Doc Azman51's Weblog

Lifelong Education

Majlis Ikram Ulama pada 19hb. April 2008 di masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian


Transkrip/Ringkasan daripada ucapan peserta Majlis Ikram Ulama pada 19hb. April 2008

yang diadakan di masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian

Surah As-Saff:2-4. “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya disisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh “

Ucapan Pengerusi Lujnah Pendidikan dan Dakwah – Visi dan matlamat

  1. meningkatkan ahli jemaah di masjid-masjid terutama di kariah Kubang Kerian ini.
  2. melahirkan suasana masyarakat hidup dalam aman damai dengan mengamalkan Islam dalam rumah tangga.
  3. amalan berpakaian menutup aurat.
  4. mengharapkan alim-ulama membantu memberikan idea dan sumbangan agar visi dapat direalisasikan.
  5. mengharapkan alim-ulama mempromosi visi diatas, mempromosi sembahyang jemaah dalam kuliah mereka.
  6. menggalakan ahli jemaah berdakwah kepada jiran menyampaikan ilmu yang dipelajari dan mempelawa mereka berjemaah ke masjid.
  7. Solat dalam masyarakat, dipertingkatkan program solat remaja dan peranan ibu-bapa. Walaupun di sekolah sudah ada kurikulum.
  8. Masalah remaja tiada problem solving/ ibu-bapa dipersalahkan – tiada penyelesaian diberikan.
  9. Minta ulama membantu dalam program masjid.
  10. Isu stress, tekanan hidup rakyat malaysia – segala masalah menimbulkan beban kepada keluarga.
  11. Penawar ada pada ulama untuk dipergunakan.

Ucapan S.F. Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Kelantan

  1. Majlis ini yang julung kali diadakan memberi pengiktirafan kepada para alim-ulama yang telah menyumbang kepada kemakmuran masjid, walaupun ganjarannya tidak seberapa.
  2. Majlis ini mengeratkan silaturrahim antara ajk masjid dan para alim-ulama.
  3. Kita perlu mengatur tenaga pengajar.
  4. Perlunya alim ulama dan hadirin memberikan cadangan dan pandangan dengan program yang berjalan dan cadangan untuk meramaikan jemaah dengan idea-idea demi memakmurkan masjid dengan programnya.
  5. Alim ulama berusaha untuk menarik minat masyarakat menghadiri masjid dan kuliah.
  6. Tok Imam Tua masjid ada kepakaran dalam IT, boleh membantu mempertingkatkan kegunaannya.
  7. Alim-ulama perlu menggunakan ICT menarik minat masyarakat umum, meninggalkan kesan yang lebih kepada pendengar. Satu program yang digunakan di Trengganu datang daripada pendakwah Indonesia mendapat sambutan masyarakat.
  8. Segala pandangan dan rumusan kami sedia menerima.
  9. Ahli jemaah kumpulan pesara umpamanya dari kalangan guru-guru, disamping mengisi kekosongan masjid, boleh menyumbang kepada persekitaran, alam sekitar masjid, mengindahkan dan menceriakan masjid. (di Jepun, pesara menyumbang kepada landskap bandar).
  10. Doktor-doktor USM boleh digemblengkan tenaga dalam membantu mengimarahkan masjid. Aspek kebajikan jemaah umpamanya selepas kuliah subuh, pemeriksaan kesihatan oleh doktor – di masjid.
  11. Perpustakaan ditubuhkan, diuruskan dengan baik sebagai pusat rujukkan – jangan jadi hiasan
  12. Imbuhan untuk tenaga pengajar akan dipercepatkan.

Ucapan Ustaz Nasir Mohamad

  1. Adakan majlis Ilmu sebelum khutbah Jumaat.
  2. Mengadakan Risalah 1 minggu sekali, buletin 1 bulan sekali.
  3. Khutbah dan kuliah dirakamkan dan edarkan. Ahli jemaah menjadi pelanggan tetap. Disebarkan kepada anak dan isteri.
  4. Mengadakan komputer, LCD dan screen dengan teknik pengajaran terkini dihiasi dengan gambar, seperti yang digunakan di masjid Melor.
  5. Khutbah Jumaat menggunakan LCD.
  6. PA sistem di baiki.
  7. Papan ikhlan diperkemaskan.
  8. Carta organisasi ahli jawatankuasa dan biro diadakan.
  9. Mengadakan peti cadangan.
  10. Acara tahunan ikram ulama diteruskan. Diperbesarkan, untuk mempertemukan pengkuliah masjid di seluruh Kelantan
  11. Diselaraskan imbuhan pengkuliah masjid.

Ucapan YB Mohd Mustapha

  1. Tahniah dan penghargaan kepada pihak pengganjur yang berjaya menggajurkan majlis yang sangat bermakna julung-julung kali diadakan dan insyaalah majlis ini menjadi penggerak, pemantau seterusnya menjayakan apa sahaja cadangan kita hari ini.
  2. Terima kasih beliau kepada pihak penggajur yang menyemput beliau bersama. Oleh yang demikian boleh sama-sama mendokong dan bertanggungjawap semoga apa yang kita lakukan merupakan jihad dan ibadat kepada Allah swt. dan menerima ganjaranya kemudian nanti.
  3. Terima kasih kepada semua yang memberi pandangan dan menyumbang idea-idea besar dalam perbincangan ini. Sembahyang hajat untuk memohon pertolongan Allah swt. kudrat dan iradat daripada Allah swt.
  4. Apa yang nak dibuat telah dibincang, kedua bagaimana nak buat, ketiga siapa nak buat, keempat bila masanya.
  5. Siapa yang hendak membuat perkerjaan itu biasanya menjadi masalah. Biasanya kalau diserahkan kepada masjid dan jawatakuasanya, ia tidak akan mampu melaksanakannya. Kita juga bimbang nanti dengan teguran ayat Al-Quran S.As-Saff:2. “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! “. Kita hanya bincang sahaja tetapi tidak melaksanakannya.
  6. Menjelaskan dengan jelas nyata visi dan misi masjid. Idea-idea dan cadangan diterjemahkan kepada visi dan misi masjid.
  7. Memperkasakan ahli jawatankuasa pelaksana, perlu diperbesarkan, cari sukarelawaan dan masjid jadi penaung kepada ahli jawatankuasa pelaksana.
  8. Sebagai contoh, cadangan ahli jawatankuasa pelaksana induk terdiri daripada :

a. wakil majlis agama Islam

b. jabatan hal ehwal Islam

c. MPKB

d. Majlis Daerah

e. majlis daerah

f. polis

g. penggawa

h. penghulu

i. sekolah-sekolah

j. Badan NGO

k. Persatuan penduduk

l. IPTA – USM

  1. Dengan ahli jawatankuasa pelaksana induk/tindakan diatas dirangka plan induk dan tindakan yang mengambil kira kesemua idea-idea dan memikirkan bagaimana hendak dilaksanakan. Adakan majlis mesyuarat tindakan dengan diberi masa yg cukup, untuk pelaksanaannya.
  2. Pihak yang mewakili ada rangkaian/ sukarelawannya, anak beranaknya sendiri untuk membantu dan menjadi keluarga masjid, pihak masjid jadi penaung. Umpamanya ABIM, JIM, tabliq ada rangkaian yang boleh menjadi pengkuatkuasa dan merangka bersama plan bertindak yang praktikal. Kalau tidak, cadangan akan tinggal cadangan.
  3. Bila nak buat – ada program harian, mingguan, bulanan, tahunan dengan melihat sasaran program itu sendiri. Sasaran kita tidak boleh bergantung kepada program lepas magrib sahaja.
  4. Masjid dijadikan pusat khidmat masyarakat, pusat pelaksanaan, gerak-kerja masjid dan seterusnya.
  5. Kena ada e-ahli masjid, pendaftaran e-jiran masjid untuk mengetahui ahli jemaah dan kekuatan kariah. Daripada pendaftaran sistem zakat fitrah yang telah ada kita lanjutkan kepada e-jiran masjid. Berapa sasaran, ramai anak-anak, peringkat sekolah, menengah, remaja, dewasa, pesara, warga tua, saudara baru. Mereka yang belum Islam juga sasaran kita, orang yang bermasalah, orang sakit, orang miskin termasuk.
  6. Budget tahunan program amat penting – pihak jawatakuasa perlu bincang bagaimana hendak adakan badget tahunan mengikut program-program yang hendak dilaksanakan.
  7. Carilah orang pandai dalam bab ini – menyediakan budget dari berbagai sumber. Nak suruh tok imam fikir benda ini, nanyo dia, tak padan. Kena pakat fikir semua. Umpamanya sumber budget daripada kerajaan. Rujuk buku budget kerajaan negeri Kelantan untuk dimanfaatkan, ramai tak tahu dan tak guna, adakan kertas-kertas kerja. Samada untuk melaksanakan program-program atau pembangunan masjid.
  8. Budget daripada exco-exco tertentu, jabatan-jabatan, hal ehwal agama umpamanya. Kebijaksanaan kita untuk mencari dan manfaatkan budget itu.
  9. Sudah sampai masanya masjid Al-Sultan K.Kerian menjadi ‘leader’, pelupur dalam manfaatkan peluang mendapat budget.
  10. Budget melalui ahli jemaah sendiri. Kita adakan program yang lengkap dan dipromosikan di hari Jumaat, yakin ahli korporat jemaah akan membantu.
  11. Budget yang ada umpamanya bulan sembahyang, 1 juta budgetnya.
  12. Bank-bank ada peruntukan sosialnya, eg. Bank Islam peruntukan untuk rumah orang miskin dan program-program Islam. Kena ada program yang lengkap dengan kertas kerjanya, insyaalah bantuan akan diberi.
  13. Setelah kita ada jawatankuasa pelaksana/Induk, ada budget, kita perlu juga ada satu Jawatankuasa Pengurusan. Kalau nak buat kerja besar, masjid kena ada sistem pejabatnya sendiri. Program-program yang hendak dibuat hendaklah diuruskan dengan sistem pejabat ini, caranya fikirkanlah. Kalau tidak akan tinggal idea-idea sahaja, tidak akan menjadi kerja.
  14. Program dan kuliah umum, seperti fungsi masjid Nabi SAW. kita kena juga ada kuliah-kuliah khusus. Dengan kebesaran dan kemudahan yang ada, masjid ini boleh dianggap sebuah universiti kalau dimanfaatkan kemudahan yang ada ini.

a. Tuisyen pelajar – ibu-bapa amat perihatin dengan peperiksaan. Takut tidak berjaya dalam peperiksaan, kalau tak kenal, tidak berjaya dengan Islam tidak mengapa. Semasa sembahyang isya’ mereka pergi hurung pusat tuisyen untuk mengambil anak dan meninggalkan jemaah isya’ yang mahal bayarannya disisi Allah. Kalaulah mereka mengetahui jemaah isya’ besar pahalanya mereka akan merangkak datang ke masjid. Orang kita tinggal jemaah isya’ main-main sahaja, kerana nak ambik anak tuisyen. Bukan sekali-dua, sudah beribu kali tanpa ada rasa kerugian. Kalau ada tuisyen di buat dimasjid, apabila sampai masa jemaah, semua sembahyang jemaah, lepas itu disambung balik kelas.

  1. Program khusus untuk melahirkan generasi atau pelapes ulama. Sudah sekian lama beliau mengajar kelas tafsir tetapi tiada seorangpun yang menjadi betul berani untuk mengganti. Satu sebabnya kerana tumpuan ulama hanya kepada masyarakat umum, tiada suatu program yang dibuat untuk tujuan tersebut. Ulama lainpun begitu juga, maka perlulah ulama yang ada seperti Dr.Najib dan Ustaz Wan Hassan dan ustaz-ustaz lain mengembleng tenaga untuk membantu melahirkan pelapes dan generasi ulama. Bahagian hadis, kuliah Ustaz Asri tidak disusun dengan baik, macam sendirian berhad sahaja. Kita boleh buat kursus hadis atau kursus intensif hadis untuk melahirkan orang yang mahir. Bahagian faekah dan sebagainya Dr.Najib disarankan kena buat program pembangunan generasi ulama dengan mengembleng tenaga yang ada dengan membuat sukatan pelajarannya dan sebagainya. Dalam masa 5 tahun dapat melahirkan anak didik masjid.
  2. Mengambil anak angkat, anak mukim kita yang ada potensi yang berkualiti untuk menjadi pemimpin masyarakat dimasa depan. Dengan kutipan tabung dan memberi biasiswa untuk dihantar mengaji umpamanya ke Mesir.
  3. Membena generasi Al-Quran – ramai yang tidak boleh membaca Al-Quran. Kena ada program membaca Al-Quran dari budak lagi, sekolah rendah, menengah, seterusnya sampai mati. Al-Quran hendaklah boleh dibaca, boleh difaham, boleh dihayati dan seterusnya. Yang perlu mengaji Al-Quran tidak hanya budak-budak, ramai lagi golongan yang perlu membaca dan menghayati Al-Quran. Kena ada program.
  4. Sukatan pengajian. Untuk orang awam ada sukatan dan kursus intensifpun ada sukatan. Umpamanya dalam masa 1 tahun, boleh diaudit dan dinilai kembali apa yang kita mengaji. Dengan tiadanya sukatan, ustaz-ustaz mengajar cara masing-masing, sendirian berhad, tiada hala-tuju yang jelas. Kalau boleh Dr.Najib diminta tolong membentuk ajk melihat masalah ini.
  5. Kuliah magrib secara keseluruhannya di daerah sini tidaklah berapa ramai. Apa sebabnya, kita kena cari jalan. Kena buat jemputan atau promosi, sama juga sembahyang subuh. Jemputan sembahyang subuh dan selepas itu ada jamuan. Bulan puasa ramai, ia jadi bermusim, kerana ia merasakan sembahyang subuh itu tidak hartanya.
  6. Sembahyang hari Jumaat ramai, tetapi harus diuruskan kehadiran mereka dapat dimanfaatkan. Hari Jumaat adalah hari besar tetapi tidak ada pengurusan. Kena ada jawatankuasa pengurusan hari Jumaat untuk memberi kesan bukan sekadar untuk sembahyang sahaja. Ada bahan bacaan, ada taqrib, tarhib dan galakkannya. Jangan ada orang hisab rokok, duduk bawah tangga, atas tangki air dan sebagainya. Di belakang speaker tak dengar, budak-budak tidak terkawal, hendaklah disusun elok. Kalau ada bahan-bahan bacaan diedarkan sebelum khutbah. Orang yang berniaga, diadakan peraturan, apabila azan, perniagaan diberhentikan. Pakat-pakat fikirkan hal ini untuk hari Jumaat menjadi berkesan kerana dengannya hidayah Allah swt akan turun dan banyak perkara akan selesai.
  7. Mengharap pimpinan masjid supaya hari Jumaat ini di catnakan semoti.
  8. Hendaklah kita berkerjasama, kerana pertolongan Allah swt akan diberikan kepada kita yang berjemaah. Hendaklah sembahyang hajat banyak-banyak memohon kepada Allah swt supaya dipermudahkan segala usaha-usaha, idea-idea perancangan kita.
  9. Kita beri masa untuk membuat audit agar semua idea-idea itu pasti berjalan dengan memberi keutamaan mengikut prioriti, yang segera disegerakan.

Catitan Ucapan

ü Ucapan Dr. Najib bin Abdulah

ü Ustaz Wan Hassan bin Mohamad

ü YDP ABIM Kelantan

ü dan ahli-ahli jemaah

  1. Banyak cadangan dan saranan yang telah dinyatakan, umpamanya dalam soal-selidik,
  2. Tiada tambahan hanya macam mana hendak dijayakan.

  1. Promosi kuliah tidak ada – risalah kecil, di hari Jumaat.
  2. Membekalkan kitab rujukkan semasa kuliah.
  3. Jemaah hadir tubuh tetapi hati tidak hadir dalam kuliah, ada yang berzikir, baca Quran dan sebagainya semasa kuliah berjalan.
  4. Orientasi lebih masa untuk saudara baru olek pihak majlis – adakan module. MACMA selaraskan keperluannya dengan pihak berkenaan.
  5. Pihak masjid perlu adakan database untuk saudara baru.

  1. AJK pelapis atau golongan muda di masjid
  2. Mengadakan rakan masjid
  3. Membuat program komuniti
  4. Khidmat masyarakat
  5. Program untuk saudara baru dan keluarga – pengkalan data – permasalahan, kerjasama macma
  6. ABIM boleh bantu dalam merancang program – buat perjumpaan
  7. Program belia mengimarah masjid
  8. Kena beri jalan NGO boleh masuk masjid

  1. Sejarah masjid dimasukkan dalam web-site masjid.
  2. Kuliah magrib dinilai keberkesanannya oleh ajk masjid.
  3. Pihak masjid perlu mengusahakan program hidayah & kerohaniah
  4. Amalan membersihkan jiwa
  5. Menjadikan masjid nadi kepada masyarakat

October 13, 2008 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: