Doc Azman51's Weblog

Lifelong Education

Tafsir S.Al Ahzab 33: 11&12


Sedutan daripada kelas Tafsir Ustaz YB Muhammad Mustafa di komplek Tanjung Mas Jumaat, 8.30 pg dan rujukan oleh penyunting: (Tafsir Al-Azhar – Prof. Dr. Hamka)

33:11. Disitulah diuji orang-orang beriman dan akan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat.

Peperangan Al Ahzab, yang dilancarkan oleh Yahudi, kaum munafik dan orang musyrikin Quraisy terhadap orang mukmin di Medinah. Mereka telah mengepung orang mukmin sehingga sebahagian dari mereka telah berputus-asa dan menyangka mereka akan dihancurkan oleh musuh. Ini adalah suatu ujian yang berat dari Allah swt untuk menguji keteguhan keimanan mereka. Akhirnya Allah swt mengirimkan bantuan berupa tentara yang tidak kelihatan dan angin taufan, sehingga musuh-musuh itu menjadi kacau bilau dan melarikan diri.

Ayat ini mengajar Keimanan dan percaya dengan janji-janji Allah swt: Cukuplah Allah swt sahaja sebagai Pelindung; takdir Allah swt tidak dapat ditolak.

33:12. Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: ” Tidaklah dijanjikan oleh Allah swt dan Rasul-Nya itu selain dari penipuan”.

Maksud ayat ini, ketika Rasulullah memecahkan batu keras besar dan putih, terpancarlah api bila bila diketuk dan tiga kali Rasulullah mengucapkan “Allahu Akbar!” Seluruh Muslimin pun mengucapkan takbir juga. Batupun pecah dan wajah muka beliau berseri-seri. Lalu beliaupun berkata: “ .. terbayang dalam cahaya lintasan api itu istana Persia, dan bisikan Jibril semuanya itu akan ditakluki oleh ummatku. Ketukan kali keduanya terbayang istana Rum, dan ketiganya istana di negera Arabia Selatan. Juga dibisikan oleh Jibril negara itu akan dikuasai oleh ummatku. Oleh itu berapa berat ujian dihadapi sekarang, gembiralah kamu.” Kaum mukmin mengucapkan: “Alhamdullilah! Segala puji bagi Allah swt dan segala apa yang dijanji oleh Allah swt pasti dan benar.”

Tetapi bagi orang munafik, mereka tidak beriman dan tidak yakin dengan janji Allah swt. Mereka hanya mengharapkan keuntungan kebendaan, harta rampasan, tidak bertanggungjawab dan melihat musuh banyak bilangannya; 10ribu-15ribu lawan mereka 3ribu orang, ini membimbangkan mereka, mana boleh menang. Inikan pula untuk menakluki tiga negara yang besar. Mereka tidak yakin dengan janji Allah swt.Belajarlah perkara yang membatalkan Islam, jangan pandai perkara yang membatalkan wuduk sahaja. Mereka yang munafik berkata, “wahai orang Yathrib, tempat ini bukan tempat kamu” Disini (di medan perang) kamu akan mati. “oleh itu baliklah kerumah masing masing”. Beginilah perangai orang munafik, sentiasa ikut nafsu. Sampai ada yang meminta izin, mencari helah untuk balik kerana rumah, anak isteri tiada siapa yang mengawal.

Manusia dibahagikan kepada 3 golongan. Kita tidak akan kenal 3 golongan ini melainkan kita memahami Al-Quran.

  1. golongan mukmin.
  2. golongan munafik. Mereka ini hipokrit. Buat amalan Islam ala kadar. Dalaman atau rohaninya dia tidak Islam, di luar sahaja nampak Islam.
  3. golongan kafir.

Kita yang mukmin, jangan mengaku termasuk dalam golongan pertama kerana kita tidak mengetahui sebelum di uji oleh Allah swt. Ujian dengan bermacam-macam contoh mati anak, bertembung dengan kepentingan dunia dan Islam. Ujian berat atau ringan bergantung kepada tahap keimanan. Kalau iman ditahap tinggi, berat ujiannya. Dengan lain perkataan, ujian besar, iman tinggi.

Ujian yang paling besar ialah perang, seperti yang berlaku di zaman nabi. Contoh perang Ahzab, Khandak. Perang Ahzab berlaku di tahun ke 5 Hijrah. Tentera kafir 10-15 ribu orang. Niat mereka untuk menghapuskan Nabi supaya Islampun hapus. Tentera Islam hanya 3 ribu sahaja. Oleh kerana tak ada lain kawasan sebagai strategi, tentera Islam perlu gali parit untuk mempertahankan Madinah. Tentera yang beriman tak mahu balik. Sama juga zaman sekarang, semua ikut nafsu. Contoh kalau buat program ada yang tak mahu ikut. Zaman sekarang, mereka bolehlah beri alasan dengan bermacam macam. Perlu duduk dalam jemaah Islam untuk mencari kekuatan

December 13, 2008 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: