Doc Azman51's Weblog

Lifelong Education

Pahala Berganda 2


PAHALA BERGANDA

Allah Subhanahu wataala, Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihi, sedia menawarkan ganjaran pahala yang sama seperti yang diperolehi oleh orang-orang yang menunaikan haji dan umrah yang sempurna haji dan umrah mereka.

Tiga kumpulan manusia yang beriman dan mendapat hidayah dan taufik-Nya boleh memperolehi pahala yang amat besar dan hebat serta mudah dengan melakukan tiga perkara seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW.

1. Pergi ke mana-mana masjid dalam keadaan sudah berwudhu’ dari rumah untuk bersembahyang Fardhu secara berjemaah dalam mana-mana waktu yang lima.

2. Pergi ke mana-mana masjid untuk bersembahyang fardhu Subuh secara berjemaah; dan kemudian masih berada dalam masjid dengan membaca Al-Qur’an dan berzikir tanpa bercakap yang tidak perlu dan tanpa keluar dari masjid kecuali untuk qadha’ hajat dan urusan yang penting. Kemudian dia bersembahyang dua raka’at.

3. Pergi ke mana-mana masjid bertujuan untuk belajar Agama Islam atau mengajarkan ilmu berguna lagi diredhai Allah di dalam majiis ilmu atau kuliah.

Adapun dalilnya :

Abu Umamah r.a pernah memberitakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda; maksudnya: ” Siapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci (berwudhu’) untuk sembahyang Fardhu (secara berjemaah di mana-mana masjid), maka pahalanya adalah seperti orang-orang yang berhaji yang berihram; dan siapa yang keluar (ke masjid) untuk bersembahyang Dhuha di mana dia tidaklah sengaja keluar melainkan kerananya, maka pahalanya adalah seperti pahala orang yang berumrah”. ( H.R. Abu Dawud : Menurut Al-Albaani (558): Hasan)

Manakala menurut Anas Bin Maalik ra bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda; maksudnya: “Siapa sembahyang Subuh dalam jemaah; kemudian dia duduk menzikiri Allah sehingga naik matahari (setinggi tombak: selepas waktu larangan); kemudian dia bersembahyang dua rakaat (Dhuha), adalah dia rnemperoleh pahala suatu haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna pahalanya.”   (H.R. At-Turmudzi ( Hasan Gharib). Menurut Al-Albaani : Hasan, malah Shahih. Rujuk “Shahiih Jaami’ Ash-Shaghiir” No. 6346 ).

Seterusnya Abu Umamah ra memberitakan Nabi S.A.W pernah pula bersabda; maksudnya: “Siapa berpagi-pagi (atau berpetang-petang keluar) ke masjid, tiadalah dia bertujuan melainkan untuk mempelajari kebaikan (perkara Agama) atau mengajarkannya, maka dia akan memperoleh pahala haji yang sempurna hajinya.” (H.R. At-Tabaraani, Al-Hakim dan Al-Maqdisiy : Shahih menurut syarat Imam Muslim).  *****

Penyunting:

Jika Hadith diatas dapat dihayati sepenuhnya dengan yang demikian pengimarahan masjid akan berlaku dan menjadikannya sebagai pusat gerakan pembangunan umat Islam, seperti fungsi asalnya seketika dahulu. Sekarang ini fungsi masjid dipisahkan dengan urusan ‘duniawi’. Yang sebetulnya mana ada urusan dunia, semuanya urusan dunia ini adalah urusan akhirat, ada hubungnya dengan agama. Ia tidak boleh dipisahkan, seperti juga politik dan agama. Islam adalah satu sistem kehidupan yang lengkap.

Sekarang ini walau bagaimanapun masjid masih sepi, hanya dikunjungi oleh kumpulan pesara dan tua. Apa masalahnya?

  1. Majlis Ilmu – mungkin tidak menarik minat golongan lain. Hendaklah dierluaskan skop dan kaedahnya. Pelbagaikan ilmu yang diajar; sains, ekonomi, kemahiran diri, komputer, komunikasi, kaunseling, ilmu urusan rumah tangga dan sebagainya.
  2. Masjid tidak mesra pelanggan – kemudahan kumpulan sasaran diluaskan kepada golongan anak-anak, remaja, wanita, pegawai dan profesional.
  1. Pengurusan masjid tidak profesional. Tiada latihan dan tiada golongan yang berkebolehan menjadi warga masjid. Kena ada tarikan dan kepentingan untuk bersama.
  2. Diperhebatkan ilmu akidah dan tauhid. Masyarakat sekarang amat nipis dan rapuh pegangan tauhid dan kefahaman akidahnya. Hidupnya penuh dengan syirik, sama ada jelas atau kha’fi. Hubungannya dengan Allah Subhanahu wataala yang menjadikannya semacam tidak ada dan tidak penting atau tidak diperlukan. Kecintaannya kepada Nabi Mohammad Rasulullah SAW tidak pernah terlintas di kepalanya. Dunia, dunia, pengaruh dan kuasa menjadi matlamatnya.
  3. Dosa dan pahala tidak memberi kesan kejiwa. “Apa, dosa … pahala … apa itu; … ehh.. ada ke? Tak apa tunggu tua nanti taubatlah”.
  4. Syurga dan Neraka. “Uhh.. amat jauh sekali, mana ada balasan tu, Tuhan tidak kejam sebegitu …”.
  5. Tidak mengenali dirinya, ruhnya, ehsan, matlamat dan sistem hidupnya, kemana akhirnya, …. terus dilalaikan dengan “kehidupan” dan “cari makan”.
  6. Boleh disambung .. seterusnya …

Ini adalah di antara jawapan mengapa masjid kita lemah dan tidak dapat membantu dalam menenangkan jiwa-jiwa roh manusia umat disekeliling kita. Kita kini dibelenggu dengan berbagai permasaalahan yang terus meruntuh dengan amat dashyat keharmonian dan ketenangan kehidupan ummah, dan tidak nampak lagi jalan penyelesaiannya. Baliklah kepangkal jalan, hanya Islam yang tulin dan keikhlasan kepimpinan menerangi jalan, percayalah. Wallah aalam.

Doc Azman (hamba yg kerdil juga menasihati dirinya sendiri, berdoa mengharapkan Taufik dan Hidayah-Nya)

**** Hadith disunting daripada artikel asal, Abdullah Al-Qari dari koleksi kertas kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2008; Anjuran Akademi Pengajian Islam, Nilam Puri; dengan kerjasama JAKIM. 18-19 Oktober 2008.

October 19, 2008 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: