Doc Azman51's Weblog

Lifelong Education

# Koleksi Ceramah Pilihan MP3: Ustaz Muhammad Mustafa

“Ya Allah, manfaatkanlah untuk diriku apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku dan ajarilah aku dengan apa yang bermanfaat bagiku dan limpahkanlah rizki berupa ilmu yang bermanfaat bagiku1. Tambahkanlah ilmu kepadaku. Segala puji bagi Allah dalam keadaan apapun dan aku berlindung kepada Allah dari keadaan penghuni neraka.”2

1 Riwayat Nasai dan Hakim dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu.

2 Riwayat Tirmidzi dengan sanad hasan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu.

Update: April 2015
Download Audio MP3: Kuliah Sabtu Masjid Binjai

Link 1 UstMat100508_J3_S18.mp3 http://www.mediafire.com/?1ts1c7vdvjpsovv
Link 2 UstMat100424_J3_S16.mp3 http://www.mediafire.com/?ze26mwf0b7aysvf
Link 3 UstMat100501_J3_S17.mp3 http://www.mediafire.com/?5zq01bbo5pe308h
Link 4 UMMustafa090815_J2S28.mp3 http://www.mediafire.com/?h99apm3wcgce0hq
Link 5 UMMustafa090822_J2S29.mp3 http://www.mediafire.com/?sz2fzunwup0ci5z
Link 6 UMMustafa090829_J2S30.mp3 http://www.mediafire.com/?ranel9ar94np13o
Link 7 090110_J2_S2 https://www.mediafire.com/?8oywhl1268ln620
Link 8 090117_J2_S3 http://www.mediafire.com/listen/p1somee5va4m9rw/090117_J2_S3.mp3
Link 9 http://www.mediafire.com/listen/d0pamli03qdfqhu/090124_J2_S4.mp3
Link 10 http://www.mediafire.com/listen/j70n6w97jlcb8su/090131_J2_S5.mp3
Link 11 http://www.mediafire.com/listen/6h4me9v1166eqf2/090207_J2_S6.mp3
Link 12 http://www.mediafire.com/listen/8wgg85tg1k053gi/090214_J2-S7.mp3
Link 13 http://www.mediafire.com/listen/e97qfinpqb5b9ew/090221_J2_S9.mp3
Link http://www.mediafire.com/listen/t89dij47yzn4k8b/090321_J2_S11.mp3
Link http://www.mediafire.com/listen/0a2nn3gg5y9b0d2/090411_J2S14.mp3
Link http://www.mediafire.com/listen/x222r6e10b24dvs/090328_J2S12.mp3
Link http://www.mediafire.com/listen/gab6nqtfmqqbkzb/090523_J2S18.mp3
Link http://www.mediafire.com/listen/m4p7inzkpt5s3cv/090530_S2J19.mp3
Link http://www.mediafire.com/listen/bvka3c758y26qpl/090613_J2S20.mp3
Link http://www.mediafire.com/listen/qc67kxxx6xxvzr7/090627_J2S21.mp3
Link http://www.mediafire.com/listen/3ft4djnyt7a93un/UMMat090704_J2S22.mp3
Link http://www.mediafire.com/listen/85f950r6djhzj7s/UstMat090711_J2S23.mp3
Link http://www.mediafire.com/listen/7l7kue62tl85vxu/UstMat090718_J2S24.mp3

calligraphy

Rodinabil llah22

February 20, 2012 Posted by | Al-Quran, Mengaji, Muhammad Mustafa, Tafsir | | Leave a comment

# Tafsir Surah 103. Al ‘Ashr & 102. At Takaatsur

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Bismillah hirrahman nirohim adalah satu bacaan yang besar, di mana ianya dibaca apabila memulakan setiap pekerjaan dan perkerjaan yang mengikuti syariat. Setiap perkerjaan hendaklah di peringkat harus, sunat dan wajib. Peringkat makruh dan haram, di tinggalkan.
Dengan membaca Bismillah hirrahman . . . kita akan mengenali siapa Dia Allah swt itu. Allah Yang Amat Pemurah, lagi Amat Mengasihani. Kita lihatlah realitinya Allah swt dalam penghidupan kita, Pengasihnya Allah swt, di sediakan-Nya semua keperluan, diberi-Nya dengan percuma, seperti matahari, oksigen, makanan, air, tubuhan, kesihatan dan sebagainya.
Kalau dikira perbelanjaan setiap seorang kita, nyawa dan penghidupan maka terlalu amat besar sekali kosnya. Kalau Allah swt ini tidak Maha Kaya dan Pemurah sudah tentu Allah swt tidak dapat untuk menguruskan ini semua. Dengan itu amat tepat sekalilah kita bersyukur tidak terhingga kepada-Nya. Kita hendaklah dapat merasakan yang Allah swt ini wujud dengan dibuktikan dengan hasil kerja-kerja-Nya di mana saja, di sekeliling kita. Kita hendaklah dapat merasakan kehadiran Allah swt dalam penghidupan kita.
Oleh kerana Allah swt ini Maha Pemurah dan Maha Penyayang, kita ini sebagai hamba-Nya, perlu juga kita menjadi hamba yang pemurah dan penyayang setaraf dengan kita, supaya kita sealiran dengan kehendak Allah swt. Hendaklah kita mendasarkan hidup kita mengikut sifat Allah swt, Ar-Rahman dan Ar-Rahim dalam bab peribadi, rumahtangga, masyarakat dan negara.
Bacalah Bismillah hirrahman nirohim ini dengan penuh perasaan dan bermakna di hati, jangan dibaca di lidah sahaja, buat komo-komo mulut sahaja. Bacalah banyak-banyak Bismillah ini untuk dijadikan air tawar untuk anak-anak yang payah mengaji, dibaca sebanyak 765 kali selepas subuh, semasa matahari sedang terbit. Itu mengikut petua, tapi kalau dibaca beribu kalipun tiada salahnya. Kemudian berdoalah memohon kepada Allah swt dengan berkat dan keramat Bismillah hirrahman nirohim (bertawasul), menjadi penawar merawat penyakit dan sebagainya.

103. Al ‘Ashr
Mengikut kata Imam asy-Syafi’i: ’Surah Al ‘Ashr adalah satu surah yang besar, merenungkannya sudah cukup baginya’.
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu berada dalam Kerugian.
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan Kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Jika dikira kerugian manusia dari umur akhir baliq hingga umurnya sekarang ini, amat banyak sekali kerana meninggalkan tawaran-tawaran besar Allah swt, yang ditinggalkan begitu sahaja. Mereka yang tidak rugi ialah orang-orang yang beriman sebab mereka beriman di setiap saat dan di setiap masa.
Mereka juga beramal soleh, membuat kerja-kerja yang baik mengikut syariat Islam sama ada menggunakan anggota, hati, pemikiran, kepakaran dan sebagainya di dalam semua bidang kehidupan, mereka ini tidak akan rugi. Mereka juga berpesan-pesan dengan kebenaran daripada Allah swt serta berpesan-pesan dengan kesabaran. Kita telah banyak sekali mendengar surah ini dibaca tetapi tindakan kita masih kurang dan boleh diperbaiki lagi.
Tindakan yang perlu kita ambil supaya menguntungkan dan tidak rugi :
1. Perlu menjaga masa, pengurusan masa bermula dari bangun tidur hingga tidur kembali. Jangan ada masa kita bazirkan. Masa ini adalah umur kita yang tidak boleh dijual-beli. Kalau habis tidak boleh ditambah lagi.
2. Pastikan diri kita tidak termasuk dalam kumpulan orang yang rugi. Kalau berniagapun tiada siapa yang berkehendakkan rugi dan kita sekarang ini sedang dalam perniagaan yang sangat besar, iaitu perniagaan dengan Allah subhanahu wataala.
Kalau kita rugi dalam perniagaan ini, maka amat malang sekalilah, kerana hidup ini diberi SEKALI SEORANG sahaja. Pastikan supaya jangan rugi dan kita uruskanlah melalui muhasabah diri, dengan membuat AKAUN MASA, akaun untung-rugi, senarai semak masa yang digunakan dalam sehari yang dibuat disetiap hari. Lihat di mana yang merugikan dan dimana pula yang menguntungkan. Kita juga perlu merancang untuk beriman dengan baik dan membuat banyak amal soleh dan mendapat pahala-pahala yang besar.
3. Jangan lupa untuk berpesan dengan KEBENARAN, umpamanya untuk berpesan datang mengaji di sebabkan mengaji ini adalah kunci kepada segala kebaikan. Kalau terus dengan kejahilan sejak muda hingga ke tua, hendak jadi apa kita akhirnya! Mari mengaji sampai mati sebab mengaji ini ibadat yang besar yang dibayar pahala seperti mengerjakan haji dan sempurna hajinya. Berpesanlah dengan mengajak sekali anak-anak dan isteri datang mengaji bersama, supaya tidak jahil nanti dalam bab agama.
Punahnya dunia dan kehidupan ini ialah disebabkan kes kejahilan. Punah politik, punah ekonomi, punah negara semuanya disebabkan kejahilan. Jahil di sebabkan tidak berpesan dengan yang hak dan yang sebenar. Berlakunya perkara karutpun dan maksiat, orang tidak tegur, akhirnya tidak dapat dibezakan mana yang benar dan mana perkara yang salah. Dengan adanya pesan-memesan masyarakat dapat membezakan mana yang betul, mana yang salah, mana yang Allah swt suruh, mana yang Allah swt larang. Anak dan isteri juga hendak masuk syurga, dan kita semua lepas ini senanglah kehidupan kita di akhirat nanti.
4. Kita juga perlu memesan supaya pakat-pakat bersabar. Pesanlah supaya bersabar dalam bab mengaji, sabar dalam solat, sabar dalam bab Allah swt suruh, sabar dalam bab Allah swt larang, sabar dalam berdakwah, sabar dalam menghadapi kepayahan dan sebagainya. Mengaji ini mesti sebab mengaji ini adalah kuncinya kepada kebaikan, kalau tidak akhirnya tua dan mati dalam kejahilan.
Disunting dari Tafsir Al-Azhar; Prof.Dr.Hamka. (penyunting)
Allah swt mengambil MASA menjadikannya sumpah, masa dijadikan sesuatu yang mesti diingat-ingatkan, masa jangan disia-siakan dan jangan diabaikan. Sejarah manusia ditentukan oleh peredaran masa dan hanya menjadi pinjaman seketika, sebelum mati dan tidak boleh ditokok-tambah.
Di dalam masa yang dilalui, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman yang insaf dari mana dia di datangkan dan memahami tujuan hidupnya hanya sementara waktu, dalam masa yang dipinjamkan, untuk berbakti kepada Penciptanya dan kepada sesama manusia. Dan beramal soleh, bekerja untuk kebaikan dan berfaedah, didorong oleh iman kerana jika sebaliknya akan merugikan diri sendiri dan juga orang lain.
Dan mereka pula berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Hidup yang bahagia ialah hidup bermasyarakat dan sebaliknya hidup nafsi-nafsi, hidup sendiri-sendiri, amat merugikan. Dengan itu hubungkanlah silatulrahim, kasih sayang sesama manusia dengan memberi ingatan kepada perkara yang benar. Supaya apa yang benar itu sama-sama disanjung dan yang salah itu sama-sama dijauhi. Bukankah ini satu perkara yang indah dan menguntungkan masa kehidupannya? Dan rugilah orang yang menyendiri yang menganggap kebenaran hanya untuk dirinya seorang.
Dan serta berpesan-pesan dengan KESABARAN. Tidak memadai hanya dengan pesan-memesan dengan nilai-nilai kebenaran semata-mata, kerana perjalanan hidup ini menempuh kesukaran dan halangan yang perlu dihadapi. Tanpa kesabaran, hidup akan rugi. Mereka yang berjaya melalui ujian ini ialah mereka yang mempunyai jiwa yang besar dan kuat, mereka yang lemah akan rugi.
Kesimpulannya, untuk mengelakkan ancaman masa depan yang merugikan, untuk selamat dalam hidup maka hendaklah :
Beriman
Beramal soleh
Ingat-mengingati dengan kebenaran
Ingat-mengingati dengan kesabaran
Dapat juga disimpulkan, mencari keselamatan dan kebahagiaan dalam hidup bukan hanya untuk diri sendiri sahaja tetapi disuruh juga sampai-menyampai kepada orang lain. Menyeru manusia kepada agama, menasihat diatas kebenaran dan kesabaran, bersabar dalam perkara yang menimpa diri, membuat amar ma’aruf nahi mungkar dan cinta mencintai saudaranya seperti apa yang dicintai untuk dirinya, merupakan satu pakej yang tidak boleh dipisahkan.
Ibnu Qayyim menerangkan dalam kitabnya; “Kalau empat martabat telah tercapai oleh manusia, berhasillah tujuan hidupnya untuk mencapai kesempurnaan.
1. Mengetahui kebenaran.
2. Mengamal kebenaran.
3. Mengajar kepada orang.
4. Sabar dalam menyesuaikan diri dengan kebenaran, mengamalkannya dan mengajarkannya.
Kesempurnaan diperolehi menerusi kekuatan ilmu dan kekuatan amal yang dilakukan kepada diri sendiri dan kepada orang lain. Untuk mendapat kekuatan ilmu pula ialah dengan beriman, untuk meneguhkan kekuatan amaliah pula ialah dengan membuat amal yang soleh. Dan juga untuk mencapai kesempurnaan, diajak dan diajar mereka untuk bersabar dalam berilmu dan dalam beramal.
Surah ini walaupun pendik, namun isinya mengumpulkan segala jenis kebajikan, menjadikan Kitab’bullah ini lengkap, menjadi pengubat bagi segala penyakit dan penunjuk bagi segala jalan kebenaran.” (Ibnu Qayyim).
Al-Quran secara Am
Surah-surah Al-Quran ini perlu sentiasa dibaca, difahami dan diambil tindakan untuk memajukan diri dan masyarakat. Quran ini merupakan surat kiriman daripada Allah swt kepada Nabi saw dan masyarakat di zamannya. Di zaman tiada Nabi dan Rasul ini, maka surat ini ditujukan kepada kita untuk difahami dan diambil tindakan. Kita hendaklah sealiran dengan kehendak Allah swt dan tidak melawan arus, maka jadilah kita ini orang yang mendengar kata-kata Allah swt dan tidak mendengar kata nafsu.
Tindakan yang perlu diambil sekarang ini :
1. Mengekalkan kebaikan yang sedia ada.
2. Mengembang, meningkatkan dan memajukan kebaikan yang sedang berlaku.
3. Membuang kelemahan yang berlaku dalam diri kita.
4. Mencari perkara yang baru dan memperkembangkan supaya ianya menjadi harta kita, dunia dan akhirat.
Dipertegaskan lagi di sini yang ayat-ayat Al-Quran ini perlu dibaca setiap hari. Sebelum kita meninggalkan dunia ini, perlu kita ada akaun yang kita telah membaca beribu-ribu kali Al-Quran atau surah-surah tertentu. Kita lakukan dengan banyak untuk dijadikan ianya harta kita dan dimasa yang sama kita hendak mendapat manfaatnya di dunia dan di akhirat. Kalaulah kita perhatikan orang-orang yang berebut mengumpulkan harta dunia supaya banyak dan tidak puas dengannya, maka HARTA ROHANI yang kekal ini perlulah kita bekerja keras, lebih hebat dan bersungguh lagi untuk mendapatkannya.
Dengan itu hendaklah kita membaca Al-Quran sebanyak mungkin.
Bacalah Al-Quran hingga BETUL.
Bacalah Al-Quran hingga diFAHAMI, selagi tidak faham baca lagi.
Bacalah Al-Quran hingga boleh diAMAL.
Bacalah Al-Quran hingga kita boleh AJAR kepada orang lain.
Bacalah Al-Quran hingga boleh diHAFAL.
Bacalah Al-Quran hingga boleh di MASYARAKATkan; hingga orang berminat membaca Al-Quran. Hingga kita lihat orang membaca Al-Quran dimana-mana, di kedai, di bawah pohon kayu, sedang menunggu bas, di atas bas, dalam kereta menunggu dan sebagainya. Sekarang ini kita tidak melihat sedemikian rupa orang membaca Al-Quran, tetapi orang membaca surat khabar atau majalah, khusyuk sekali ada.
Di sesetengah negara Arab, Sudan, Mekah, Madinah umpamanya kita akan dapati orang membaca Al-Quran dimana-mana, di atas bas, menunggu kapal terbang, kereta dan sebagainya. Tuan kedai menunggu pelangan, membaca Al-Quran, sekurang-kurangnya kaset bacaan Al-Quran didengarkan.
Di tempat kita masih tidak di masyarakatkan lagi, masih di tahap lama, masyarakat kita tidak dapat merasakan Al-Quran ini perkara besar dan boleh menjadi hartanya. Kita dapati bersungguhnya orang membaca surat khabar tetapi Al-Quran jarang sekali dijadikan bacaan hariannya. Mereka tidak menyedari Al-Quran itu berharga.
Akhir sekali bacalah Al-Quran ini sehingga ia boleh di DAULATKAN di dalam sebuah negara, supaya Al-Quran ini menjadi undang-undang yang tertinggi dalam sebuah negara. Sekarang ini undang-undang Al-Quran berada di bawah undang-undang perlembagaan Malaysia. Mana-mana undang Al-Quran yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia, maka perlembagaan Malaysia mengatasi undang-undang Al-Quran. Perlembagaan Malaysia asalnya di draf oleh orang putih, Melayu dan orang India dimasa dahulu, oleh jawatankuasa Lord Reid. Dari segi pemerintahan, perlembagaan Malaysialah yang paling tinggi.
Ini bermakna di Malaysia, undang-undang Allah swt tidak ‘AKHBAR’, tidak diterima paling besar tetapi orang lain yang paling ‘akhbar’, sebab Allah swt kena mengalah kepada perlembagaan Malaysia. Dengan itu kita semua kena cari jalanlah supaya Al-Quran menjadi paling tinggi sekali sebab Al-Quran di datangkan oleh Allah swt untuk kita.
Walau bagaimanapun sebelum sampai ke peringkat negara, ianya perlu di hayati di peringkat diri kita dahulu. Kalau di peringkat kita sendiri tidak dapat untuk membesarkan Al-Quran maka di peringkat negara mestilah bertambah susah. Kalau kita tidak ambil berat Al-Quran, mengajipun tidak, membacapun tidak, fahampun tidak; macam mana pula kita hendak mengharapkan pihak lain dan pihak pemimpin dapat membela Al-Quran. Dalam surat kiriman Allah swt seterusnya, kita akan fahami dan kemudiannya hendaklah diambil tindakan.

102. At Takaatsur
Surah ini diturunkan di Mekah. Surah Mekah biasanya memberi penekanan dari segi pembangunan insan, iman, akidah dan pengurusan diri.
Hari ini kita memberi tumpuan kepada surah At Takaatsur dan melihat apakah yang Allah swt hendak ajar kepada kita. Dengan kita membaca Al-Quran kita boleh memperolehi pahala yang banyak melalui melihat Al-Quran, kita membawa dan kita menyentuhnya, melalui kita membacanya dan melalui keramat Al-Quran yang mengalir ke dalam diri kita dan ke dalam penghidupan kita.
Walaupun ayat-ayat ini pendik tetapi surah ini mempunyai maksud dan pengertian yang mendalam dan meminta kepada kita untuk memahaminya. Maka terlalu amat malanglah nasib kita menjadi umat Islam yang tidak memahami perkara-perkara besar yang Allah swt ingin terangkan kepada kita dalam surah tersebut.
At Takaatsur bermaksud perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat sebanyak-banyaknya harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh. Manusia pakat-pakat berebut supaya hartanya banyak, melebihi daripada orang lain, anakpun lebih daripada orang lain, pangkat dan pengaruhpun lebih daripada orang lain. Kemudian mereka bermegah dan berbangga dengannya. Sesiapa yang berani mengatasinya, melawannya, dia akan ditekan dan dicantas. Dia akan ditendang terajang sana-sini, en’jas (adjust) sana-sini, lutut dan siku sana-sini kerana berebut pangkat dan pengaruh dan harta-benda.
Satu perkara yang merbahaya kepada manusia ialah lalai yang merupakan satu bala besar. Lalai ialah tidak sedar, tidak ingat, terlupa atau tidak khabar. Ramai orang yang tidak khabar (sedar,waras) hari ini, satu penyakit yang berat. Dia tidak khabar dengan Allah swt, tidak khabar dengan akhirat, tidak khabar syurga dan neraka yang menunggunya, tidak khabar dengan dosa-pahala, dia tidak khabar dengan tujuan hidup ini untuk apa, matlamat hidup ini untuk apa. Dia juga tidak khabar yang dia ini semakin dekat dengan kubur yang menunggunya untuk mati. Dia juga tidak khabar dengan akhirat yang menantinya yang kalau tidak kena cara, kehidupan akhiratnya amat menyusahkan dan pedih sekali.
Umpamanya kalau kita sedang memandu, seketika kita tidak khabar atau lalai, sudah tentulah kita masuk parit atau berlaku kemalangan yang menyakitkan atau membawa maut.
Mengapakah manusia tidak sedar atau tidak khabar :
1. Kamu telah DILALAIKAN (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh).
Kamu dilalaikan dan dimabukkan hingga tidak sedar seperti dirasuk hantu kerana At Takaatsur, iaitu perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan dengan sebanyak mungkin harta benda, dimabukkan dengan anak-pinak, ahli dan sahabat handai, pangkat, pengaruh dan kedudukan politik yang kita panggil dunia yang semuanya menyebabkan mereka tidak khabar.
Imam Ghazali berkata ada 4 perkara yang menjadikan manusia tidak khabar (tidak sedar):
1. nafsunya sendiri
2. syaitan
3. manusia
4. dunia

Hinggakan dia tidak sedar akan kehadiran dan kewujudan Allah swt, Allah swt yang menjadikannya, yang memeliharakannya, tidak ingat jasa-jasa Allah swt kepadanya, tawaran-tawaran Allah swt kepadanya, tidak ingat kepada syurga dan neraka. Sebaliknya dia mabuk dengan harta-benda, hendak menjadi kaya dan sebagainya, sehinggakan terlupa akan sembahyang-bang, mengaji ditinggalkan, Quran dan hadis dilupakan, masjid ditinggalkan dan hidupnya terus-menerus di dalam kesesatan dan kejahilan. Ramai orang yang hanyut dengan kehidupannya, tidak sedar dan tidak khabar. Dia akan terus hidup dari hari kehari dalam keadaan tidak khabar, dari bulan ke bulan, tahun ketahun dia tidak khabar. Bila masanya dia khabar, bila dia terantuk dengan mati. “Allah! Baru dia khabar, rupanya begini yang sebetulnya”.
2. Sehingga kamu masuk kubur.
Apabila dia masuk kubur, baru dia khabar. Ada satu kitab bertajuk; “Malam pertama dalam kubur”; mungkin akan membuat jiwa anda terasa. Setelah mayat ditanam dan ditinggalkan bersendirian dan roh kembali ke dalam kubur, barulah dia khabar yang kehidupannya terdahulu telah banyak silapnya. Dia sibuk mencari harta-benda hinggakan sembahyang-bang tidak tahu dimana, zakat tidak dibayar, mengaji tidak, tidak ambil berat dengan agama dan dengan Allah swt. Ketika itu baru dia khabar tetapi tidak bermakna lagi, sebab sudah terlambat dan tidak boleh menolongnya lagi.
3. jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
Allah swt kata jangan begitu, jangan sekali-kali, jangan tertipu dengan manusia, jangan tertipu dengan dunia, jangan tertipu dengan syaitan, jangan tertipu dengan nafsu. Jangan kamu berperangai tidak molek, berlumba-lumba mencari dunia, tidak kira haram-halalnya dan melanggar hukum Allah swt. Carilah dunia dengan baik, mengikut syariat, dengan tidak menceroboh hak Allah dan hak orang lain. Jika dibuat dengan betul boleh menjadi ibadat pula.
Jangan kamu melayan dan terbawa-bawa dengan perkara yang boleh menyebabkan kamu tidak khabar, menyebabkan kamu mabuk dunia yang lebih memabukkan dari arak lagi. Akhirnya kamu tidak khabar dengan haram-halal, kamu tidak khabar kepada akhirat, tidak khabar dengan Allah dan Rasul.
Nabi saw berkata; ‘Diatas dunia ini ada dua sakkarah (benda yang memabukkan manusia). 1. sakkaratul maut – apabila dekat hendak mati, seseorang itu berasa tidak khabar. 2. sakkaratul jahli – iaitu mabuk dengan kejahilan. Mabuk kejahilan ini lebih berat dari sakkaratul maut lagi. Dia mabuk jahil hinggakan dia tidak sedar, tidak khabar dia jahil.
4. sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
Jangan begitu, jangan kamu mabuk, jangan kamu tidak khabar, jangan sekali-kali kamu berlumba-lumba mencari pangkat, mencari pengaruh sehingga sampai melakukan sogokkan, rasuah, sogok sana-sini hinggakan tidak terasa lagi rasuah itu berdosa, tidak lagi terasa berdosa perbuatan-perbuatan haram yang kamu lakukan, asalkan memperolehi pangkat dan dunia, asalkan menang dalam pemilihan. Dalam semua hal kehidupan termasuk politik ada halal-haramnya. Pangkat, harta dan dunia tidak salah, yang salahnya kamu tidak bersyukur dan salah dalam mencari dan menggunakannya.
Kamu akan mengetahui kelak akibat buruknya pada hari hendak mati. Semasa hendak mati itupun kamu mengetahui sudah, masa depan yang menantimu di akhirat. Itu sebab ada kalanya kamu boleh melihat di wajah si mati keadaan yang tidak elok, terkejut melihat masa depan yang menunggunya.
Ini ialah maklumat-maklumat awal yang Allah swt terangkan kepada kita semua.
5. Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui – (Apa yang kamu akan hadapi) – Dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari Akhirat).
Mengetahui sahaja sebagai maklumat apa yang akan dihadapi setelah mati, tidak memadai, hanya setakat pengetahuan, setakat mengaji sahaja belum mencukupi. Kamu hendaklah menyakini pengetahuan itu, tentang Allah swt, tentang alam ghaib, tentang dosa-pahala, tentang masa hadapan yang menunggu, akhirat, syurga neraka. Kalaulah kamu mengetahui dengan yakin, tentulah kamu akan membuat perkara-perkara yang boleh menyelamatkan kamu. Sebab manusia ini dimana sahaja dia berada, dia hendakkan kepada kesenangan dan tidak mahukan kesusahan. Dia akan cari jalan supaya dia menjadi senang dan tidak menjadi susah. Kalau kamu penuh yakin sudah pasti kamu akan bergerak untuk mempastikan diri kamu tidak ditimpa kesusahan. Kamu akan mencari kesenangan yang abadi buat selama-lamanya.
Tetapi kalau kamu masih tidak bergerak mengambil tindakan, bermakna kamu hanya sekadar tahu sahaja. Ramai yang tahu pasal mati, Allah swt dia tahu, Rasulullah dia tahu, tetapi hanya sekadar tahu maklumat sahaja; tidak sampai peringkat ‘ilmulyakin’.
Semenjak kecil lagi banyak sudah maklumat yang kita ketahui. Tetapi oleh kerana tidak dihazam atau diproses dengan molek, sampai peringkat ‘ilmulyakin’, jadi tidak boleh dimanfaatkan sebaik mungkin.
Minta tolonglah dengan Allah swt untuk memberikan kita semua maklumat dan perasaan ‘ilmulyakin’. Kalaulah kita mengetahui dengan ‘ilmulyakin’, kita tidak akan berani menentang Allah swt. Oleh kerana tiadanya ‘ilmulyakin’, maka kewujudan ada dan tiadanya Allah swt, sama sahaja kepadanya.
6. (ingatlah) Demi sesungguhnya! – kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
Sekarang ini kamu hanya mendengar sahaja dari berita wahyu mengenai dosa pahala, malaikat, syurga neraka, hal-hal akhirat tetapi kamu tidak melihatnya lagi.
Akidah ini ada empat perkara:
1. Illah’hiyat – hal-hal Ketuhanan.
2. Nubu’wat – hal-hal ke Nabian
3. Ghaib’biyat – perkara-perkara yang ghaib
4. Sam’iyat – perkara-perkara yang kita dengar beritanya daripada Nabi saw.
Ketika itu, kamu akan melihatnya dengan sendiri realiti neraka yang marak menjulang. Sebelum ini hanya disebut di mulut mengenai neraka tetapi tidak menimbulkan kegerunanpun di hatimu.
7. selepas itu – Demi sesungguhnya! – kamu (Wahai manusai-manusia yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
Wahai manusia-manusia yang derhaka dan lalai, akan kamu lihatnya dengan penglihatan yang yakin semasa kamu dilemparkan ke dalamnya.
Ilmulyakin, bermakna kita hanya mempunyai maklumat mengenai akhirat dan berkeyakinan dengan kebenaran ilmu itu. Apabila bermulanya akhirat dalam alam kubur kita akan didedahkan dengan penglihatan yang yakin, iaitu ainulyakin, melihatnya sendiri dengan matakepala dan dengan penuh yakin.
Apabila Rasulullah menceritakan hal kubur, padang mashar, hal mahkamah Allah swt, hal sirat, hal syurga dan neraka; kita menerima maklumat itu dengan yakin, sebabnya ia datang dari orang yang tidak pernah berbohong iaitu Nabi Mohammad saw, yang baginda sendiri terima dari wahyu Allah swt. Dengan itu kita mestilah yakin sepenuhnya dengan apa yang diberitahu oleh Al-Quran dan hadith. Kemudian setelah mati dan melihatnya dengan matakepala di alam kubur dan apa yang diceritakan oleh Nabi Mohammad saw itu rupanya betul, barulah sesal kerana selama ini derhaka kepada Allah swt. Apabila melihat api neraka yang menjulang, barulah terasa takut dan kesal dengan kelalaian di atas dunia dahulu, banyak masa umur yang disalah gunakan, akibat kerana tidak khabar dengan kehidupan beragama. Selama ini merasakan dunialah segala-galanya, pangkat dan jawatanlah segala-galanya, hartalah segala-galanya, agama diketepikan dan dipinggirkan.
8. selain dari itu, Sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
Kemudianya kamu akan disoal-siasat dalam mahkamah khas yang disediakan oleh Allah swt; mengenai UMUR kamu, dimana digunakan, NIKMAT-NIKMAT yang Allah swt berikan selama ini, apa yang kamu buat dengannya; apa PEKERJAAN kamu bermula diakhir baligh sampai kamu mati. Kamu akan ditanya tentang segala nikmat dan kemudahan yang Allah swt beri di atas dunia ini. Nikmat peribadi, nikmat penghidupan, nyawa, mata, telinga dan segalanya.
Nikmat harta benda, anak, rumah, kereta, dan semuanya yang Allah swt berikan sebagai amanah untuk digunakan, semuanya akan ditanya, apa yang kamu lakukan.
Kalau ditanya oleh polis, Bukit Aman atau SPRMpun sudah merasa resah, gelisah dan berat, inikan pula oleh Allah swt. Tetapi Bukit Aman atau SPRM pun juga akan ditanya oleh Allah swt, dari berbagai segi umpamanya betul ke tidak dari penggunaan kuasa, betul ke tidak dari segi peraturan Islam. Semua akan ditanya, dari Raja, PM, President, menteri dan sebagainya, tidak akan terlepas, maka bersedialah untuk menjawab pertanyaan Allah swt. Kamu ditanya pula dalam keadaan Allah swt tahu semua perkara, kamu tidak boleh berlawak, berkata tidak benar, semuanya ada saksi.
Dengan yang demikian kita carilah jalan supaya tidak banyak di soal-jawab oleh Allah swt.
1. Bermula dengan BERTAUBAT cepat-cepat untuk diselesaikan kes kita di luar mahkamah Allah.
2. Segala NIKMAT ALLAH SWT PERLU DISYUKURI semua.
3. Jangan buat masalah dengan Allah swt. Buat SURUHAN Allah swt dengan jujur, TINGGALKAN LARANGAN-Nya dengan jujur.
Kalau ditanyapun tidaklah banyak kerana akaun hidup kita sentiasa di audit. Sebab itulah akaun hidup kita perlu sentiasa diaudit mengikut harian, mingguan, bulanan, tahunan, kena diperiksa sentiasa.
Mana yang silap, minta maaf segera dengan Allah swt. Mana-mana yang tersangkut dengan manusia, selesaikan segera. Kalau mendapat nikmat Allah swt, syukur dengan segera, sujud syukur dan tunaikan nikmat dan amanahnya itu.
Waalah waalam.

April 12, 2015 Posted by | Al-Quran, Muhammad Mustafa | | Leave a comment

# Kuliah Ustaz Muhamad Mustafa di masjid Binjai – J1 S5 29/11/08

Kuliah Ustaz Muhamad Mustafa di masjid Binjai – J1 S5 29/11/08
• Fadilat 10 hari awal Zulhijah
• Supaya seluruh hidup menjadi ibadat
• Perkara-perkara yang membatalkan Islam dan Iman
• Amalan 10 hari awal Zulhijah
• 14 agenda di jadual oleh Allah swt untuk setiap manusia
Majlis dimulakan dengan puji-pujian untuk Allah swt, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga serta sahabat-sahabat. Juga membaca surah Al-Fatihah. Pertama kita mengucap syukur ke hadrat Allah subhanahu wata’ala dengan kesyukuran yang tidak terhingga banyaknya diatas limpahan nikmatnya dan rahmatnya khususnya nikmat Islam yang kita miliki.
Kesan dan tuah bacaan ini sangat besar dalam hidup ini. Maka banyakkan bacaan-bacaan besar dalam Islam. Ayat yang turun terawal kepada Nabi saw ialah menyuruh membaca, “ikraq”. Agenda besar ialah memperkaya diri dengan banyak membaca. Membaca adalah kewajipan dan suruhan Allah, “Ikraq” ayat pertama, membaca dengan nama Allah swt, bertujuan memajukan diri kita, membena diri dan kekayaan pada diri kita. Bahan bacaan yang paling besar ialah Al-Quran al-Kareem. Imam Abu Hanifah ra khatam Al-Quran 1000x sepanjang hayatnya.
Kita boleh khatam Quran 40x sehari. Dengan membaca kulhuallah .. .. 120 kali. Untuk menjadi jutawan kulhuallah, baca sambil buat kerja, sambil jalan, masak, kerja harian dan sebagainya. Satu ketika di Madinah, malaikat turun dari langit untuk solat jenazah sahabat kerana ia banyak membaca kulhuallah sepanjang hayatnya. Bacaan besar kedua ialah subhanallah, alhamdullilah dan allahhuakbar. Juga dibaca banyak-banyak untuk menjadi jutawan. Kena ada sistem, ada akaun, dicatit supaya ada target. Kalau setakat dengar, tak jadi apa. Nabi saw kata baca subhanallah, alhamdullilah dan allahhuakbar, ringan disebut tetapi berat timbangan di akhirat nanti. Selagi umur ada, baca, sebab kematian itu semakin mendekati. Cukuplah peristiwa kematian itu untuk menjadi iktibar dan memberi kesedaran.
Kemudian YB Ustaz Muhammad Mustafa mengulang-kaji tajuk 14 agenda yang telah di jadual oleh Allah swt untuk dilalui oleh setiap manusia, yang dipelajari minggu sebelumnya. Sentiasalah kita mengingatinya untuk menghidupkan hati kita.
Bacaan ketiga besar ialah doa, selawat, istigfar dan bacaan lain. Supaya bacaan ini memberi kesan kejiwa dan roh, hendaklah dibaca dengan jumlah yang banyak.
Fadilat 10 hari awal Zulhijah
Kita sedang berada di dalam bulan zulhijah. Terkenal ialah 10 hari terakhir ramadhan, iaitu malam lailatul kadar. Tetapi 10 awal zulhijah kita tak berapa ambil berat mungkin kerana tidak tahu atau tak cakna. Rasulullah saw sungguh mengambil berat 10 hari awal zulhijah, sehingga banyak hadis mengenainya. Hadis riwayat Ibn Abas, ‘tidak ada hari-hari diatas dunia ini di mana amal soleh yang dikerjakan di hari ini yang lebih disukai oleh Allah swt, di hari 10 awal zulhijah’. Allah sangat suka hari 10 awal Zulhijah. Jika kita hendak baik dengan Allah dan mendapat keredaan-Nya, maka kita lakukanlah apa yang Allah suka. Jika kita mendapat keredaan-Nya, maka kita memperolehi segala-galanya kerana Allah swt itu adalah segala-galanya. Carilah amalan-amalan dan masa-masa yang Allah swt suka. Maklumat dari Nabi saw, “tidak ada amalan yang lebih Allah swt suka seperti amalan yang dilakukan di 10 hari awal Zulhijah ini”. Kerana hari ini berlaku hanya 10 hari dalam setahun, maka isilah dan susunlah dengan baik semacam kita buat di 10 hari akhir Ramadhan. Sahabat bertanya dan Rasul menjawab, “Kalau dibandingkan dengan jihad di medan perang pun tidak padan dengan amalan di 10 hari awal Zulhijah”. Hadith Rasulullah bermaksud; “Tidak ada hari hari yang lebih agung, lebih besar, di hari-hari dalam usia dunia ini yang Tuhan lebih suka, di mana amalan-amalan yang dilakukan di dalam 10 hari awal zulhijah”.
Maka Rasulullah bersabda bermaksud, “Perbanyakkan membaca tasbih, tahmid dan tahlil, di sepuluh hari awal zulhijah”.
Macam mana hendak kita buat supaya dalam 10 hari awal Zulhijah ini dipenuhi dengan amalan?
Satu cara ialah menjadikan seluruh hidup kita; gerak-geri, percakapan, perasaan, pemikiran, bangun-tidur, makan-minum, pakaian, perjalanan, semuanya menjadi ibadat belaka dan ada nilai disisi Allah swt. (Sudah dijelaskan dalam Jilid 1 isu 3 pada 15/11/08).
Supaya seluruh hidup menjadi ibadat dan beramal soleh dengan mengikuti cara Nabi saw
1. Islam dan beriman dengan Allah swt.
Terus menerus setiap saat. Rasulullah bersabda; “Dalam banyak-banyak amalan kerja dengan hati ialah beriman dengan Allah swt yang besar sekali”.
2. Ikut syariat.
Dalam perbuatan, perkerjaan harian, perasaan, penglihatan pastikan ianya: Harus, Sunat, Wajib. Makruh dan Haram ditinggalkan. Dalam urusan kita seharian seperti makan, tidur, bercakap, melihat pastikan ia tidak haram. Kalau hendak dijadikan Ibadat, sekurang-kurangnya perkara itu harus dilakukan, contohnya dalam perbualan, apa yg dikatakan adalah harus, tidak haram. Yang paling baik wajib.
3. Niat.
Membuat perancangan, bercita-cita nak buat perkara baik, kena niat dahulu sebelum membuat pekerjaan, seperti Rasulullah saw seorang yang banyak berniat untuk membuat kebaikan. Niat mencantikkan pekerjaan kerana Tuhan akan tolong kita diatas niat kita yang molek. Yakinlah Allah akan tolong umpamanya sebelum tidur berdoa dan berniat; “Ya Allah bangunkan aku di waktu saat mustajab berdoa”. “Ya Allah janganlah berikan hamba ini membazirkan masa umurnya, tidak ada masa lagi untuk hamba ini, tolonglah hamba untuk beribadat sebaik mungkin dengan umur yang ada”. Bertapa besarnya niat dalam Islam dan kesannya kepada kita. Hendak buat apapun kerana Allah swt. Semua berpusat kepada Allah swt.
4. Ikhlas.
Segala perbuatan ialah ikhlas kerana Allah, tidak terikat dengan sesiapa. Jangan syirik dengan mempunyai dua niat, contoh satu kerana Allah dan lagi satu kerana manusia. Orang yang keramat diatas dunia ialah orang yang paling ikhlas. Dibuat amalan/kerja kerana Allah SWT, bukan sebab dunia, atau keranamu Malaysia, Allah swt tidak tahu hendak letak dimana.
Puak nationalis menghidapi penyakit akidah. Mereka tidak sedari pegangan mereka bercanggah dengan akidah Islam. Bertafakur di tugu negara juga haram, difatwakan oleh Majlis Fatwa. Kita kena buat KERANA MU YA ALLAH, lepas itu negara, anak, lain. Meninggalkan perkara yang burukpun kerana Allah.
5. Ikut tertib.
Mana-mana hak Allah SWT di utamakan, kerja untuk Allah SWT didahulukan. HAK KETUANAN ALLAH, HAK KERAJAAN ALLAH, HAK KETUHANAN ALLAH, HAK KEHAKIMAN ALLAH, HUKUM-HUKUM, UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ALLAH perlu di utamakan. Ini dok main hak bumiputra, hak Allah swt tak tahu nak letak dimana, tak ambil beratpun. Kalau sampai waktu sembahyang, kena sembahyang dahulu, jangan dibuat kerja lain, seperti makan dahulu. Kedua, hak Nabi saw. Ketiga, hak ibu, keempat, hak ayah dan seterusnya yang lain.
6. Buat yang Allah SWT suruh dan tinggalkan yang dilarang.
Sebagai panduan, buat yang disuruh, tinggalkan perkara yang berlawanan dengannya. Contohnya dirikan sembahyang; dilarang tinggalkan sembahyang.
7. Jaga dari perkara yang membatalkan ibadat.
Perkara yang utama ialah yang membatalkan iman, membatalkan Islam dan amalan-amalan ibadat yang dibuat. Umpamanya jangan batal sedekah atau kebaikan yang telah dibuat dengan RIAK – INGIN PUJIAN ORANG, UJUB, SAMA’AH, KECEK/WAR-WARKAN dengan orang. Tolong orang, jangan dibatal dengan MENGUNGKIT SEDEKAH/perbuatan yang dibuat, atau ungkit semula walhal kita boleh pahala dah. Dengan HASAD DENGKI juga membatalkan amalan kebaikan seperti api yang membakar kayu yang kering. SYIRIK dengan Allah juga menghancurkan amalan kebaikan seseorang juga berdosa besar.
Perkara-perkara yang membatalkan Islam dan Iman:
Lihat dalam :
1. Mastika Hadith, karangan Dato’ Hj Muhammad Noor. Jab. Perdana Menteri.
2. Inilah Akidah Muslim. Abdul Hadi Awang. 2007 PTS Publications Sdn Bhd. Batal Islam batal iman, maka hancurlah amalannya. Batal Islam dari jenis perasaan, hati, jenis perbuatan dan jenis perkataan. Merasakan Islam ini tak lengkap, tak sesuai dengan zaman. Menghina Islam dengan perbuatan atau perkataan seperti merasa Islam tidak membawa kemajuan.
Untuk melakukan amalan dengan berkesan, kita buat amalan fardhu. Dalam hadith kursi, amalan yang ALLAH SUKA SEKALI IALAH YANG BERTARAF FARDHU, sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah. Amalan fardhu ini ada dua; jenis buat dan jenis tinggal, yang ditinggalkan kerana Allah, ianya amalan fardhu juga. Yang ditinggal biasanya lebih mudah daripada yang kena buat. Yang kena buat, jaga iman jaga Islam. Batal Islam kerana sebab-sebab menghina Islam tengok Mastika Hadith. Kalau nak marah orang tak apa, tapi kalau marah Islam, Allah yang punya, bermakna berlawan dengan Allah dan Islam itu hak Allah. Siapa yang melawan Islam murtadlah dia.
Amalan 10 hari awal Zulhijah
1. Nabi saw kata tiap-tiap hari perbaharuilah iman kamu. Jaga iman supaya dia cergas, segar, jangan biarkan dia mati. Sahabat diberitahui, perbaharui iman hari-hari dgn membaca LA’ILA HAILLALLAH banyak-banyak. Bertauhid kepada Allah dengan la’illaha . . tolak semua ‘illah yang nak jadi tuhan (nafsu, syaitan, manusia, undang-undang), yang kita terima hanyalah ALLAH. Dengan itu kita perbaharui iman dgn membaca La’ila haillallah hari-hari.
2. Difardhukan juga ialah ISTIGHFAR DAN TAUBAT hari-hari. Nabi saw yang maksum pun beristighfar 100x sehari. Sembahyang sunat taubat dalam 10 hari ini. Lepas sembahyang doalah kita bertaubat, ampunkan dosa yang tahu, tak tahu, zahir dan batin, yang lepas dan akan datang, untuk keluarga dan semua. Buat 1x siang dan 1x malam solat taubat. Orang yg bertaubat itu macam tidak ada dosa, habis kes dibuang didunia.
3. Mengaji dan mengajar, keduanya fardhu. Dalam 10 hari ini banyakkan mengaji. Maksud hadith; datang ke MAJLIS ILMU sama ada hendak mengajar atau mengaji, ia mendapat pahala macam pergi haji dan sempurna hajinya.
4. Jaga solat, banyakkan SOLAT JEMAAH.
5. Bayar HUTANG, bayar hak-hak orang, tersalah dengan orang dan MINTA MAAF pun fardhu juga.
6. TUTUP AURAT jika keluar dari rumah, juga fardhu ain. Wajib tutup, kerana Allah suruh, berapa jam tutup banyak itulah pahalanya.
7. MENYURUH MAKRUF MENGHALANG MUNGKAR. Repot polis, majlis ugama kalau maksiat berlaku, jangan dibiarkan. Orang yang buat maksiat semacam tebuk kapal walaupun sedikit, bala Tuhan akan turun, semua akan karam.
8. Kalau ada ZAKAT belum dikeluarkan, keluarkan. Sama ada hutang dengan Allah atau manusia (eg. khado solat, haji yang mampu buat) boleh dilaksanakan. Keluarga kita, ayah yang mampu buat haji tetapi tak buat, wajib diupah buat haji. Cari rezeki yang halal juga fardhu. Niat molek aku nak cari rezeki halal. Tak kira kerja apa.
SOLAT JENAZAH juga fardhu kifayah. Banyak orang tolak rezeki dan tuah dari Allah kerana pakat keluar tidak menunaikan solat jenazah.
Kalau ada NAZAR nak korban, wajib buat, orang yang nazar tidak boleh makan dagingnya. Puasa pun amalan besar. Tinggalkan dosa-dosa besar dan kecil, ditinggalkan kerana Allah. Dosa besar ada 70, pastikan tidak dibuat. Jangan buat perkara yang membawa kepada haram, jatuh haram juga. Asalnya tidak haram tetapi jika ia membawa kepada haram contoh main haji, kalau membawa kepada judi atau balah, tinggal solat maka jadi haram. Sama juga dengan main bola atau dok saja, hingga jadi lalai solat, juga haram. Berkawan pun jadi haram kalau sahabat penyebabkan buat dosa. Korban sunat tapi kalau bernazar korban, nazar jadi wajib. NABI SAW NIAT KORBAN UNTUKKU DAN KELUARGAKU.
14 agenda di jadual oleh Allah swt untuk setiap manusia:

1. DIJADIKAN OLEH ALLAH SWT DALAM ALAM ROH
Kita dulunya tiada apapun, tidak wujud. Kemudian Tuhan pilih dari tiada menjadi ada, kalau tidak dipilihpun tak apa. Dulu tidak ada di dunia nyata, hanya dalam bentuk roh.
2. KITA DI PELIHARA OLEH ALLAH SWT DALAM KANDUNGAN IBU.
Ketika itu kita tidak buat apa pun tapi boleh makan minum. Tuhan yang pelihara kita 100%. Masa dalam rahim tak buat kerja apa pun. Jangan mulut celupa bercakap, tak kerja tak makan. Hidup di alam nyata pun rezeki di tentukan oleh Allah swt. Masa dalam kandungan ibu dulu, dunia ini ialah alam ghaib, ketika itu tak tahu apa-apapun. Kalau ada orang beritahu pasal duniapun kita tertanya-tanya, betul ke begitu, samalah seperti Nabi saw beritahu pasal akhirat, betul ke begitu, masih ragu-ragu.
3. KITA DI LAHIRKAN DAN HIDUP DI ALAM DUNIA YANG NYATA.
4. AKAN MATI.
5. HIDUP DI ALAM KUBUR.
Kita terima maklumat awal yang kubur ialah salah satu dari taman-taman dalam syurga atau salah satu dari lubang-lubang neraka. Syurga-neraka telah bermula dalam kubur. Nabi saw kata kalau senang dalam kubur maka akan senang di akhirat. Kalau susah dalam kubur maka akan lebih susah di akhirat nanti.
6. ALLAH SWT AKAN KIAMATKAN DUNIA, HANCUR-LEBUR ALAM INI DENGAN GEMPA BUMI YANG BESAR.
7. MANUSIA DI BANGKITKAN DARI ALAM KUBUR PERGI KE PADANG MASHYAR.
Manusia bertemu dengan segala masalahnya, makan-minum layan-diri. Ini juga berita awal, TV dan radio kita tidak mengiklankan perkara ini, kita kena cari sendiri dengan mengaji.
8. DI BICARAKAN DI MAHKAMAH ALLAH SWT.
Di mahkamah ini ketar dagu dan kecut-perutlah kita, dimana seluruh amalan kita, zahir dan batin akan diudit, dihisab bermula dari akhir-baliq sampai mati. Maklumat awal kita terima, laporan amalan yang diserah oleh malaikat berpuluh batu panjangnya kertas laporan tersebut. Kemudian Allah swt suruh kita baca sendiri laporan hidup kita dan mengauditnya sendiri untuk menentukan syurga-neraka. Kita akan mengeluh melihat apa yang ditulis oleh malaikat, yang selama ini kita tak ambil hirau, cara dan kisahpun. Bicara di mahkamah Allah swt mengambil masa yang lama, bergantung kepada banyak kes-kes yang perlu dibicarakan.
9. KEPUTUSAN MAHKAMAH SAMA ADA SYURGA ATAU NERAKA DIUMUMKAN.
10. KEPUTUSAN DITERIMA DENGAN TANGAN KANAN JIKA KEPUTUSAN BAIK.
Orang ini akan di beri minum di kolam Nabi saw, Al-Kausar dan tidak akan dahaga buat selama-lamanya. Ada diantara mereka yang mendapat keputusan ke neraka serbu juga kolam Nabi saw hendak minum tapi di halau, direjam oleh Malaikat. Nabi saw tanya malaikat kenapa halau mereka sedangkan mereka juga umat ku. Malaikat jawab, betul mereka itu umat kamu tetapi setelah kamu tiada di dunia, mereka berpaling dari Islam dan Sunnah mu, mereka ikut cara hidup lain, ikut Inggeris, ikut hukum-hakam lain daripada mu. Walaupun mereka nama Islam tetapi hati mereka tidak lagi Islam.
11. BERGERAK KE TITIAN SIRAT.
Titian Sirat ini di atas mulut neraka. Siapa yang lepas titian sirat, selamatlah dia, kalau tidak maka jatuhlah dia ke dalam neraka.
12. MASUK NERAKA UNTUK CALON NERAKA.
Neraka ialah pusat penyeksaan manusia. Kesusahan dalam dunia, sakitnya, panasnya, bisanya dari awal dunia hingga akhir dunia, hanya 1 % . Di dalam neraka ada 99 % seksaan azab lagi. Oleh itu seksaan di neraka amat dasyhat. Hadith- siapa yang baca ‘Allah humma ajirna minan nar” baca 7 kali. Ya Allah selamatkan kami dari neraka. Neraka pula doakan kita supaya dijauhi darinya.
13. MASUK SYURGA OLEH CALON SYURGA.
Dalam syurga rezeki cari kita, nak makan gapo, nak mewah setara mana, nak gapo, Allah swt tanggung semua. Di sana Allah swt lantik menjadi raja besar semua. Ott senapas biar kita lelah sikit di atas dunia ni, tetapi yakin dengan masa depan yang menunggu ni, lepas ni senanglah kita. Maklumat awal, kalau dikumpul semua kemewahan, kehebatan yang ada di dalam dunia, dari awal hingga kiamat, ianya baru 1 % sahaja. Lagi 99 % kemewahan ada di dalam syurga. Tetapi kena ingat di dunia inilah menentukan semua itu, kalau jadi, tak menjadipun sekali sahaja diberi peluang. Oleh itu sabarlah dan buatlah suruhan Allah swt di dunia ini walaupun ada-kalanya susah.
14. MEMATIKAN MALAIKAL MAUT.
Kemudian Tuhan istihar penduduk syurga supaya hidup semewah-mewahnya, makanlah apapun, tidak akan kena apa-apa penyakit seperti di dunia, hospital dan doktorpun tidak ada, buatlah apa saja, bebas tidak ada haram-halal dalam syurga dan tidak akan mati lagi. Manusia hidup selama-lamanya. Penduduk neraka pula mereka berdoa hendakkan mati, disebabkan azab yang mereka lalui. Sedangkan mati itu sudah mati, buat macam manapun, bunuh diri ke, mereka tidak akan mati lagi. Ada juga yang meminta jadi tanah seperti asal, supaya tak kena azab yang tidak tertanggung seksanya.
Istigfarlah banyak-banyak supaya selesai kes-kes di dalam dunia. Kalau tidak selesai kes di dunia akan dibicara di Padang Mashyar. Kita yang banyak dosa patut istighfar lebih banyak lagi. Masuk neraka seorang perempuan kerana kes seekor kucing, walaupun perempuan ini baik, solat, puasa, zakat, baik dengan orang, tetapi dia kurung kucing itu sampai mati, dan kes-nya dibicarakan, tidak dibuang kes, sebab tidak bertaubat dengan Allah swt maka masuk neraka dia. Kalau kurung kucingpun sudah sedemikian, macam mana pula kalau kurung dan aniaya manusia. Kita kena usaha untuk selesai diluar mahkamah Allah swt. Kena bertaubat selalu, istighfar selalu, di setiap waktu pagi, petang dan malam. Istighfarlah dosa kita yang lepas, yang sedang berlaku dan dosa yang akan datang. Ampunkanlah dosa yang aku tahu dan aku tak tahu. Nabi saw yang tiada dosapun istighfar 100x setiap hari.
Zikir ialah ingat ke Tuhan, asalnya dengan hati dan dibantu dengan mulut. Apabila hati ingat dengan Tuhan maka dia reti dan memahami apa yang dia ingat. Tetapi kalau berzikir dengan Al-Quran, samaada faham atau tidak, keduanya menjadi zikir juga. Wallah waalam.

April 7, 2015 Posted by | Mengaji, Muhammad Mustafa | Leave a comment

# Cara Hendak Kenal Allah swt

Majlis dimulakan dengan puji-pujian untuk Allah swt, Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga serta sahabat-sahabatnya. Juga diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah. Pertama kita mengucap syukur ke hadrat Illahi swt subhanahu wata’ala dengan kesyukuran yang tidak terhingga banyaknya diatas limpahan nikmat-Nya dan rahmat-Nya khususnya nikmat Islam yang kita miliki.
Dalam kehidupan kita umat Islam ada 2 perkara yang kita mesti ambil kira.
1. Allah swt – dengan segala apa yang ada pada Allah swt.
2. Makhluk Allah swt – iaitu semua benda yang dicipta oleh Allah swt. Makhluk Allah swt ini ada berbagai jenis. Ada jenis yang kita nampak, ada yang tidak nampak, yang boleh kita faham atau tidak faham, yang kita suka atau tidak suka, bentuk nikmat atau juga yang menyusahkan kita.
Paling besar ialah Allah swt. Dalam Quran ada disebut perkataan AKBAR di tiga tempat.
1. “Walazikrullah hi’akbar “ sesungguhnya mengingati Allah swt itulah yang paling besar sekali.
2. “Warid’duan nu minallah hi’akbar”, keredaan Allah swt lah yang besar sekali yang menentukan masa depan manusia di dunia dan di akhirat nanti. Keredaan ini ada dalam berbagai rupa & perkara.
Ada keredaan dari manusia, dari malaikat, dari syaitan dan makhluk lain yang dia setuju, suka dan puashati. Adakalanya kita nak cari keredaan dari manusia, supaya orang suka kita. Itu tidak menjadi masaalah kalau perkara itu tidak bercanggah dengan keredaan Allah swt. Walau bagaimana pun keredaan Allah swt lah yang amat besar dan PRIORITI. Dalam hal ini kita wajib berpusat kepada Allah swt kerana keredaan Allah swt merupakan neraca timbangan.

Apa-apa yang kita nak buat kena tanya Allah swt, apa kata Allah swt, Allah reda ke tidak? Malangnya kita selalu tanya apa kata manusia – ‘demo tu kata guano’. Oleh itu kita kena bersifat cakna benar pada Allah swt kerana Allah swt itulah segala-galanya.
Allahu Akbar. Itulah tiga perkataan dimana AKBAR digunakan di dalam Quran. Sesungguhnya mengingati Allah swt itulah yang paling besar dan utama sekali. Keredaan Allah swt itulah yang amat besar sekali, dan Allahu Akbar –lah yang amat penting sekali dan yang mustahak sekali sebab Dia-lah segala-galanya. Oleh itu bab Allah swt ini perlu satu pemusatan supaya hidup kita ini semuanya berpusat kepada Allah swt.

Semua keputusan yang kita nak buat, sembahyang istiqarah dulu. Malangnya solat istiqarah ramai yang tidak berminat, sepatutnya tanya Allah swt dulu adakah yang kita nak buat tu elok atau tidak. Istiqarah ertinya kita minta pilihan dari Allah swt kerana Allah swt Pencipta, yang tahu segala-galanya.
Sembahyang sunat Istiqarah boleh dibuat dimalam atau disiang hari. Niatnya aku nak sembahyang sunat istiqarah 2 rokaat kerana Allah Taala. Lepas baca Fatihah bacalah surah apa pun. Lepas sembahyang tu doalah mengikut pilihan sendiri. Allah swt faham semua bahasa. Sebelum doa, wajib selawat pada Nabi saw, “Alhamdullah hirabbial alamin.. . .. ” Barulah doa diangkat kepada Allah swt. Tanpa selawat doa tidak akan dilayan. Contoh doa, ‘Ya Allah ya Tuhan ku aku mintalah jika perbuatan ini baik tunjukkan aku supaya meneruskannya, kalau tidak baik minta jauhilah aku darinya’. Yang jadi masalah sekarang ini Allah swt yang Maha Besar itu, kita tidak berapa ambil berat. Walaupun Dialah Tuan kepada makhluk ini. Dia yang Maha Raja, Maha Berkuasa dan Maha Memerintah tapi manusia tidak hairan, tidak cakna kerana dia tidak kenal siapa itu Allah swt. Oleh itu kita pelajarilah ilmu Fardhu Ain yang paling besar, iaitu Mengenal Allah swt.

Cara hendak kenal Allah swt.

Usaha kita hendak berkenalan dengan Allah swt di buat setiap hari:
1. Kenal diri kita sendiri.

Kita datang dari mana (asal usul), siapa yang buat kita, tujuan apa, apa matlamatnya? Sekarang ini kita di mana, apa pekerjaan kita di dunia ini, nak kemana dan lepas ini jadi apa? Jadi kalau manusia itu kenal dengan diri dia sudah pastilah dia akan merujuk kepada Allah swt. Untuk menjawab persoalan diatas dia kena rujuk kepada Allah swt dan mengenali-Nya. Barulah dia sedar yang dia dicipta oleh Allah swt. Semua ini kena ada kesedaran. Maka timbullah apa yang ulama ajar “Sesiapa yang kenal diri dia, maka ia akan kenal Allah swt”. Allah swt tanya kita: “Apakah dalam diri kamu, kamu tidak perhati ke ?”. Manusia selalunya dalam keadaan lalai, tidak mengenali dirinya, tentulah dia tidak berkesempatan mengenali Allah swt. Manusia cuma memberi tumpuan kepada kehendak jasadnya sahaja, contohya pagi-pagi lagi dah cari nasi dan makanan kerana nanti takut lapar. Manusia lupa bahawa dia ada dua diri – zahir dan batin atau rohani. Ia sibuk dengan diri zahirnya sahaja tapi lupa ada satu lagi iaitu kehendak makanan ROHANI.
2. Kenal Allah swt .
Sahabat pernah bertanya Abu Bakar Ar-Siddiq RA, bagaimana ia kenal Allah swt. Abu Bakar RA ialah diantara orang yang kedua paling kenal Allah swt selepas Nabi saw. Nabi saw adalah orang yang paling kenal Allah swt kerana beliau telah mengadap Allah swt pada malam Israk dan Mikraj. Abu Bakar Ar-Siddiq RA menjawab, “aku kenal Tuhanku melalui Tuhanku juga”.
Maksudnya apa yang Allah beritahu kepada manusia melalui Nabi-Nya. Kita mengetahui melalui WAHYU Allah. Kita juga mengenali Allah swt melalui nama-nama-Nya. Allah swt telah memperkenalkan diri-Nya dalam Al-Quran. Mengapa Allah swt letak nama-Nya dalam Quran? Ialah supaya kita kenal dengan-Nya. Allah swt meletakkan nama-Nya dengan pengertian hakikat Allah swt Taala tu sendiri. Allah swt mempunyai 99 Nama dalam Al-Quran. Hadith mengatakan, sesiapa hafal, faham dan hidup berdasarkan nama ini, wajib syurga.
Nama-nama Allah swt dalam sembahyang yang diulang-ulang ketika membaca Fatihah ialah Allah swt, Al-Rahman, Al-Rahim, Malik kiaumiddin. Semua ini adalah nama-nama Allah SWT.
Huraian Nama Allah SWT dalam Fatihah seperti berikut:
1. Allah swt – Nama Allah swt yang paling Agung. Allah swt ertinya satu yang disembah, disanjung, dihormati, ditakuti, diharap dan dijunjung tinggi. Allah swt ialah nama yang paling besar.
Kalau laungan Allahu’akbar, tidak memberi kesan apa-apa dalam jiwa, maka orang itu sudah jadi mayat hidup. Nama Allah swt diulang-ulang dalam Fatihah bertujuan merasai dan mengenali Allah swt. Salah satu tujuan sembahyang ialah untuk merapatkan diri dan mengenali Allah swt. Lagi banyak sembahyang makin rapat dengan Allah, koho /makin sensitif dengan Allah, lagi cakna dan lagi kenal dengan Allah swt, akhirnya kita akan ambil berat dengan Allah. Apabila bersolat hendaklah mulut membaca, telinga mendengar dan akal memahami, hati merasa dan diri bersedia untuk melaksanakan apa yang dididik oleh Allah swt melalui sembahyang. Salah satu didikan dalam sembahyang ialah untuk kenal Allah.
Cara mengenali Allah ialah melalui mengenali nama-nama-Nya. Nama yang paling tinggi dan besar ialah nama yang ada dalam Fatihah.
Al-Rahman – Allah swt Maha Pemurah.
Al- Rahim – Allah swt Maha Pengasih dan Penyayang.
Malik’kiaumiddin – Maha Berkuasa pada hari pembalasan. Yang memiliki segala kuasa, harta benda, ilmu dan lain-lain kuasa. Pada hari pembalasan Allah swt akan tanya semua raja, pemerintah yang hadir. “Hari ini siapa yang memerintah?”. Mana dia raja raja, president dan pemerintah di dunia dulu? Pada hari itu pemerintah yang mutlak ialah Allah swt yang akan membalas manusia sama ada syurga atau neraka.
Mengapa Nama Allah diulang-ulang dalam Fatihah. Supaya kita faham makna Allah swt, Al-Rahman, Al-Rahim dan Malik’kiaumiddin.
Sesiapa yang terlepas kes mahkamah dunia, jangan berasa suka hati kerana ada satu lagi mahkamah yang agung dihakimi oleh Allah swt Taala di akhirat nanti. Tidak kira siapa, pemerintah, raja, president, hakim, rakyat semua akan dibicara sekali lagi dan Allah swt yang akan memberi balasan-Nya nanti di hari pembalasan.
Kalau sekadar dengar Nama Nama Allah swt sahaja, tetapi tidak rasa atau turun sampai ke hati serupalah makan nasi tapi tidak jatuh ke perut. Kerana makanan tidak dihazam dengan baik, maka jadilah hidupnya tidak segar dan kurus kering.
Hubungan kita dengan nama-nama Allah swt paling penting ialah tahu maknanya dan tahu apa yang tersirat dan tersurat dalam nama itu.
Berakhlaklah kamu dengan akhlak Allah swt. Nama-nama Allah itu membayangkan akhlak Allah swt, perangai Allah swt. Contoh kalau Allah swt Maha Pemurah maka kita juga sebagai hamba Allah swt juga dituntut jadi pemurah. Tetapi pemurah Allah swt. tidak serupa dengan pemurah kita sebagai mahluk. Pemurah cara kita setakat yang kita mampu, contoh ada ilmu beri pada orang lain. Nabi saw kata sedekah yang paling afdal ialah sedekah ilmu. Kalau sedekah duit, sebentar dah habis. Sedekah ilmu boleh diguna sampai bila-bila. Jumpa orang di manapun royak/beritahu dia. Sambil naik keldai Nabi saw masih boleh beri ilmu pada sahabatnya Muaz. Ramai orang yang kebuluran ilmu tapi tidak khabar, tidak sedar bahawa dia kebuluran ilmu. Kita pun kena sedekah ilmu tanda pemurahnya kita.
Pemurah juga dari segi harta benda, walaupun RM1 sehari. Belajarlah jadi pemurah, ada sikit buat cara sikit. Oleh kerana Allah swt pemurah kitapun kena pemurah juga. Pemurah juga boleh dengan bentuk tenaga, tolong menolong dan senyum. Senyum itu pun sedekah. Kalau kita senyum orang rasa senang, itu di kira sedekah.
Kalau kita pemurah, Allah swt pun pemurah juga dengan kita. Semua ini kita boleh amalkan terus. Allah swt itu ar-Rahman, Pemurah, kita juga kena pemurah, jangan kedekut. Allah swt benci dengan orang kedekut. Nabi saw berkata, “iman dan kedekut tidak akan boleh berada dalam satu hati”. Kalau ada iman, kedekut akan lari tapi kalau kedekut yang dominan, iman akan lari.
Al-Rahim, Pengasih dan Penyayang. Kita perlu ada sifat pengasih dan penyayang cara kita. Oleh kerana Allah swt pengasih penyayang kita juga perlu kesian belas pada diri sendiri. Kesianlah pada diri sendiri – ‘kesian aku ni dah tua dah, dekat nak mati, tapi masih lagi dok lalai tiada persiapan lagi, tidak tahu syurga neraka, sepatutnya aku ini kena mengaji, kuat beramal soleh, jaga hukum Allah SWT dan berjuang menegakkan agama Allah SWT’.
Kalau tidak kesian diri sendiri, mana mungkin dia kesian belas pada orang lain.
Kedua, kasihan belas pada anak-anak dan keluarga kita. ‘Wahai orang beriman jaga diri kamu dan juga keluarga kamu dari api neraka’.
Ini adalah maklumat awal Allah swt dok beritahu kita, sebab Allah swt belas-kasihan dengan kita. Allah swt ingatkan kita supaya jangan terjun dalam api neraka. Allah swt pesan tapi Allah swt pun hairan mengapa manusia sabar sangat nak pergi neraka juga, walaupun syurga Allah swt sudah hendak beri. Ada orang tanya sampai bila nak jaga keluarga dari api neraka. Jawabnya sampai mati kena jaga kerana dalam surah 66:6, tiada tempoh ditetapkan. Ajaklah anak-anak mengaji untuk kenal Allah swt. Orang yang paling sombong dalam dunia ialah orang yang tidak kenal Allah swt. Tiada guna belajar tinggi-tinggi kalau tidak kenal Allah swt, tidak kenal Nabi saw dan Islam entah ke mana. Tidak padan dan tidak guna hidup di atas dunia.
Cara 2-kedua nak kenal Allah swt ialah melalui sifat Allah swt:
1. SubhanAllah – Maha Suci Allah swt dari sifat kelemahan dan kekurangan.
2. Alhamdulillah – sifat yang sangat sempurna dan berkualiti. Segala kerja-Nya semuanya sempurna, comel dan molek.
3. AllahuAkbar – Sifat yang besar sekali, sifat yang Agung.
Zikir SubhanAllah, walhamdulillah, walailla…. ialah bacaan kedua besar selepas membaca Quran. Oleh itu bacalah Al-Quran dan subhanAllah, walhamdullilah, Allahuakbar supaya jadi jutawan. Paling utama bacalah Al-Quran, paling kurang bacalah Kulhuwallah huahhad, jadilah jutawan Kulhuwallah. Adakan buka catitan, supaya boleh di audit, semacam buku akaun bank melihat pendapatan kita dari masa kemasa.
Cara Ke 3-tiga kenal Allah swt melalui Hasil kerja-Nya: Alam, manusia, dunia dan akhirat.
Cara Ke 4-Empat – kenal Allah swt melalui doa-doa. Contoh, “Ya Allah ya Tuhan ku, sebagaimana engkau kenal aku, biarkan aku juga boleh kenal Mu. Sebagaimana Engkau sayang pada ku jadilah aku sayang kepada Mu. Ya Allah ya Tuhan ku sebagaimana engkau tidak lupa pada aku buatkanlah aku tidak lupa pada Mu”. Perkara ini hendaklah dibuat hari-hari, catna kepada Allah hari-hari dibuat. Sehingga kita nampak Allah SWT, tiada pihak yang boleh melakukan apa yang Allah SWT lakukan.
Doa ialah satu amalan yang merapatkan kita dengan Allah swt, koho banyak kita bercakap dengan Allah, koho rapat kita dengan-Nya. Doa ini ibadat bertaraf otak dalam tubuh manusia. Tinggi kedudukannya. Kalau orang ada tangan, ada kaki, ada mata tetapi tidak ada otak tidak guna, tidak jadi apapun.
Kita ni sedang bergerak menurut aturcara yang ditetapkan oleh Allah Taala, lazimnya manusia nak senang tidak mahu susah, termasuk anak-cucu dan keluarganya. Senang-susah ini bergantung kepada keredaan Allah swt. Kalau Allah Taala reda dengan kita, senanglah kita lepas ni. Kena selalu disebut perkara yang besar ni, baru dia jelera molek. Kena dibuat iklan seomor supaya orang termakan dengannya.
Iman ini ada 77 cabang. Kalau di kumpul dan diberkas, ada 2 sahaja.

Beriman dengan :
1. Allah swt.
2. Hari akhirat.
Kita kena fokus molek-molek untuk memberikan kesedaran kepada jiwa kita. Cuba kita fokus kepada pergerakkan hidup kita. Kita ini makluk yang sudah di jadualkan, diprogramkan oleh Allah, pergerakkan kita dari mana, duduk dimana, nak buat apa, apa tujuan, lepas ni kemana, nak jadi lagu mana? Semua ini siap di programkan.
Kita telah di jadual oleh Allah swt dalam susunan berikut:
1. Dijadikan oleh Allah swt – Kita duhulunya tiada apapun, tidak wujud. Kemudian Allah SWT pilih dari tiada jadi ada, kalau tidak pilihpun tidak apa. Dulu tidak ada di dunia nyata, hanya dalam bentuk roh.
2. Kita di pelihara oleh Allah swt dalam kandungan ibu. Ketika itu kita tidak buat apa pun tapi boleh makan. Allah SWT yang pelihara kita 100%. Semasa dalam rahim tidak buat kerja apa pun. Jangan mulut celupa bercakap, tidak kerja tidak makan. Hidup di alam nyata pun rezeki di tentukan oleh Allah swt. Masa dalam kandungan ibu dulu, dunia ini ialah alam ghaib, ketika itu tidak tahu apa-apapun. Kalau ada orang beritahu pasal duniapun kita tertanya-tanya, betul ke begitu, samalah seperti Nabi saw beritahu pasal akhirat, betul ke begitu, masih ragu-ragu lagi.
3. Kita di lahirkan dan hidup di alam nyata.
4. Akan mati.
5. Hidup di alam kubur. Kita terima maklumat awal yang kubur ialah salah satu dari taman-taman dalam syurga atau salah satu dari lubang-lubang neraka. Syurga-neraka telah bermula dalam kubur. Nabi saw berkata kalau senang dalam kubur maka akan senang di akhirat. Kalau susah dalam kubur maka akan lebih susah di akhirat nanti.
6. Allah swt akan kiamatkan dunia, hancur-lebur alam ini dengan gempa bumi yang besar.
7. Manusia di bangkitkan dari kubur pergi kepadang mashyar dengan segala masalahnya, makan-minum layan-diri. Ini juga berita awal, TV dan radio kita tidak mengiklankan perkara ini, kita kena cari sendiri dengan mengaji.
8. Di bicarakan di mahkamah Allah swt. Di mahkamah ini ketar dagu dan kecut-perutlah kita, dimana seluruh amalan kita, zahir dan batin akan diaudit, dihisab bermula dari akhir-baliq sampai mati. Maklumat awal kita terima, laporan amalan yang diserah oleh malaikat berpuluh batu panjangnya kertas laporan tersebut. Kemudian Allah swt suruh kita baca sendiri laporan hidup kita dan mengauditnya sendiri untuk menentukan syurga-neraka. Kita akan mengeluh melihat apa yang ditulis oleh malaikat, yang selama ini kita tidak ambil hirau, cara dan kisahpun. Bicara di mahkamah Allah swt mengambil masa yang lama, bergantung kepada banyak kes-kes yang perlu dibicarakan.
9. Keputusan mahkamah sama ada syurga atau neraka akan diumumkan.
10. Orang dapat keputusan dengan tangan kanan jika keputusan baik. Orang ini akan di beri minum di kolam Nabi saw, Al-Kausar. Ada diantara mereka yang mendapat keputusan pergi neraka serbu juga kolam Nabi saw hendak minum tapi di halau direjam oleh Malaikat. Nabi saw tanya malaikat kenapa halau mereka sedangkan mereka juga umat ku. Malaikat jawab, betul dia ni umat kamu tapi setelah kamu tiada di dunia, mereka berpaling dari Islam dan Sunnah mu, mereka ikut moga lain, ikut Ingeris, ikut pegangan lain daripada mu. Walaupun mereka nama Islam tetapi hati mereka tidak lagi Islam.
11. Bergerak ke Titian Sirat. Sirat di atas mulut neraka. Siapa yang lepas titian sirat, tamatlah dia kalau tidak maka jatuhlah ke neraka.
12. Masuk neraka untuk calon neraka. Neraka ialah pusat penyeksaan manusia. Kesusahan dalam dunia, sakitnya, panasnya, bisanya dari awal dunia hingga akhir dunia, hanya 1 % . Di dalam neraka ada 99 % siksaan azab lagi. Oleh itu siksaan di neraka amat dasyhat. Hadith- siapa yang baca ‘Allah humma ajirna minan nar” baca 7 kali. Ya Allah selamatkan kami dari neraka. Neraka pula doakan kita supaya dijauhi darinya.
13. Masuk syurga oleh calon syurga. Dalam syurga rezeki cari kita, nak makan gapo, nak mewah setara mana, nak gapo, Allah swt tanggung semua. Di sana Allah swt lantik menjadi raja besar semua. Ott! senafas biar kita lelah sikit di atas dunia ni, tetapi yakin dengan masa depan yang menunggu ni, lepas ni senanglah kita. Maklumat awal, kalau dikumpul semua kemewahan, kehebatan yang ada di dalam dunia, dari awal hingga kiamat, ianya baru 1 % sahaja. Lagi 99 % kemewahan ada di dalam syurga. Tetapi kena ingat di dunia inilah menentukan semua itu, kalau jadi, tidak menjadipun sekali sahaja peluang diberi. Oleh itu sabarlah dan buatlah suruhan Allah swt di dunia ini walaupun ada-kalanya susah.
14. Matikan malaikal maut.
Kemudian Allah SWT istihar penduduk syurga supaya hidup semewah-mewahnya, makanlah apapun, tidak akan kena apa-apa penyakit seperti di dunia, hospital dan doktorpun tidak ada, buatlah apa saja, bebas tidak ada haram-halal dalam syurga dan tidak akan mati lagi. Manusia hidup selama lamanya. Penduduk neraka pula mereka berdoa hendakkan mati, disebabkan azab yang mereka lalui. Sedangkan mati itu dah mati, buat macam manapun, bunuh diri ke, kau tidak akan mati lagi. Ada juga yang meminta jadi tanah seperti asal, supaya tidak kena azab yang tidak tertanggung.
Istigfarlah banyak banyak supaya selesai kes dalam dunia. Kalau tidak selesai kes di dunia akan dibicara di padang mashyar. Kita lagi banyak dosa patut istighfar lebih banyak lagi. Masuk neraka seorang perempuan kerana kes seekor kucing. Walaupun perempuan ini baik, solat, puasa, zakat, baik dengan orang, tetapi dia kurung kucing itu sampai mati, dan kes-nya dibicarakan, tidak dibuang kes, sebab tidak bertaubat dengan Allah swt maka masuk neraka dia. Kalau kurung kucingpun sudah begitu, macam mana pula kalau kurung dan aniaya manusia.
Kita kena usaha untuk selesai diluar mahkamah Allah swt. Kena bertaubat selalu, istighfar selalu, di setiap waktu pagi, petang dan malam. Istighfarlah dosa kita yang lepas, yang sedang berlaku dan dosa yang akan datang. Ampunkanlah dosa yang aku tahu dan aku tidak tahu. Nabi saw yang tiada dosapun istighfar 100x setiap hari.
Zikir ialah ingat ke Allah SWT, asalnya dengan hati dan dibantu dengan mulut. Apabila hati ingat dengan Allah SWT maka dia reti dan memahami apa yang dia ingat. Tetapi kalau berzikir dengan Al-Quran, samaada faham atau tidak, keduanya menjadi zikir juga. Wallah waalam.

April 6, 2015 Posted by | Mengaji, Muhammad Mustafa | Leave a comment

# Kuliah Ustaz Muhammad Mustafa – Jilid 1 Siri 2

9/11/2008
Jilid 1 Siri 2 Kuliah Ustaz Muhammad Mustafa
Kepentingan Ilmu
Menurut Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : Maksudnya: “Siapa berpagi-pagi (atau berpetang-petang keluar) ke masjid, tiadalah dia bertujuan melainkan untuk mempelajari kebaikan (perkara agama) atau mengajarkannya, maka dia akan memperoleh pahala haji yang sempurna hajinya.” (H.R. At-Tabaraani, Al-Hakim dan Al-Maqdisiy : Shahih menurut syarat Imam Muslim).

Nabi saw. bersabda: “Barangsiapa pada waktu pagi dan pada waktu petang mengucapkan: (Kami reda Allah sebagai Rabb kami, Islam sebagai agama kami, dan Muhammad saw. sebagai Rasul kami). Maka wajiblah bagi Allah swt untuk meredainya.” (Hr. Abu Dawud)

*Sesiapa yang membacanya dengan mulut dan hati, wajib masuk syurga. Jika mendapat keredaan Allah SWT, maka ia memperolehi segala-galanya kerana Allah SWT itu segala-galanya.

Cara Supaya Seumur Hidup Kita Menjadi Ibadat:
1. Ikut syariat. Dalam perbuatan harian pastikan ianya : Harus, Wajib, Sunat, Makruh, Haram, Sah atau batal.
Dalam urusan kita hari-hari, seperti makan, tidur, bercakap, melihat – ia termasuk dalam kelas kumpulan yang mana satu? Hendaklah dikuat-kuasa dan tanya kepada diri sendiri. Ramai orang masuk Islam tetapi Islam tidak masuk dalam dirinya. Kalau hendak dijadikan Ibadat, sekurang-kurangnya perkara itu harus dilakukan, contohnya dalam perbualan, sekurang-kurangnya perkara yang hendak dikatakan adalah harus, tidak haram. Paling baik hendaklah yang wajib.
2. Niat kena ikhlas. Segala perbuatan ialah Ikhlas kerana Allah. Jangan syirik dengan mempunyai dua niat, contoh, satu kerana Allah dan lagi satu kerana manusia. Air yang bersih tidak ada sampah, tidak ada niat jahat, dilakukan kerana Allah SWT, bukan sebab dunia, meninggalkan yang burukpun kerana Allah SWT.
3. Ikut tertib. Mana-mana hak Allah SWT di utamakan, kerja untuk Allah SWT didahulukan. Kalau sampai waktu sembahyang, kena sembahyang dahulu, jangan dibuat kerja lain, seperti makan dahulu. Kedua, hak Nabi. Ketiga, hak ibu, keempat, hak ayah dan seterusnya yang lain.
4. Buat yang Allah SWT suruh dan tinggalkan yang dilarang. Sebagai panduan, buat yang disuruh, tinggalkan perkara yang berlawanan dengannya. Contohnya dirikan sembahyang dilarang tinggalkan sembahyang.
5. Jaga perkara yang membatalkan amal ibadat. eg. jangan batal sedekah yang telah dibuat. Kecek dengan orang, tolong orang, jangan batal dengan mengungkit sedekah atau perbuatan yg dibuat, atau ungkit perangai anak yang tidak kena dengan dia.
Kuliah di mulakan dengan membaca 3 kali sehari diwaktu pagi ayat ‘akujanji’ yang menjadi amalan Rasulullah: “Aku reda Allah swt menjadi Tuhan kepada aku dan aku reda Islam itu menjadi agamaku dan aku reda Nabi Muhammad itu nabiku dan rasul kepada ku”. **
**Hadith sahih mengatakan bahawa sesiapa yang membacanya dengan penuh perasaan, wajib masuk syurga.
Minggu lepas diperjelaskan bacaan-bacaan yang besar yang mempunyai kesan dalam pembangunan diri kita. Kita membacanya bukan sekadar untuk mendapat pahala sahaja, yang Allah swt telah jamin. Tetapi lebih dari itu untuk mendidik jiwa dan roh kita dan memberi kesan dalam pembangunkan diri kita, supaya menjadi sempurna, sebagai hamba Allah swt.
Bacaan yang mudah tetapi paling besar, paling utama, keramat dan agung ialah Kalammullah; Al-Quran. Kita kena bincang bagaimana kita dapat melaksanakan program ini di masjid ini. Ini peluang besar dan satu tuah Allah swt nak beri kepada kita, jangan ditolak tuah yang Allah swt hendak beri kepada kita. Oleh itu ambil beratlah dengan Al-Quran ini, kalau tak ada lagi, beli dan bacalah. Amalan ini akan menjadi harta kita. Bacaan yang paling besar dan agung sekali. Al-Quran ini lebih kaya dari lombong emas dan perlu diusaha membacakannya.
Tak faham bacaanpun dibayar 1 huruf dengan 10 kebaikan. Alif lam min itu bukan satu huruf, tetapi tiga, maka 30 kebajikan. Kalau baca dengan faham dapat pahala lebih tinggi dari 10 kebajikan. Bayangakan mereka yang sekali khatam, berapa banyak pahala yang boleh, jutawaan kita. Pahala upah 700 kali ganda ialah orang yang berbelanja fisabilillah (untuk orang miskin, anak yatim, perjuangan Islam, orang susah) satu ringgit samalah 700 ringgit. Perkara inilah yang dinamakan harta kita, dari perbelanjaan yang tidak rugi dan mempunya nilai di akhirat nanti.
Ada juga bayaran yang Allah wst berikan yang tiada siapa yang tahu nilai balasannya, tinggi sekali nilainya. Allah swt sahaja yang memberikan-Nya; amalan ini yang terlibat dengan puasa; puasa fardhu dan sunat yang lebih tinggi dari memberi sedekah. Perkara besar ini perlu dirasakan besar dalam diri kita, kalau perkara kecil yang dirasa besar bermakna tanda kemusnahan dalam sistem nilai seseorang itu, jiwanya sudah mati rasa. Al-Quran ini yang merupakan satu perkara yang besar tetapi tidak bermakna dan dirasa perkara kecil sahaja.
Dalam keadaan tertentu (up.mata tak nampak) Allah swt memberi kemudahan kepada kita untuk mendapat pahala yang banyak dengan hanya membaca surah-surah kecil. Seperti membaca Surah Zalzalah sama nilai separuh Al-Quran. Surah Al-Kaafirun ¼ Al-Quran. Surah An-Nasr ¼ Al-Quran juga. Baca Surah Al-Ikhlash 1/3 Al-Quran. Ini boleh dibaca semasa berjalan, waktu memasak, membawa kereta, menyangkul dan waktu-waktu rihat. Yang mustahaknya untuk didaftarkan amalan itu oleh malaikat sebelah kanan kita (pendaftar resmi kerajaan Allah swt-Kiroman Katimin), bacaan kita itu untuk jadi hak milik dan harta kita yang abadi.
Harta ini dijaga oleh Allah swt dan ia berkembang bagaikan pelaburan yang berkembang besar mendapat dividen dari tahun ketahun (ada hadithnya). Apa yang kita baca hari ini tidak sama dengan yang dibaca 10 tahun duhulu. Juga untuk diperkembangkan lebih luas harta kita ini, kita boleh hadiahkan bacaan itu kepada ibubapa kita, saudara mara kita, hadiahkan kepada muslimin dan muslimat yang hidup dan yang mati. Allah swt bayar pula keatas hadiah itu, Allah swt beri ganjaran tak habis-habis diatas amalan kita. Lumayan ganjaran yang diterima dengan tidak kurang sedikitpun bahagian kita. Jangan kedekut dalam bab pahala. Pahala ini macam pelita, api tak mati tapi terus menerangi orang lain.
Jadilah jutawan dalam bab membaca Al-Quran. Kalau susah sangat nak baca Al-Quran 30 juzuk, bacalah Kulhuwal’lah, seperti pengamal yang cukup setia, Tok Kenali dengan bacaan Kulhuwal’lah … dimana saja ruang yang ada padanya, dia berbuat demikian disebabkan dia memahami pahala yang besar nilai disebaliknya.
Ustaz Muhamad Mustafa ingin melancarkan projek baca ‘Kulhuwallah..’ (Surah Al-Ikhlash) hingga tercapai sejuta kali. Jadilah jutawan seperti projek tanam pisang menjadi jutawan. Dengan itu hendaklah dicatit dalam buku ‘pendapatan’, kalau sampai sejuta beritahu ustaz Muhamad, nanti diberinya hadiah.
Cerita dari kitab: Seorang anak bermimpi ibubapanya dalam keadaan cemas, diazab dalam alam barzah, anak ini sedih. Lalu ia berdoa memohon kepada Allah swt agar apa-apa ibadah yang sudah dibuatnya, dihadiahkan kepada ibubapa untuk menyelamatkan mereka. Kemudian ia bermimpi pula bahawa ibubapanya telah terselamat dari azab itu.
Orang kita tidak bersungguh dalam banyak hal, kalau bersungguhpun tak lama; umpamanya dalam bulan puasa banyak membaca Al-Quran, lepas Ramadha ditinggal habis. Teruskan secara besar-besaran seperti hendak cari harta. Al-Quran ada depan kita, hanya perlu pengurusan sedikit sahaja dan dijadualkan pembacaannya.
Ustaz Muhamad bertanya; berapa kali kita semua khatam Al-Quran? Imam Abu Hanifah, dalam hayatnya khatam sebanyak seribu kali. Bermakna orang dahulu ada rekod, itu sebab mereka boleh nyatakan. Orang kita tiada rekod, rasa nak buat, buat, rasa tak nak, lepas begitu sahaja. Dengan tiadanya rekod, semangatpun kurang. Perlulah ada rekod ‘perniagaan’ kita dengan Allah Taala, pendapatan untung-rugi kita dengan Allah Taala. Umpamanya pendapatan kita hari ini berapa? Kita akan dapat menilai sebab apa kurang pendapatan kita hari ini jika kita ada rekod. Tanda berapa kita baca hari ini, kulhuwaallah hari ini berapa.
Firman Allah swt; “Hendakkah Aku tunjukkan satu perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab yang teruk?”
Kalau berkehendak banyak lagi pendapatan, jadilah guru Al-Quran, ajarlah Al-Quran. Hadith: ”Orang yang terbaik dikalangan kamu ialah orang yang membaca Al-Quran dan yang mengajar Al-Quran”. Kita kalau hendak buat kelas Al-Quran, kita kena cari anak murid jangan tunggu anak murid cari kita. Sebab kita nak jadi orang terbaik dalam Islam. Nak jadi orang terbaik kena mengaji dan mengajar Al-Quran.
Cita-cita Ustaz Muhamad Mustafa untuk membuat kelas Perguruan Al-Quran, melatih guru-guru Al-Quran berbagai peringkat.
Kita semua boleh mengajar Al-Quran bermula dengan peringkat rendah seperti dengan mengajar alif …. ba… ta, ada titik, tak ada titik … walaupun basik, tapi dengan itu membolehkan murid khatam Al-Quran, dan membacanya ketika solat. Royaltinya tinggi kepada pengajar kerana anak muridnya khatam Al-Quran dan terus membaca Al-Quran.
Kesimpulannya untuk kita banyak membaca Al-Quran, hendaklah :
1. Kita mengaji dan kita mengajar.
2. Kita membuat hafalan, dengan itu kita terpaksa banyak membaca dan mengulang.
3. Dibuat jadual untuk pastikan membaca e.g. hari ini baca surah ini, malam ini baca surah ini, lepas solat baca surah ini, bangun tahajud baca surah ini dsbgnya.
Hadith: “Umatku yang ‘ashraf ummati’, yang mulia sekali, kelas pertama ada dua golongon.
1. Pendokong Al-Quran, ‘hammalatul Quran’ (belajar, mengajar, hidup dengan Al-Quran, berjuang dengan Al-Quran sampai mati).
2. Orang yang beribadat di waktu malam. Yang ini kita berasa berat, kerana belum merasanya ia barang berharga. Umpamanya seorang jaga atau perkerja kontrak yang berkerja malam, sanggup berkerja malam kerana ‘berzikir’ akhir bulan ada fulus. Kita kena tanamkan semangat yang amalan ini adalah harta kita yang berharga, tidak ada nilainya.
Perintah ‘ikrak’ (bacalah): Mereka ini adalah golongan pendokong Al-Quran, ‘hammalatul Quran’.
1. Bacalah Al-Quran, kalau tak boleh baca, belajar lagi dan baca lagi.
2. Bacalah Al-Quran sehinggalah betul. Selagi tak betul, baca lagi hingga sampai betul.
3. Bacalah Al-Quran sehinggalah boleh difahami. Selagi tak boleh difahami, baca lagi.
4. Bacalah Al-Quran sehinggalah boleh diamal. Selagi tak boleh diamal, baca lagi.
5. bacalah Al-Quran sehinggalah boleh dihafal. Selagi tak boleh dihafal, baca lagi.
6. Bacalah Al-Quran sehinggalah boleh diajar orang lain. Selagi tak boleh mengajar, baca lagi, belajar lagi.
7. Bacalah Al-Quran sehinggalah dapat di masyarakatkan. Supaya masyarakat kita dapat membaca Al-Quran, difahami, diamalkan dan seterusnya. Selagi tak boleh di masyarakatkan, baca lagi.
8. Bacalah Al-Quran sehinggalah dapat di daulatkan dan dipraktikkan dalam sebuah negara.
Hadith dalam kitab fikh’ sunnah diriwayatkan oleh Anas, Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang solat di masjidil Al-Aqsar dua rakaat, pahala yang dibayar sama seperti 500 rokaat solat di masjid lain. Siapa yang solat di masjid ku (Medinah) ini sama seperti 1000 rokaat solat di masjid lain. Siapa yang solat di masjid Mekah sama seperti 100 ribu rakaat solat di masjid lain. Siapa yang solat di medan perang dua rokaat, sama seperti sejuta rakaat solat di luar kawasan. Tetapi dua rokaat di akhir malam lebih besar dari semua itu”.
Bangunlah diwaktu sahur, solatlah walaupun dua rokaat.
Cerita-cerita awliak’illah dan solehin. Orang soleh zaman dulu dia solat fardhu subuh dengan wuduk solat isyak, ashabul’lail. Mereka boleh melakukannya kerana memahami betapa besarnya malam itu, merasa kelazatan dalam melakukannya. Walaupun mereka beribadat malam, mereka buat juga tugas lain. Mereka ahli ibadat diwaktu malam, pejuang diwaktu siang, ekonomi, politik dan kerja-kerja lain. Ustaz Muhamad berkata, kita manusia biasa inipun boleh melakukannya dan merasa kelazatan beribadat diakhir malam. Sama-samalah kita cuba, insyaAllah Allah swt memberi kekuatan kepada kita semua.
Dalam satu hadith, apabila Allah swt hendak menghisab manusia di padang masher nanti, Allah swt berfirman; “Siapakah dikalangan ramai ini yang renggang belakangnya dari tempat tidur (ahli malam), disuruh bangun (hanya sedikit sahaja jumlahnya) lalu Allah swt mempersilakan mereka masuk syurga tanpa hisab”. Alah! Alangkah seronoknya mereka.
Ada tiga jenis harta seseorang:
1. harta benda.
2. harta intelek- ilmu dan kepandaian.
3. harta rohani- pahala dan kebajikan.
Carilah tiga jenis harta ini supaya kita kaya dan senang, bersabarlah dalam melakukannya. Lepas kita mati nanti senanglah kita.
Sesiapa yang senang dalam kubur, selepas dari kubur lebih senang lagilah dia. Selain untuk mendapat pahala yang besar dengan membaca Al-Quran, usahakan kebajikan membantu orang miskin, anak yatim, armalah setakat yang kita mampu.
Hadith Rasulullah saw, “Orang yang membantu menolong ibu tunggal (armalah) dan orang-orang miskin, pahala yang Allah swt berikan seperti pejuang Islam yang pergi ke medan perang dan juga seperti dia bersolat sepenuh malam dan puasa sepenuh hari”. *****

April 4, 2015 Posted by | Al-Quran, Mengaji, Muhammad Mustafa | | Leave a comment

# Maulana Asri – Bab Bidaah

YOUTUBE Maulana Asri – Bidaah

Link 1: https://www.youtube.com/watch?v=XgdrTwgWD6s

April 4, 2015 Posted by | Bida'ah, Hadis, Maulana Asri | | Leave a comment

# Kuliah Ustaz Muhammad Mustafa – J1 S1 Nov 02 2008

Kuliah Ustaz Muhammad Mustafa – J1 S1 Nov 02 2008
Maksudnya tidak ada Tuhan melainkan Allah swt, yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Seluruh kerajaan adalah milik-Nya. Dialah yang menghidup dan mematikan. Segala puji adalah hak-Nya dan Ia Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Doa ini dapat merapatkan dan berkenalan dengan Allah. Bacaan amalan Rasulullah 100x pagi dan petang.
Kita hidup memerlukan insuran, contohnya insuran harta atau perlindungan daripada makhluk perosak. Ianya merupakan keperluan dalam kehidupan. Bab Rohani pun ada insuran perlindungan tawaran oleh Allah swt, insuran perlindungan rohani daripada ganguan syaitan, mahluk pemusnah, pengkhianat seperti syaitan manusia yang merosakkan kerohanian. Insurannya bukan perlu bayaran duit tetapi membaca zikirullahullah seperti diatas.
Istilah ‘syaitan’ bermakna jauh dari Allah. Manusia atau Jin menjadi Syaitan bila mereka menjauhkan diri daripada mengingati Allah swt atau mereka membuat kerja yang menjauhkan manusia dari mendekati Allah swt.

Nabi saw bersabda: “Barangsiapa pada waktu pagi dan pada waktu petang mengucapkan: (Kami reda Allah sebagai Rabb kami, Islam sebagai agama kami dan Muhammad saw. sebagai Rasul kami). Maka wajiblah bagi Allah swt untuk meredainya. ” (HR. Abu Dawud)
*Sesiapa yang membacanya dengan mulut dan hati, wajib masuk syurga. Jika mendapat keredaan Allah SWT, maka ia memperolehi segala-galanya kerana Allah SWT itu adalah segala-galanya.
Empat perkara yang mengkhianati dan menjadi penghalang kita mengingati Allah: (kata-kata Imam Ghazali)
1. Syaitan
2. Manusia
3. Nafsu – boleh menjadi syaitan, apabila nafsu bertindak menjauhkan diri daripada Allah swt.
4. Dunia – boleh menjadi syaitan, apabila dunia yang kita kejar menjauhkan kita daripada Islam dan Allah swt.
Empat penghalang besar ini kita perlu lawan. Kalau tidak lawan sampai bila kita tidak menjadi orang yang berjaya dan selamat dunia dan akhirat. Zikirullahullah menolong untuk mengatasi atau melindungi dari ganguannya. Kita mesti menang diatas ganguan syaitan, manusia, nafsu dan dunia. Membaca zikirullahullah ini bukan hanya mendapat pahala tapi kesannya mendapat perlindungan daripada Allah swt. Bacaan ini adalah amalan Rasulullah. Dibaca 100 kali pagi akan melindungi dari syaitan pagi hingga petang, 100 kali petang akan melindungi dari petang sampai esok pagi.
Jika disebut Allah, kita tidak nampak kuasa Maha Agung, Maha Kuasa atau kerajaan mutlak yang mempunyai authoriti tinggi sekali yang memerintah alam ini. Manusia tidak merasa takut kepada Allah. Manusia nampak kekuasaan jika disebut kerajaan atau pemerintah sahaja. Ini kerana ramai orang masuk Islam tapi Islam tidak masuk dalam dirinya. Jika manusia nampak benda lain umpamanya makhluk itu lebih besar, lebih berkuasa daripada Allah atau sama besar daripada Allah, itikad ini boleh membawa kepada syirik.
Hakikatnya manusia ada roh. Malangnya manusia tidak berapa ambil berat hal ehwal roh. Roh dijaga macam anak tiri, tetapi jasadnya dilayan molek hinggakan gemok sihat. Ini menyebabkan roh kurus kering & papa ke dana. Semuanya kita tiada kuasa nak buat. Oleh itu perkuatkanlah dengan zikirullahullah. Sesungguhnya dengan zikirullahullah itu kita dapat keredaan Allah.
Zikirullahullah itu peranannya besar iaitu untuk mengingati Allah. Keperluan zikirullahullah ialah untuk roh. Keperluan zikirullah kepada roh macam ikan memerlukan air. Kalau tidak ada air, ikan akan tercunggap-cunggap dan mati.
Tujuan solat mengingati Allah. Puasa juga untuk mengingati Allah.
Matlamat solat dan puasa untuk mengingati Allah.
Ingat akan Allah bermaknanya bertakwa. Solat dan puasa itu cuma alat. Matlamatnya untuk mengingati Allah.
Lawan zikirullah ialah lalai atau tidak sedar. Zikirullah adalah kerja hati mengingati Allah. Amalan sunat membantu hati supaya jangan lalai. Zikirullah boleh dilakukan dengan doa. Lalai memberi ruang kepada syaitan untuk merasuk. Dengan kata lain zikirullah ialah apa saja yang membuat kita ingat kepada Allah, yang fardu – sembahyang, puasa, haji, zakat, mengaji semuanya mengingati Allah.
Majlis Ilmu juga majlis zikirullah kerana dengan menghadiri majlis ilmu, dari mula hingga akhir ingat pada Allah. Dalam Quran ada ayat yang bermaksud “kalau tidak tahu tanyalah ahli ilmu”. Boleh di simpulkan bahawa ahli ilmu ialah ahli zikirullah.
Perkara yang melalaikan dalam dunia ini banyak. Orang jahil adalah orang lalai, suka pada membazir umur dan masa. Umur itu mahal harganya dan tidak dapat menjana pahala. Jangan buang masa, gunakan untuk berzikirullah. Buang masa menyebabkan lalai.
Ahli tasawuf mengatakan bahawa lalai adalah satu kesalahan iaitu langgar rukun Allah. Kalau memandu kereta, lalai satu saat boleh mengakibatkan kemalangan. Inikan pula kita memandu satu kapal kehidupan, amat besar ertinya. Kalau ingat syariat atau rukun Tuhan iaitu harus, wajib, sunat, makruh, haram, sah dan batal, segala hidup kita mengingati Allah atau sentiasa berzikirullah kepada Allah. Apa tidaknya, segala gerak geri, perbuatan, percakapan, penglihatan dan pendengaran kita ingat pada Allah. Sebanyak mana kita ingat pada Allah sebanyak itulah kita sayang padaNya.
Fatwa ulama, Allah layan kita mengikut sejauh mana kita ingatkanNya. Allah jaga kita mengikut sejauh mana kita ingatkanNya. Kalau dalam solat pun tidak ingat Allah, ini dikatakan kurang adab dengan Allah kerana solat itu hak Allah. Adalah satu krisis besar jika mulut sebut Allah tapi tidak sampai ke hati atau tidak berasa. Kita nak berbicara dengan Allah, berbisik dengan Allah – bacalah Al-Quran. Allah akan jaga Al-Quran, Allah jaga orang yang baca Al-Quran. Keselamatan kita ditangan Allah.
Zikirullah yang paling besar ialah membaca Al-Quran. Kita boleh menjadi ahli kelab Al-Quran untuk melayakkan kita menjadi ahli Kelab Allah Taala.
Ada diriwayatkan dalam hadith. Ketika anak adam dimasukkan kedalam kubur, datanglah seorang yang cantik lagi wangi. Maka bertanyalah simati, “engkau siapa?” jawab orang itu “saya ialah Quran bacaan tuan di dunia dulu, shafik- pembantu tuan”. Simati ini tergulung kepada umat Kelas pertama.
Dua jenis umat Kelas Pertama:
1. Pendokong Al-Quran dengan membaca, ajar, perjuangkan dan mengamalkannya.
2. Umat yang beribadat waktu malam. Saat yang paling dekat dengan Allah ialah ketika sujud dan waktu tengah malam. ***
wallah waalam.

Sedutan daripada kelas Tafsir Ustaz YB Mohammad Mustafa di komplek Tanjung Mas Jumaat, 8.30 pg dan rujukan oleh penyunting: (Tafsir Al-Azhar – Prof. Dr. Hamka)
33:11. Disitulah diuji orang-orang beriman dan akan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat.
Peperangan Al Ahzab, yang dilancarkan oleh Yahudi, kaum munafik dan orang musyrikin Quraisy terhadap orang mukmin di Medinah. Mereka telah mengepung orang mukmin sehingga sebahagian dari mereka telah berputus-asa dan menyangka mereka akan dihancurkan oleh musuh. Ini adalah suatu ujian yang berat daripada Allah untuk menguji keteguhan keimanan mereka. Akhirnya Allah mengirimkan bantuan berupa tentara yang tidak kelihatan dan angin taufan, sehingga musuh-musuh itu menjadi kacau bilau dan melarikan diri.
Ayat ini mengajar Keimanan dan percaya dengan janji-janji Allah: Cukuplah Allah sahaja sebagai Pelindung; takdir Allah tidak dapat ditolak.
33:12. Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: “Tidaklah dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya itu selain dari penipuan”.
Maksud ayat ini, ketika Rasulullah memecahkan batu keras besar dan putih, terpancarlah api bila diketuk dan tiga kali Rasulullah mengucapkan “Allahu Akbar!” Seluruh Muslimin pun mengucapkan takbir juga. Batupun pecah dan wajah muka beliau berseri-seri. Lalu beliaupun berkata: “ .. terbayang dalam cahaya lintasan api itu istana Persia, dan bisikan Jibril semuanya itu akan ditakluki oleh ummatku. Ketukan kali keduanya terbayang istana Rum, dan ketiganya istana di negera Arabia Selatan. Juga dibisikan oleh Jibril negara itu akan dikuasai oleh ummatku. Oleh itu berapa berat ujian dihadapi sekarang, gembiralah kamu. ”Kaum mukmin mengucapkan: “Alhamdullilah! Segala puji bagi Allah dan segala apa yang dijanji oleh Allah pasti dan benar.”
Tetapi bagi orang munafik, mereka tidak beriman dan tidak yakin dengan janji Allah. Mereka hanya mengharapkan keuntungan kebendaan dunia dan harta rampasan.
Mereka tidak bertanggungjawab dan apabila melihat musuh banyak bilangannya; 10-15 ribu melawan mereka hanya berhumlah 3 ribu orang, ini membimbangkan mereka, mana boleh menang. Inikan pula untuk menakluki tiga negara yang besar. Mereka tidak yakin dengan janji Allah.
Belajarlah perkara yang membatalkan Islam, jangan pandai perkara yang membatalkan wuduk sahaja. Mereka yang munafik berkata, “wahai orang Yathrib, tempat ini bukan tempat kamu.” Disini (di medan perang) kamu akan mati. “Oleh itu baliklah kerumah masing masing”. Beginilah perangai orang munafik, sentiasa mengikut nafsu. Sampai ada yang meminta izin, mencari helah untuk balik kerana rumah, anak isteri tiada siapa yang mengawal.
Manusia dibahagikan kepada 3 golongan. Kita tidak akan kenal 3 golongan ini melainkan kita memahami Al-Quran.
1. Golongan mukmin.
2. Golongan munafik. Mereka ini hipokrit. Buat amalan Islam ala kadar. Dalaman atau rohaninya dia tidak Islam, di luar sahaja nampak Islam.
3. Golongan kafir.

Kita yang mukmin jangan mengaku termasuk dalam golongan pertama kerana kita tidak mengetahui sebelum di uji oleh Allah. Ujian dengan bermacam-macam contoh mati anak, bertembung dengan kepentingan dunia dan Islam. Ujian berat atau ringan bergantung kepada tahap keimanan. Kalau iman ditahap tinggi, berat lagi ujiannya. Dengan lain perkataan, bila ujian besar, tinggi imannya.
Ujian yang paling besar ialah perang, seperti yang berlaku di zaman nabi. Contoh perang Ahzab, Khandak. Perang Ahzab berlaku di tahun ke 5 Hijrah. Tentera kafir 10-15 ribu orang. Niat mereka untuk menghapuskan Nabi supaya Islampun hapus. Tentera Islam hanya 3 ribu sahaja. Oleh kerana tak ada lain kawasan sebagai strategi, tentera Islam perlu gali parit untuk mempertahankan Madinah. Tentera yang beriman tetap terus berjuang, tak mahu balik. Sama juga zaman sekarang, ada yang ikut nafsu. Contoh kalau buat program ada yang tak mahu ikut bersama. Zaman sekarang, mereka bolehlah beri alasan dengan bermacam macam alasan. Perlu duduk bersama dalam jemaah Islam untuk mencari kekuatan.

Kesihatan dalam Islam
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Qur’an ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan Rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya;” Surah Al-Israa’: 82.
Definasi: Kesihatan seseorang tidak hanya bermaksud tidak mengidapi apa-apa penyakit di tubuhnya tetapi termasuk bebas secara keseluruhannya (holistic) daripada kesakitan jasad, emosi & pemikiran yang tidak waras, sosial dan rohaninya yang tidak mentauhidkan Allah swt dan hukum-Nya. Jika ia syirik dan melanggar hukum Allah swt. rohnya dalam kesakitan, ia tidak akan selamat di dunia & di akhirat. Jika ia berfikiran songsang atau mempunyai sistem nilai yang salah, hidupnya tidak mendapat keredaan Allah swt. Umpamanya, kalau dia pemabok, kaki dadah, Mat rempit; dia akan menghadapi risiko kemalangan jalan raya dan penyakit AIDS dan sebagainya. Jasadnya juga akan menjadi sakit.
Rasulullah SAW ada bersabda maksudnya: “Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang.” (Hadith riwayat Bukhari).
Mereka hanya akan menyedari mahalnya nilai kesihatan dalam kehidupan apabila mereka mengalami kesakitan atau berpenyakit. **
Tamat

April 2, 2015 Posted by | Al-Quran, Amalan, Doa, Muhammad Mustafa, Tafsir | | Leave a comment

# Ask Dr Zakir Naik Part 1 of 4 Misconception About Islam

Published on Jul 12, 2013

https://www.youtube.com/watch?v=UsbDiUo5S2s

Ask Dr Zakir Naik Part 1 of 4 Misconception About Islam

The Longest Exclusive Question and Answer Session from the Lecture “Misconception About Islam”, in Dubai International Peace Convention Organized by Dubai International Holy Qur’an Award – 2010.

March 26, 2015 Posted by | Dakwah | Leave a comment

# Pokok Herbal

Pokok Herbal

Pokok herbal yg berfaedah

August 2, 2013 Posted by | Perubatan Islam, Pokok herbal | Leave a comment

# Pengisian Ibadah Dalam Bulan Ramadhan

Khutbah Jumaat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Bacaan pada 12 Julai 2013

 

Pengisian Ibadah Dalam Bulan Ramadhan

“Ya aiyuhannas…..

Ikhwanil muslimin!

Saya berpesan kepada diri saya dan kaum muslimin sekelian dengan pesanan takwa kepada Allah swt setiap masa dan sentiasalah mensyukuri akan nikmatNya kepada kita sekelian khususnya nikmat Ramadhan dan puasa.

 Alhamdulillah kita kini sudah berada di bulan “Ramadhan Kareem” yang dimuliakan Allah Azza wajalla. Ramadhan bulan Rahmat dan bulan limpahan keampunan dari Maha Pencipta kepada semua hambaNya.

 Rasullullah saw bersabda yang bermaksud: “Puasa itu adalah amanah, maka wajib keatas kamu menjaga amanah itu .”(Sanat hasan)

 Rasullullah saw bersabda lagi yang bermaksud: “ Perlihatkanlah kepada Allah swt akan kebaikan diri kamu.”(Riwayat Tabrani)

 Sebagai hamba wajiblah kita mengetahui dan menyediakan sebanyak pahala untuk mengadap Allah swt yang Maha Esa pada hari yang tiada manfaat harta dan anak  pinak.

Allah swt berfirman dalam Surah Al Kahfi, ayat 46. Bermaksud; “Sesungguhnya harta dan anak pinak adalah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal salih yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”

Sebelum kita meniti lebih jauh dalam mengejar Ramadhan ini, eloklah kita perhatikan beberapa aktiviti yang mempunyai PAHALA TERAMAT BESAR antaranya:

 1.      Membetulkan niat

Rasulullah saw bersabda: Maksudnya “Hanya dikira amalan seseorang itu dengan niat dan bagi seseorang itu apa yang dia niatkan.”

 Niat itu berperanan mengangkat darjat hamba dan mendekatkan dirinya kepada Allah swt.

“Wahai Allah! sesungguhnya kami berniat menghambakan diri kepadaMu di bulan Ramadhan, mengharapkan keampunan dan RahmatMu.”

 

  1. Khatam Quran setiap minggu di bulan Ramadhan atau sekurang kurangnya sekali di bulan Ramadhan.

 Rasulullah saw bersabda yang bermaksud; “Amalan utamaku yang paling afdal ialah membaca Al Quran.”

 

Sebagai panduan sekiranya para muslimin melazimkan diri membaca 4 mukasurat  Al Quran (2 helai) setiap waktu solat, InsyaAllah diakhir Ramadhan kita akan khatamkan sebuah Quran.

 

  1. Sedekah harian pada setiap hari di bulan Ramadhan

Rasulullah bersabda, maksudnya; ” Sesiapa yang menghampirkan diri kepada Allah swt dengan melakukan kebaikan, ianya seperti menunaikan ibadah fardhu pada bulan yang lain.”

 

  1. Memperbanyakkan zikirallah pada setiap hari bulan Ramadhan.

 

Rasulullah saw bersabda  yang bermaksud;  “Dua sifat yang mendapat keredhoan Tuhan kamu iaitu mengucapkan Lailla hail lallahdan beristighfar memohan keampunan kepada Allah swt.” (Riwayat Ibn Khuzaimah)

 

  1. Istighfar memohon keampunan kepada Allah swt pada setiap hari di bulan Ramadhan.

 

Rasulullah saw bersabda bermaksud;  “Sesiapa yang sentiasa memohon keampunan kepada Allah swt nescaya Allah swt menjadikan baginya pelepasan dari kesempitan, kejayaan selepas kedukacitaan dan mengurniakan untuknya rezeki dari sudut yang tidak disangka sangka.” (Riwayat Ahmad)

 Sabda Baginda lagi, maksudnya, “Orang yang bertaubat kepada Allah swt seperti ianya tidak melakukan dosa.(Riwayat Ibn Majah).

 

  1. Berselawat keatas Rasulullah saw, pada setiap hari bulan Ramadhan.

 Rasullullah bersabda, maksudnya: “Sesiapa berselawat keatasku sekali, maka sentiasalah para malaikat berselawat kepadanya selama ia berselawat kepadaku. Maka terserahlah kepadanya samada berselawat sedikit atau memperbanyakkan nya.” (Riwayat Manzari)

  1. Mengerjakan solat terawih pada setiap malam di bulan Ramadhan.

 Rasulullah saw bersabda, maksudnya: ”Sesiapa mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka akan diampunkan dosanya yang lepas dan akan datang”. (Riwayat Bukhari)

 

  1. Memberi makanan untuk berbuka puasa.

 Rasullullah saw bersabda yang bermaksud: ” Sesiapa yang memberi makanan untuk orang berbuka puasa walaupun sedikit susu  atau seteguk air atau sebiji tamar, yang demikian juga mereka yang memberi kenyang kepada orang yang berbuka puasa melainkan baginya keampunan terhadap dosanya dan diberikan Allah swt minuman dari kolam yang dia tidak akan dahaga lagi buat selama lamanya sedangkan pahalanya tidak kurang daripada pahala orang yang berpuasa itu”.

  1. Banyak berdoa dan berzikir.

Rasulullah saw bersabda, Maksudnya: “ Dua perkara yang kamu tidak dapat tiada dari daripadanya iaitu memohon kepada Allah swt syurga dan memohon perlindungan dari azab neraka.” (Riwayat  Al-Thabrani).

Sabda Baginda lagi, maksudnya: “Orang yang banyak berzikir kepada Allah swt di bulan Ramadhan akan diampunkan dosanya dan mereka yang memohon doa kepada Allah swt tidak akan rugi selama lamanya.”  (Riwayat Baihaky)

  1. Zakat Fitrah

 Sabda Rasulullah saw yang bermaksud; “Zakat fitrah membersihkan orang yang berpuasa daripada perkara melalaikan, sia sia dan kotor dan sebagai pemakanan untuk orang orang miskin. Sesiapa yang menunaikanya pada hari raya, ini adalah zakat fitrah yang diterima dan sesiapa yang menunaikan nya selepas hari raya maka ianya satu sedekah.” (Riwayat Abu Daud).

 Para ulama’ menyatakan yang dimaksudkan dengan kalimah “kabli solat” itu ialah sebelum terbenam matahari pada hari raya pertama dan “bakda solat” ialah selepas terbenamnya matahari pada hari tersebut.

 Sabda baginda lagi, yang bermaksud;  “Puasa Ramadhan tergantung antara langit dan bumi dan tidak akan diangkat sehinggalah dia menunaikan zakat fitrah.” (Riwayat Manzari).

Akhuani muslimin!

 Sebagai kesimpulanya, peluang ibadat di bulan Ramadhan terlalu banyak dan rebutlah peluang ini yaitu:

1)                 Memperbetulkan niat.

2)                 Membaca Al Quranul Karim

3)                 Sedekah

4)                 Zikir lillah

5)                 Memohon keampunan kepada Allah swt

6)                 Selawat keatas Rasulullah saw

7)                 Mengerjakan solat terawih

8)                 Memberi makan untuk berbuka puasa

9)                 Memohan syurga dan perlindungan dari  neraka

10)            Zakat fitrah

 

Dan lain lain lagi.

Disediakan dan disemak oleh: Panel khutbah Majlis Agama Islam Kelantan.

Ditranskrip; Normah Ja

July 21, 2013 Posted by | Khutbah, Ramadhan | Leave a comment

# Ramadhan Al-Mubarak

Sabdanya yang bermaksud, “Bersalam-salamlah kamu nescaya ia akan menghilangkan perasaan dengki (iri hati), dan beri-memberilah antara kamu, nescaya kamu akan saling cinta mencintai antara sesama kamu dan ia akan menghilangkan permusuhan.” (Hadis riwayat Malik)

Bismillahir Rahmanir Raheem
Assalamu Alaikum wa Rahmatullahi wa Barkatuh!

Amalan-Amalan Di Bulan Ramadhan.

Rujukan:sedutan drp: http://www.abuanasmadani.com

Allah telah menjadikan bulan Ramadhan sebagai satu bulan yang mulia berbanding bulan-bulan yang lain dengan beberapa kelebihan dan keistimewaan, antaranya ialah:

  • Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada haruman kasturi di sisi Allah.
  • Para malaikat memohon keampunan untuk orang yang berpuasa sehingga dia berbuka.
  • Syurga dihias setiap hari pada bulan Ramadhan.
  • Syaitan-syaitan dibelenggu sepanjang bulan Ramadhan.
  • Pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup.
  • Terdapat pada bulan ini Lailatul Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang tidak mengambil peluang untuk membuat kebaikan dan beramal padanya maka dia telah melepaskan semua peluang kebaikan.
  • Orang-orang yang berpuasa akan mendapat keampunan pada malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.
  • Pada setiap malam Ramadhan tersenarai di sisi Allah nama-nama hamba-Nya yang bebas daripada api neraka.

Di antara amalan yang wajib dan amalan sunat yang sangat digalakkan melakukannya pada bulan Ramadhan ialah;

1) Berpuasa :

Sabda Rasulullah, maksudnya: “Setiap amalan anak Adam itu digandakan pahalanya, satu kebaikan seumpama sepuluh, hingga 700 kali ganda. Allah berfirman (dalam hadis qudsi): Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untuk Aku dan Akulah yang akan memberikan ganjarannya. Dia meninggalkan syahwatnya, makanannya kerana Aku. Bagi orang-orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya, dan bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi di sisi Allah.” [HR: Muslim dari Abu Hurairah]

Sabda Rasulullah: Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan Ihtisab (mengharapkan pahala) maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas”. [HR: Al-Bukhari dan Muslim].

Berpuasa memberi banyak faedah kepada kehidupan jasmani dan rohani, seperti menjinakkan nafsu liar, melatih untuk bersabar, memahami erti kefakiran, kesusahan dan sebagainya.

2) Membaca al-Quran:

Nabi menceritakan bahawa Jibril membacakannya al-Quran setiap tahun sekali pada bulan Ramadhan dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak 2 kali. [HR: Al-Bukhari dan Muslim].

Para ulama bersungguh-sungguh memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadhan. Sebahagian mereka mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh 3 malam, sebahagian setiap satu minggu dan sebahagian mereka dalam tempoh 10 hari sekali. Mereka membacanya ketika di dalam solat dan juga di luar solat.

Imam asy-Syafie mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan.

3) Qiyamullail:

Bagi seorang mukmin apabila berada pada bulan Ramadhan akan berhadapan dengan dua jihad dalam dirinya. Pertama jihad di siang hari dengan berpuasa dan kedua jihad pada malam hari dengan Qiyamullail. Sesiapa yang berjaya melakukan dua jihad ini dengan melaksanakan hak-haknya dengan sabar dan sempurna maka ganjarannya amat besar tidak terhingga. Sabda Rasulullah, maksudnya: “Sesiapa yang bangun (solat) pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan Ihtisab (mengharapkan pahala) maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas”. [HR: Al-Bukhari dan Muslim].

Sebagai peringatan, setiap jemaah hendaklah menyempurnakan solat terawih bersama imam supaya namanya tertulis dikalangan orang-orang yang Qiyam (orang yang mendirikan solat).

Abi Zar meriwayatkan Nabi  bangun bersolat bersama-sama mereka pada malam 23 sehingga satu pertiga malam, dan pada malam ke 25 sehingga separuh malam. Para sahabat berkata kepada Baginda : “Kalaulah tuan terus sempurnakan saki baki malam kami dengan solat sunat”. Maka Nabi bersabda maksudnya: “Sesiapa yang berdiri bersama imam sehingga dia (imam) beredar, dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman.” [HR: At-Tirmizi, sahih].

4) Bersedekah:

Ibnu Abbas berkata: “Rasulullah adalah manusia yang sangat pemurah dan Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan… dan Baginda  lebih pemurah dalam kebaikan daripada angin yang kencang.” [HR: Al-Bukhari]

Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersedekah mengikut kemampuan masing-masing. Sabda Nabi maksudnya: “Takutilah api neraka walaupun dengan (bersedekah) sebelah tamar”. [HR: Al-Bukhari].

Imam asy-Syafie berkata: “Aku suka jika seseorang bertambah pemurah pada bulan Ramadhan kerana ia mengikuti jejak langkah Rasulullah.

Rasulullah telah ditanya, apakah sedekah yang paling afdhal?  Sabdanya maksudnya: “Sebaik-baik sedekah ialah sedekah dalam bulan Ramadhan”. [HR: At-Tirmizi, dhaif].

a. Memberi makan:

Para ulama salaf sangat menitikberatkan amalan memberi makan dan mendahulukannya daripada ibadat-ibadat lain. Ianya samada dengan memberi makan kawan-kawan yang soleh dan tidak disyaratkan hanya kepada orang faqir.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Di dalam syurga terdapat bilik-bilik, nampak dari dalam barang-barang di luarnya dan sebaliknya”.

Bangun seorang a’rabi (orang kampung) bertanya: Untuk siapakah bilik-bilik itu wahai Rasulullah? Sabda Nabi: “Bagi mereka yang baik percakapannya, memberi makan, sentiasa berpuasa dan bersolat kerana Allah pada waktu malam tatkala orang lain sedang tidur”. [HR: At-Tirmizi, hasan].

Al-Hasan al-Basri dan Ibnu al-Mubarak memberi makan para sahabatnya, sedangkan mereka sendiri berpuasa. Mereka duduk melayani dan berkhidmat kepada orang yang makan serta memenuhi keperluan mereka .

Ibadat memberi makan akan menjadi asas kepada banyak ibadat-ibadat lain, seperti rahmat dan kasih sayang terhadap sahabat yang diberi makan, dan ini akan menjadi salah satu sebab untuk masuk syurga, kerana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Tidak masuk syurga seseorang itu sehingga ia beriman, dan tidak beriman sehingga ia saling mengasihi.” [HR: Al-Bukhari].

b. Memberi makan orang yang berpuasa:

Sabda Rasulullah, maksudnya: “Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun.” [HR: At-Tirmizi, sahih].

Sabda Rasulullah maksudnya: “Wahai Manusia! Sebarkanlah salam, berilah orang makan dan solatlah malam ketika manusia tidur, pasti kamu akan masuk ke Syurga dengan sejahtera”. [HR: Ahmad, at-Tirmizi, sahih].

Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Ramadhan adalah perisai. Sedekah akan memadamkan kesalahan seperti air memadamkan api dan begitu juga seorang lelaki yang bangun di pertengahan malam.” [HR: Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah, sahih].

5) Menjaga lidah, mengurangkan kata-kata dan menjauhi sifat dusta.

Sabda Rasulullah, maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dusta dan terus mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat agar dia meninggalkan makanan dan minumannya (yakni berpuasa).” [HR Al-Bukhari].

Hadis tersebut menunjukkan bahawa berpuasa juga bermaksud menahan diri daripada pembohongan dan kata-kata yang sia-sia dan tidak berfaedah sebagaimana seseorang itu menahan diri daripada makan dan minum.

Sabda Rasulullah, maksudnya: “Jika seseorang daripada kamu mula berpuasa maka janganlah dia melakukan Rafath (melakukan perkara-perkara yang membangkitkan nafsu) dan janganlah dia bergaduh, sekiranya seseorang mencaci atau memusuhinya maka hendaklah dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa! Sesungguhnya aku berpuasa!” [HR: Muslim]

Ali bin Abi Thalib RA berkata: “Sesungguhnya ramadhan bukanlah hanya menahan diri daripada makanan dan minuman, tetapi juga dari penipuan, kebatiIan dan perkara yang sia-sia”.

Rahsia di sebalik larangan-Iarangan ini khususnya ketika sedang berpuasa ialah kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah dengan meninggalkan perkara-perkara yang harus, tidak akan sempurna kecuali setelah meninggalkan perkara-perkara yang haram.

6) Doa, Zikir dan Istighfar.

Di hari-hari Ramadhan adalah waktu yang mulia, maka ambillah kesempatan ini dengan memperbanyakkan zikir dan doa, khususnya pada waktu-waktu yang mustajab seperti:

Ketika hampir waktu berbuka. Nabi saw menyebutkan tiga doa yang tidak ditolak antaranya ialah orang yang berpuasa sehingga dia berbuka. [HR: At-Tirmizi, sahih]

Di sepertiga malam ketika Allah swt menyeru: “Adakah ada orang yang berdoa, maka aku perkenankan, adakah orang yang memohon keampunan, maka Aku mengampunkannya”. [HR: Al-Bukhari & Muslim].

Memohon keampunan Allah swt ketika waktu sahur. Firman Allah swt: Maksudnya: Dan ketika waktu sahur mereka memohon keampunan. [Az-Zariyat:18].

Jangan kita lupa juga terdapat ganjaran-ganjaran yang besar bagi orang yang berzikir.

7) Beriktikaf:

Antara kelebihan khusus sepuluh terakhir Ramadhan ini, ialah digalakkan beriktikaf padanya.

8) Lailatul Qadar.

Di dalam Ramadhan yang berkat ini Allah swt menghadiahkan kepada hamba-hambanya satu malam yang yang sangat berkat iaitu Lailatul Qadr.

Sabda Rasulullah saw sewaktu menaiki mimbar di Madinah: Maksudnya: “Sangat malang, orang yang berkesempatan melalui Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosanya”. [HR: Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi]

Oleh itu, tidak sepatutnya bagi seorang muslim yang berakal melepaskan peluang yang amat bernilai ini untuk dirinya dan keluarganya. Ia hanya datang sekali dalam setahun. Marilah kita bertekad dan berazam untuk memperuntukkan waktu dan masa kita dengan amal ibadat bagi merebut peluang ganjaran pahala yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya.

Akhirnya, sama-samalah kita berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuatan, taufiq dan hidayah semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik daripada yang lepas, dituliskan nama kita di antara hamba-hamba-Nya yang mendapat keampunan Tuhan dan selamat dari azab Neraka. Aaamin.

Abu Anas Madani, Pondok Sungai Durian, Kelantan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”  [Riwayat al-Bukhari]

Salah satu kebaikan yang dapat mempererat tali persaudaraan dalam Islam, dan membuka pintu kebaikan pada orang lain adalah silaturahim.

“Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Berhadiah-hadiahlah antara kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara kamu.”  (Riwayat Tabrani)

Amalan memberi hadiah menjadi sunnah hidup dan terjadi di mana-mana sejak zaman dahulu hingga sekarang.

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang”.

Waallah waalam.

July 16, 2013 Posted by | Amalan, pahala, Ramadhan | Leave a comment