Doc Azman51's Weblog

Lifelong Education

* Surat Kiriman Allah swt – Al-Quran


Surat Kiriman Allah swt – Al-Quran

Surah-surah Al-Quran ini perlu sentiasa dibaca, difahami dan diambil tindakan untuk memajukan diri dan masyarakat. Quran ini merupakan surat kiriman daripada Allah swt kepada Nabi saw dan masyarakat di zamannya. Di zaman tiada Nabi dan Rasul ini, maka surat ini ditujukan kepada kita untuk difahami dan diambil tindakan. Kita hendaklah sealiran dengan kehendak Allah swt dan tidak melawan arus, maka jadilah kita ini orang yang mendengar kata-kata Allah swt dan tidak mendengar kata nafsu.

Tindakan yang perlu diambil sekarang ini :

1. Mengekalkan kebaikan yang sedia ada.

2. Mengembang, meningkatkan dan memajukan kebaikan yang sedang berlaku.

3. Membuang kelemahan yang berlaku dalam diri kita.

4. Mencari perkara yang baru dan memperkembangkan supaya ianya menjadi harta kita, dunia dan akhirat.

Hari ini kita memberi tumpuan kepada surah At Takaatsur dan melihat apakah yang Allah swt hendak ajar kepada kita. Dengan kita membaca Al-Quran kita boleh memperolehi pahala yang banyak melalui melihat Al-Quran, kita membawa dan kita menyentuhnya, melalui kita membacanya dan melalui keramat Al-Quran yang mengalir ke dalam diri kita dan ke dalam penghidupan kita.

Walaupun ayat-ayat ini pendik tetapi surah ini mempunyai maksud dan pengertian yang mendalam dan meminta kepada kita untuk memahaminya. Maka terlalu amat malanglah nasib kita menjadi umat Islam yang tidak memahami perkara-perkara besar yang Allah swt ingin terangkan kepada kita dalam surah tersebut.

Dipertegaskan lagi di sini yang ayat-ayat Al-Quran ini perlu dibaca setiap hari. Sebelum kita meninggalkan dunia ini perlu kita ada akaun yang kita telah membaca beribu-ribu kali Al-Quran atau surah-surah tertentu. Kita lakukan dengan banyak untuk dijadikan ianya harta kita dan dimasa yang sama kita hendak mendapat manfaatnya di dunia dan di akhirat. Kalaulah kita perhatikan orang-orang yang berebut mengumpulkan harta dunia supaya banyak dan tidak puas dengannya, maka harta rohani yang kekal ini perlulah kita bekerja keras, lebih hebat dan bersungguh lagi untuk mendapatkannya.

Dengan itu hendaklah kita membaca Al-Quran sebanyak mungkin. Bacalah Al-Quran hingga betul. Bacalah Al-Quran hingga difahami, selagi tidak faham baca lagi. Bacalah Al-Quran hingga boleh diamal. Bacalah Al-Quran hingga kita boleh ajar kepada orang lain. Bacalah Al-Quran hingga boleh dihafal. Bacalah Al-Quran hingga boleh di masyarakatkan; hingga orang berminat membaca Al-Quran. Hingga kita lihat orang membaca Al-Quran dimana-mana, di kedai, di bawah pohon kayu, sedang menunggu bas, di atas bas, dalam kereta menunggu dan sebagainya. Sekarang ini kita tidak melihat sedemikian rupa orang membaca Al-Quran, tetapi orang membaca surat khabar atau majalah, khusyuk  sekali ada.

Di sesetengah negara Arab, Sudan, Mekah, Madinah umpamanya kita akan dapati orang membaca Al-Quran dimana-mana, di atas bas, menunggu kapal terbang, kereta dan sebagainya. Tuan kedai menunggu pelangan, membaca Al-Quran, sekurang-kurangnya kaset bacaan Al-Quran didengarkan. Di tempat kita masih tidak di masyarakatkan lagi, masih di tahap lama, masyarakat kita tidak dapat merasakan Al-Quran ini perkara besar dan boleh menjadi hartanya. Kita dapati bersungguhnya orang membaca surat khabar tetapi Al-Quran jarang sekali dijadikan bacaan hariannya.

Mereka tidak menyedari Al-Quran itu berharga. Akhir sekali bacalah Al-Quran ini sehingga ia boleh di daulatkan di dalam sebuah negara, supaya Al-Quran ini menjadi undang-undang yang tertinggi dalam sebuah negara. Sekarang ini undang-undang Al-Quran berada di bawah undang-undang perlembagaan Malaysia. Mana-mana undang Al-Quran yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia, maka perlembagaan Malaysia mengatasi undang-undang Al-Quran. Perlembagaan Malaysia asalnya di draf oleh orang putih, Melayu dan orang India dimasa dahulu, oleh jawatankuasa Lord Reid. Dari segi pemerintahan, perlembagaan Malaysialah yang paling tinggi.

Ini bermakna di Malaysia, undang-undang Allah swt tidak ‘akhbar’, tidak diterima paling besar tetapi orang lain yang paling ‘akhbar’, sebab Allah swt kena mengalah kepada perlembagaan Malaysia. Dengan itu kita semua kena cari jalanlah supaya Al-Quran menjadi paling tinggi sekali sebab Al-Quran di datangkan oleh Allah swt untuk kita.

Walau bagaimanapun sebelum sampai ke peringkat negara, ianya perlu di hayati di peringkat diri kita dahulu. Kalau di peringkat kita sendiri tidak dapat untuk membesarkan Al-Quran maka di peringkat negara mestilah bertambah susah. Kalau kita tidak ambil berat Al-Quran, mengajipun tidak, membacapun tidak, fahampun tidak; macam mana pula kita hendak mengharapkan pihak lain dan pihak pemimpin dapat membela Al-Quran. Dalam surat kiriman Allah swt seterusnya, kita akan fahami dan kemudiannya hendaklah diambil tindakan.

May 27, 2010 - Posted by | Al-Quran

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: