Doc Azman51's Weblog

Lifelong Education

Kuliah Ilmu 18, 25 Oct.2008


Sedutan kuliah YB ustaz Mohammad Mustapha pada 18 dan 25 oktober 2008 di masjid Binjai.

(Segala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk dan salah itu adalah kelemahan penyunting dan pencatit. Juga kesilapan boleh berlaku oleh pencatit bukannya daripada apa yang disyarahkan oleh YB ustaz Mohammad Mustapha. Mohon kemaafan).

Al-Mathurat *- ayat 26: “Relalah aku berTuhankan Allah berAgamakan Islam dan berNabi serta beRasulkan Muhammad SAW”. * (Ke Arah Memahami Al-Mathurat , oleh Ustaz Abd.Ghani Shamsuddin. Dewan Pustaka Fajar).

“Sesiapa yang membacanya dengan mulut dan hati, wajib masuk syurga” – hadith Muslim. Rela atau reda bermakna berpuas hati, setuju bahawa Allah SWT amat besar. Apa yang nabi bawa sebagai utusan-Nya, kena reda. Oleh itu sesiapa yang reda dan mendapat keredaan Allah SWT akan memperolehi segala-galanya kerana Allah SWT itu segala-galanya.

Untuk mendapat keredaan Allah SWT, kita sebagai hamba-Nya kena reda dengan Allah SWT dahulu. Segala apa yang Allah SWT buat, hukum-hakam Islam kena reda dengannya dan apa juga kesusahan dan kebaikan yang kita lalui, adalah Maha adil disisi-Nya. Kita setuju atau tidak, kena reda dengan-Nya.

Islam dikuatkuasa untuk manusia. Cara hidup manusia, dibawa oleh Nabi Muhammad pemimpin manusia, kena reda dengannya.

Peraturan Islam, isi Islam:

1. Buat yang disuruh.

2. Tinggalkan yang Tuhan dilarang.

Kedua-duanya fardhu. Untuk mendapat keredaan Allah SWT, buat yang disuruh dan tinggal yang dilarang. Buat yang di suruh dan tinggal yang dilarang adalah Ibadat. Ibadat kepada Allah SWT kena ikhlas. Tinggal perkara yang Tuhan larang, bukan ditinggal disebabkan takut kepada manusia atau malu orang kata. Kalau tinggal atau buat bukan kerana Allah SWT, tidak menjadi ibadat.

Kita hidup hanya sekali. Contohnya hari ini cuma sekali, esok hari lain. Oleh itu seumur hidup kita jadikanlah ibadat. Doa, “Ya Allah jadikanlah berkat setiap saat umurku”.

Cara supaya seumur hidup kita menjadi Ibadat:

Yakin kepada Allah, beriman dengan-Nya – menyatakan dengan lidah, diyakini dengan hati dan beramal dengan perbuatan. Jangan ragu-ragu. Beriman kepada Allah SWT jangan ragu sesaat pun. Beriman tidak ada cuti. Iman menentukan sah atau tidak sah ibadat kita, contoh kalau tidak beriman tidak sah solat.

1. Ikut syariat. Dalam perbuatan harian pastikan ianya :

a. Harus

b. Wajib

c. Sunat

d. Makruh

e. Haram

f. Sah/batal

Dalam urusan kita hari-hari, seperti makan, tidur, cakap, melihat – ia dimasuk dalam kelas yang mana satu. Hendaklah dikuat kuasa kepada diri sendiri. Ramai orang masuk Islam tetapi Islam tidak masuk dalam dirinya. Kalau hendak dijadikan Ibadat, sekurang-kurangnya perkara itu Harus dilakukan, contohnya dalam perbualan, sekurang-kurangnya perkara yang hendak dikatakan adalah Harus, tidak haram. Paling baik Wajib.

2. Niat kena ikhlas. Segala perbuatan ialah Ikhlas kerana Allah. Jangan syirik dengan mempunyai dua niat, contoh satu kerana Allah dan lagi satu kerana manusia. Air yang bersih tidak ada sampah, tidak ada niat jahat, dibuat kerana Allah SWT bukan dunia, tinggalpun kerana Allah SWT.

3. Ikut tertib. Mana-mana hak Allah SWT di utamakan, kerja untuk Allah SWT didahulukan. Kalau sampai waktu sembahyang, kena sembahyang dahulu, jangan dibuat kerja lain, seperti makan dahulu. Kedua, hak Nabi. Ketiga, hak ibu, keempat, hak ayah dan seterusnya yang lain.

4. Buat yang Allah SWT suruh dan tinggalkan yang dilarang. Sebagai panduan, buat yang disuruh, tinggalkan perkara yang berlawanan dengan nya. Contohnya dirikan sembahyang dilarang tinggalkan sembahyang.

5. Jaga perkara yang membatalkan amal ibadat. eg. jangan batal sedekah yang telah dibuat. Kecek dengan orang, tolong orang, jangan batal dengan mengungkit sedekah/perbuatan yg dibuat, ungkit anak yang tidak kena dengan dia.

Kita ini hidup sekali seorang sahaja. Kalau menjadi baik, alhamdulillah. Kalau tidak menjadi, hidup ni sia-sia dan ke Nerakalah akibatnya.

Kata-kata ulama, menunggu waktu sembahyang adalah satu tuah. Di umpamakan menunggu tetamu yang besar lebih lagi daripada raja. Kalau tidak hadir untuk yang ditunggu samalah seperti menolak tuah . Dengan kata lain tolak tuah sama dengan tidak menghargai tawaran Allah SWT.

Contoh, dua rokaat sunat subuh lebih mahal daripada dunia dan semua yang ada di dalamnya. Alangkah tinggi nilainya disisi Allah SWT. Nabi Muhammad pernah mengkado’ sunat subuh ketika baginda tertinggal kerana menghadiri perkara yang sangat penting.

Tuah yang Allah SWT tawarkan di tolak sedangkan tuah itu berlaku sekali sahaja. Manusia tidak berasa ibadat itu harta kita. Kalau hilang duit walau sedikit pun berasa rugi. Tapi harta yang hakiki iaitu ibadat tidak berasa.

Ada tiga jenis harta:

1. Harta benda contoh tanah, duit, rumah.

2. Harta intelect contoh kemahiran, karya, ilmu. Pentingnya mengaji dan mencari ilmu untuk kaya harta intelek.

3. Harta Rohani contoh solat, puasa. Rebutlah peluang mengumpul banyak harta rohani. Jadilah jutawan dengan harta rohani.

Ada dua nikmat yang Allah SWT beri tetapi tidak dihargai. Kita tidak rasa rugi kalau tidak buat apa yang Tuhan suruh. Hati dan perasaan kita tidak susah seperti kita kehilangan harta-benda.

1. Kesihatan. Tidak rasa nikmat sihat. Kesihatan yang ada disalah gunakan membuat maksiat. Membazir kesihatan dijual kesihatan dengan murah.

2. Masa. Jangan bazir masa. Masa 30 saat boleh baca 3x KulhuwaAllah, sama macam membaca satu Quran. Besar pahalanya.

Hargailah nikmat ini, jangan membazir supaya seluruh hidup ini menjadi Ibadah. Kalau tidak samalah seperti membeli barang mahal, dijual murah atau barang itu murah kita beli mahal. Ini perbuatan bodoh namanya. Hidup hanya sekali seorang. Mana-mana masa yang lepas itu tidak menjadi ibadah atau ada yang berdosa. Hendaklah bertaubat, sembahyang taubat, minta ampun dengan Allah SWT, dosa lalai dengan umur yang lepas. Minta selesai di dunia, nanti takut di bicara di mahkamah Allah SWT bertahun-tahun lamanya. Doalah diberkati setiap masa umur yang ada ini.

Jadilah agen masyarakat untuk menyusun masyarakat dalam mencari ilmu dan lain-lain hal. Sekarang ini ilmu tidak rasa berharga.

Oleh kerana umur manusia tidak panjang, rebutlah tawaran ibadat berganda:

1. Hadir majlis Ilmu. Menuntut ilmu tidak dirasakan wajib. Abu Umamah ra memberitakan Nabi S.A.W pernah bersabda; maksudnya: “Siapa berpagi-pagi (atau berpetang-petang keluar) ke masjid, tiadalah dia bertujuan melainkan untuk mempelajari kebaikan (perkara Agama) atau mengajarkannya, maka dia akan memperoleh pahala haji yang sempurna hajinya.” (H.R. At-Tabaraani, Al-Hakim dan Al-Maqdisiy : Shahih menurut syarat Imam Muslim).

2. Menambahkan puasa 6 hari di bulan syawal, sama seperti berpuasa setahun.

3. Menolong /berusaha menolong orang miskin atau ibu tunggal. Kebaikannya seperti berjuang kejalan Allah SWT.

Perkara yang membatalkan Islam/ Iman (menyebabkan kufur) – amat penting untuk diteliti hati-hati dan pegangan kita.

1. Syirik iaitu menduakan Allah SWT. Syirik terbahagi kepada 2:

a. Syirik besar – yang terang contoh menyembah berhala, minta orang yang dah mati doakan, minta tolong dari kubur orang tertentu, nazar dengan memberi sesuatu kepada kubur e.g sembelih kambing di kubur.Sesiapa syirik kepada Allah SWT i.e syirik besar dihalang ke syurga.

b. Syirik kecil – yang tidak nampak contoh riak, takabur, ujub. Merasakan apa yang dicapainya, ilmu, kekayaan, kehebatan – datang dari dirinya, kepandaiannya dan usahanya. Atau merasakan rezekinya datang dari pihak tertentu. Dia tidak nampak nikmat yang diberi adalah dengan kuasa dan rahmat Allah SWT yang menguruskan semua hal kehidupannya.

2. Mengadakan perantara di antara manusia dan Allah SWT, contoh dosa seseorang boleh diampunkan melalui perantara.

3. Mengiakan ideologi kafir, contoh setuju atau mengiakan bahawa komunis (tuhan tidak ujud) itu betul, semua agama itu baik dan betul.

4. Orang yang berkeyakinan bahawa ada kepimpinan yang lebih baik dari kepimpinan nabi Muhammad saw, undang-undang Inggeris baik daripada Syariat Islam, peraturan manusia lebih baik daripada undang-undang Allah SWT. Islam tidak sesuai di abad ini, berkeyakinan Islam itu membuat rakyat mundur, mengatakan bahawa undang-undang hudud tidak sesuai di zaman ini. (jangan disalahkan Islam jika umat mundur atau lemah, mereka yang tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sepenuhnya itu yang mundur).

5. Membolehkan perkara yg haram disisi Allah swt. e.g riba, zina, arak.

October 28, 2008 - Posted by | Amalan, pahala

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: