Doc Azman51's Weblog

Lifelong Education

Banyak Songeng…..


Banyak Songeng…..

Al Baqara 2 : 67-71

67. dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. mereka berkata: “Adakah Engkau hendak menjadikan Kami ini permainan?(1) ” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan orang-orang yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.

(!) Hikmah Allah menyuruh menyembelih sapi ialah supaya hilang rasa penghormatan mereka terhadap sapi yang pernah mereka sembah.

68. mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada Kami Bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?” Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya”.

** Tidak perlu banyak bertanya lagi, kerjakanlah apa yg diperintahkan, banyak perkara kebaikan/kebajikan telah jelas, jangan nanti mencari susah hendak melakukan pekerjaan itu.

69. mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada Kami apa warnanya?” Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya”.

70. mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada Kami lembu betina yang mana satu? kerana Sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada Kami (susah Kami memilihnya), dan Kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)”.

71. Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya”. mereka berkata: “Sekarang baharulah Engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar”. maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.

** Dalam konteks dunia sekarang, segala suruhan Allah swt telah jelas hanya perlu dilaksanakan, tetapi apa yg berlaku di sebaliknya. Ramai umat Islam yg mempertikaikan, tidak ambil peduli perintah Allah swt atau saja mahu bercanggah dengan perintahnya. Ada yg menyatakan hukum Islam ketinggalan zaman, tidak praktikal lagi, kalau ikut Islam tidak maju, potong tangan susah nak cari makan, kita kena rational di zaman moden ini, aduhai! banyak sekali alasan. Mengapa sedemikian? Dia masih tidak kenal Tuan yg mencipta-Nya. Buat apa? Sebab sibuk dengan dunia, sibuk dengan urusan hidup fisikalnya, tidak berkesempatan untuk mengaji dan berkenalan dengan Allah dan Rasul. Rohnya kurus kering tidak diberi makanan.

Jadi dibanyakkanlah pertanyaan dan soalannya, hendak menunjukkan ianya cerdik. Tetapi bukan dia kisahpun, dok shok hidup seorang dalam dunianya. Kalau ada duit gi umrah, lebih sikit beli kereta baru, bini baru, enjoy sana-sini, buat renovation rumah, seronok-seronok je. Padahal rumah suruh pergi, kubur ajak mari. Itulah manusia yg perlu diingatkan, termasuk juga diri saya. Ini juga satu teknik untuk kutuk diri, muhasabah sendiri. Sama-samalah kita mengingati. Inilah juga apa yg saya dengar dari ustaz-ustaz  yg mengajar di masjid-masjid. Saya hanya menyampaikan. Kalau terasa, maka hati kita tidak mati lagi, masih boleh dibaiki.

** Bani Israil ini satu hal. Mereka banyak menerima nikmat daripada Allah swt. Tetapi apa yg berlaku mereka kufur nikmat. Antara nikmat yg mereka terima ia mereka dilepaskan dari kezaliman kaum Fir’aun, boleh hidup di kawasan yg subur, mempunyai Taurat dan Nabi di kalangan mereka. Tetapi mereka kemudiannya menyembah anak lembu, disuruh pindah ke Palestin mereka takut menghadapi kaum Kan’an, disuruhnya Nabi Musa pergi seorang. Akhirnya disesatkan Allah dan diharamkan Allah memasuki Palestin, maka berkeliaranlah mereka di atas muka bumi selama 40 tahun. Mereka juga menghina Rasul mereka dengan kisah penyembelihan sapi yg kisahnya terdapat dalam surah Baqarah.

** My comment /suntingan

Wallah waalam

Doc Azman

April 9, 2010 - Posted by | Al-Quran, Tafsir

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: