Doc Azman51's Weblog

Lifelong Education

* Sombong, hasad & dengki


Surah Al Baqarah  2 : 34

34. dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan menyombongkan diri, dan jadilah ia dari golongan yang kafir.

Wahai Muhammad, ingatkanlah kepada manusia ketika Allah swt memuliakan Adam as, ketika Allah berfirman kepada malaikat: “sujudlah kalian kepada Adam as sebagai penghormatan atas kemuliaannya!” semua bersujud kecuali Iblis yang ingkar bersujud kerana sombong dan dengki. Dan jadilah ia termasuk hamba-hamba Allah yang durhaka pada perintah-Nya. (tafsir Al-Muyassar)

** Dalam ayat ini Allah swt menyuruh Nabi saw mengingatkan kepada manusia (manusia yg selalu terlupa, diperingatkan kerana terlupa, lebih-lebih lagilah umur seperti kita semua), ketika Allah swt memerintahkan malaikat melakukan sujud penghormatan kepada Adam as, maka malaikat mentaati perintah itu kecuali iblis. Sujud itu sebagai pengakuan mereka terhadap kelebihan dan keistimewaan yang ada pada Adam as yang Allah swt kurniakan, tetapi Iblis hasad dan dengki keatas keistimewaan itu dan kedua ingkar diatas perintah Allah swt itu. Siapalah Iblis, siapalah kita yg hendak mempertikaikan perintah Allah swt. Kita ini bukankah hamba Allah, dan taraf hamba mesti ikut perintahnya walaupun perkara itu susah dan tidak menyenangkan.

** Persoalannya, berapa banyak lagi perintah Allah swt yg masih kita tidak ikut?

** Kalau kita ingkar dan tidak ikut kerana berbagai sebab, maka durhakalah kita kepada perintah-Nya. Kita ingkar dalam menjalankan hukum dan undang-undang Islam, muamalat Islam, negara Islam, banking Islam, hidup secara Islam, . . . etc. Tidakkah ini akan dipersoalkan nanti. Sudah siapkah kita dengan jawapannya?

** Kedengkian Iblis tidak sampai di situ sahaja tetapi diteruskan hingga terkeluar Adam as daripada syurga. Syaitan pula masih meneruskan pekerjaan sombong, hasad dan dengkinya hingga ke hari ini sampai hari kiamat dengan menyesatkan manusia, yang menjadi agenda hariannya. Berwaspadalah kita! ** Ya! Allah ampunkanlah kami, berikanlah kami perlindungan dari godaan syaitan, jika tidak dengan bantuan Mu ya! Allah nanti jadilah kami ini orang-orang yang zalim.

** My comment /disunting

Wallah waalam

Doc Azman

April 7, 2010 - Posted by | Al-Quran, Penyakit hati, Tafsir

Sorry, the comment form is closed at this time.

%d bloggers like this: