Doc Azman51's Weblog

Lifelong Education

Pahala Berganda 3


Pahala Berganda 3

MENDAPAT FADHILAT TAKBIRATUL IHRAM ****

Apabila imam mengangkat takbiratul ihram, maka disunatkan bagi ma’mum segera bertakbiratul ihram selepas takbir imamnya supaya ia mendapat fadhilat takbiratul ihram. Ada hadith yang mengatakan siapa yang menghadhiri takbiratul ihram selama empat puluh pagi nescaya ditulis untuknya dua kebebasan, iaitu ke­bebasan dari api neraka dan kebebasan dari nifaq.

Tersebut dalam Kitab Syarah Al-Syihab, di riwayatkan ada sekumpulan penyamun telah menyamun empat ratus ekor unta dan empat puluh orang hamba sahaya milik Abu Umamah AI-Bahili, lalu beliau datang menemui Rasulullah (s.a.w.) dengan rupa yang sugul.

Beliau telah ditanya oleh Rasulullah apakah yang telah mendukacitakannya. Beliau pun menceritakan peristiwa itu.Lalu Rasul bersabda: “Aku fikir engkau dukacita kerana luput takbiratul ihram. ” Jawab beliau: “Wahai Rasulullah keluputan takbiratul ihram itu padaku lebih besar dari kehilangan semua harta ini, bahkan lebih besar dari kehilangan unta sepenuh bumi.”

Kata pengarang Al-Minhaj, fadhilat takbiratul ihram itu hanya dapat dicapai dengan mengangkat takbiratul ihram sebaik sahaja imam selesai bertakbir. Mengikut Syarah Al-Muhazzab, fadhilat itu boleh didapati apabila seseorang itu bertakbir tanpa diganggu was-was yang zahir yang berlanjutan

*** Masalah Imam dan Ma’mum Yusoff Zaky Yaacob

Penyunting:

400 ratus ekor unta dan 40 orang hamba di zaman Rasulullah berapa nilainya? Mungkin Jutaan ringgit sekarang. Ianya tidak bernilai jika dibandingkan dengan tertinggalnya sekali takbiratul ihram (takbiratul ulla). Rahmat Allah SWT amat besar sekali. Hanya dengan datang awal ke masjid dan boleh bersama imam bertakbiratul ihram, boleh mendapat jutaan pahala. Ada rahmat & rahsia disebalik datang ke masjid dan datang awal. Wallah wallam.

Saya menasihati diri saya dan berdoa kehadrat Allah SWT agar diberikan kekuatan untuk bertakwa dengan-Nya dan mendapat keredaan-Nya. Amin ya rabil’alamin.

Doc Azman (hamba yg kerdil juga menasihati dirinya sendiri, berdoa mengharapkan Taufik dan Hidayah-Nya)

October 21, 2008 - Posted by | pahala, solat

Sorry, the comment form is closed at this time.

%d bloggers like this: