah swt dengan melaksanakan perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya. Marilah kita sama-sama menasihati supaya berikhtiar dengan sesungguh hati untuk mendapat taufik dan hidayah serta mencapai keredaan-Nya dan makfirah-Nya dengan izin Allah swt.

“SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA”

Maksudnya : “Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. …. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah swt kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur “. -Surah al-Baqarah: 185

Persiapan menghadapi bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan ini mungkin yang terakhir buat kita. Bulan Ramadhan ini hendaklah disambut dengan penuh kegembiraan dan dengan penuh kesyukuran kepada Allah swt dan mengharapkan keredhaan-Nya. Dengan itu kita perlu menguruskan Ramadhan tahun ini dengan sebaik mungkin, dengan penuh pengisian amalan, supaya ianya menjadi milik kita, hidup kita dipenuhi dengan keberkatan dan takwa, supaya ianya menjadi harta kita bagi menjamin masa depan kita di dunia ini dan juga di akhirat nanti.

Apa yang kita amati hari ini pengamalan Islam dalam masyarakat Melayu semakin hari semakin terhakis dan tersisih. Banyak amalan Islam, khususnya di bulan Ramadhan semakin pupus. Pernah Nabi saw sebut; “Islam ini akan diruntuhkan, dijahanamkan satu ikatan demi satu ikatan”.  Sebahagiannya diperuntuhkan oleh musuh Islam dan sebahagiannya lagi oleh orang Islam sendiri yang jahil mengenai Islam dan munafik dengan Islam.

Matinya amalan Islam di bulan Ramadhan di sebabkan oleh 5 perkara.

  1. Jahilnya dengan Islam dengan tidak mengaji.
  2. Tidak hidup dengan ilmu yang dipelajari dan tidak mengamalkan peraturan Islam dalam keseluruhan hidupnya.
  3. Orang Melayu tidak ambil berat terhadap Islam. Sembahyang dan puasa dia lakukan, tetapi tidak bersungguh dan tidak mengambil berat sangat, dibuat ala-kadar. Ini merupakan sifat-sifat munafik dalam diri.
  4. Menghalang orang lain untuk melaksanakan Islam. Dia sendiri tidak beramal, jauh daripada Islam, bila orang lain hendak menghayati Islam dia menjadi jagoh penghalang dan memperlekehkan orang lain mengatakan hendak tunjuk alim atau hendak tunjuk warak. Ini satu penjenayah besar kepada agama.
  5. Tiada kerjasama sesama orang Islam.

Disebabkan kejahilan ummah, dalam berbagai perkara besar dan kecil yang melibatkan dirinya sendiri dan kepentingan ummah, umat Islam tidak boleh menjana kesatuan hati dalam merancana dan merancang gerak kerja demi Islam dan kebaikan bersama. Tanggungjawab dalam dirinya untuk memperjuangkan Islam tidak cambah dan hidup untuk menyinar jelas. Masanya dihabiskan dalam soal peribadi, mencari makan dan kesenangan harta benda. Soal kemasyarakatan dan muamalah masyarakat Islam banyak dilakukan dengan tidak berlandaskan nilai Islam.

Islam hanya dijadikan soal peribadi, kumpulan yang pergi ke masjidpun, hanya setakat solat berjemaah, aktiviti yang lain tidak ambil peduli dan tidak memberi kerjasama untuk meningkatkan Islam. Semacam mereka merasakan sudah cukup beribadat secara sendiri-sendiri untuk melayakkan diri mendapat keredhaan Allah swt.

Kumpulan profesional dan yang lainnya terus hanyut dengan kesibukkan sendirian berhad mereka. Padahal mereka mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk membawa kemajuan dan pembangunan kepada ummah.

Peringkat pimpinan pula tidak berhasil membawa negara dan ummah ketahap pembangunan yang diredhai Allah swt. Manusia ini dijadikan Allah swt mempunyai dua hubungan, hablul minallah dan hablul minannas (hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia) dalam bidang tugasnya sebagai khalifah Allah swt dan hamba Allah swt.

Inilah hasilnya, walaupun jumlah orang Islam majoriti di Malaysia tetapi sampai sekarang peraturan Islam dalam kehidupan tidak disemarakkan dan undang-undang Islam tidak boleh diaplikasikan.

—– bersambung —–

August 23, 2010 - Posted by | Ilmu, Mengaji, Ramadhan

Sorry, the comment form is closed at this time.

%d bloggers like this: