Doc Azman51's Weblog

Lifelong Education

Of Surah Yaasin and Fadilat

ASWT All,

Of  Surah Yaasin and Fadilat
I was down a bit and confused as to the state of affair of our ummah. This is after I attended the usual kuliah magrib at the usual place by an same ustaz using the same Kitab Hikam.  The night later continued with kelas hadis on Sahih Muslim from 9 pm to 10.30 pm with a different ustaz. The subject this week was the continuation on getting treatment for various diseases and incantation (jampi with phrases of the Quran), treatment with honey, etc. Samples below:

Book 26, Number 5466:

Jabir reported Allah’s Messenger (may peace be upon him) as saying: There is a remedy for every malady, and when the remedy is applied to the disease, it is cured with the permission of Allah, the Exalted and Glorious.

Book 26, Number 5467:

Jabir reported that he visited Muqanna’ and then said: I will not go away unless you get yourself cupped, for I heard Allah’s Messenger (may peace be upon him) say: It is a remedy.

Coming back to kitab Hikam teaching for the night, below were the iSilo format for my PDA palm Treo and window format, just for interest:

Subject – 51: Keluar Daripada Alam Kepada Pencipta Alam

Jangan kamu berpindah dari satu hal alam kepada hal alam yang lain. Jika demikian kamu adalah umpama keldai yang berpusing mengelilingi penggilingan, di mana ia menuju ke satu tujuan, tiba-tiba ia kembali kepada tempat mulanya. Hendaklah engkau melintasi sempadan alam dan menuju kepada pencipta alam. Sesungguhnya kepada Tuhanmu puncak segala tujuan.

Keadaan orang yang tidak dapat melepaskan dirinya dari syirik adalah umpama seekor keldai yang terikat dan berpusing menggerakkan batu penggiling. Walaupun jauh jarak yang dijalaninya namun, dia sentiasa kembali ke tempat yang sama. Jika ia mahu bebas perlulah ia melepaskan ikatannya dan keluar dari bulatan yang sempit. Orang yang mahu membebaskan dirinya dari syirik secara keseluruhannya hendaklah membebaskan perhatian hatinya dari semua perkara kecuali Allah s.w.t. Keluar dari bulatan alam dan masuk kepada Wujud Mutlak.

Ada beberapa peringkat yang perlu dilalui sebelum mencapai Wujud Mutlak. Peringkat pertama ialah membebaskan diri dari kongkongan penjara alam jasad. Penjara alam jasad ialah hawa nafsu. Di dalam penjara hawa nafsu ini tersedia berbagai-bagai hidangan yang lazat-lazat seperti kekuasaan, kemegahan, kemuliaan, kasihkan puji-pujian, ujub, riak, tamak, dengki dan lain-lain. Etc… etc…please refer to the text.

Anyway, it was fine with the rest of the knowledge transmitted.

However, of concern is the unrelated statement to Kitab Hikam by the ustaz. He mentioned about the satisfaction of ritual recitation of Yaasin on Thursday night, as had been the usual practice of the Malays. In short, he initially said  it is not a Sunnah practice, since it is only supported by a dhaif hadith. However he insisted with no valid acceptable evidence or academic argument, saying that if you do the ritual i.e. reciting Yaasin every Thursday night (he didn’t say how many times per night or the number of nights to recite) then later you are going to know, feel and taste personally the spiritually gratification of  reading Yaasin. However, he said you need to follow a certain kaifiat (ways; again he doesn’t elaborate) in order to achieve the spiritual well-being.

Funny thing is that, he said initially no valid hadith and yet he just did it, then you are going to know yourself, then you are going to feel and experience something good and satisfied spiritually. What sort of argument is this?

If Rasulullah s.a.w did not practise it by reciting surah Yaasin only, became as a ritual on Thursday night, (because He read all surah of the Quran all the time, but most important is in implement the Quranic injunctions, rather than to find fadhilat with the ayat or surah), the same also with Sahabat-sahabat, Tabiin, Tabiin-tabiin, and great ulamas did not advocate it, i.e. the ritual on Thursday night. Who are we to justify all these practice? The ustaz were great for the rest of his teaching that night, but were flawed by this turn of event.

Nobody can deny that Yaasin, or for that matter Fatihah, Ayattul Kursi, Bismillah …etc, certain ayat from certain surah, example Baqarah have their own fadhilat and remedy for the ailment and fallacy of mankind. I personally passed through a phase of my life history, a test period where everything was unkind, you were not yourself, you become a nervous wrecked and you loss inclination for struggle for any real achievement in life, etc. This event was what we understood as a ‘gangguan’, it is a soul disturbance, spiritually from syaitan, however it has also it psychological, emosional, social and physical effects on the body. Because of that, I decided to go for my second hajj alone during my sabbatical leave to seek Allah swt guidance and help, but I only received them after a year of endurance. Meanwhile I was down, lazy for work, very temperamental, fierce with the wife, get lost myself in my orchard and jungle project, 4WD, sleep, TV, movies, etc.

Later with the grace my Allah Who is Most Gracious, Most Merciful; Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the world; I managed to bring myself for treatment with perubatan Islam in the year 2000 from a former student of Datuk Dr Harun Din, after being prevented by the inner self (the dark side) for a while and for a proper follow-up until a year later. Earlier I went to see few bomoh, one who implicate that I got saka. Usually I was quiet well for a few week after their treatment, but it recurred. Not until I underwent for a proper perubatan Islam treatment, the legacy of Datuk Dr Harun Din. It was not an easy smooth sailing treatment; I was all right for a while and not so well, nervous and panic stricken on certain days. When I was better with the initially treatment, I resumed by reciting surah Yaasin very night for many months to follow and that is how I recovered fully as what I am now. If I slacken reciting Yaasin, I can feel the impending attack, ‘gangguan’. Therefore, I know what Yaasin can do for me. It make the syaitan run away which in the first place were attracted to you because of your weak defense system or you were a victim after being sent to you by somebody who envy you in your place of work.

OK that is about surah Yaasin and why our people still believe in restricting the practice of reciting it on Thursday night only. Waallah waalam.

May 7, 2010 Posted by | Yassin | Comments Off

* Amalan Yassin dan Tahlil orang Melayu

Amalan Yassin dan Tahlil orang Melayu

Latarbelakang: Apabila berlaku kematian di dalam masyarakat kita dan ada di antaranya kawan-kawan rapat yg selalu kita berurusan, maka akan timbullah isu-isu yg lemah untuk kita tangani. Kita dapat saksikan amalan-amalan yg terus dilakukan walaupun telah banyak kali kita bincangkan tentang bida’ahnya amalan tersebut, tetapi amat susah untuk dimengertikan dan dhapuskan.

Pada pandangan saya masih kurang lagi ahli-ahli hadis dan ulama’ yg berwibawa dan berani untuk tampil kehadapan and ‘rock the boat’ menyanggah pendapat-pendapat lama, amalan-amalan lama yg tidak terpakai yg dirujuk kepada hadis yg daif dan amalan yg tidak bersumberkan sunnah Nabi saw. Kepada mereka yg ingin membawa perubahan dalam masyarakat akan dikatakan ‘wahabi’ dan sebagainya dan merekapun terus longlai untuk terus berusaha. Apa yg berlaku, mereka tidak bersama mengikuti majlis tersebut. Terdapat juga golongan agama mengiakan dan mengamalkan amalan bida’ah tersebut dan dari aspek kepentingan sosialnya amat menyerlah amalan tersebut terutama kenduri arwah dan tahlil. Dengan yg demikian maka berterusanlah kejahilan berlaku dan bida’ah berlaku dalam masyarakat dalam berbagai hal, terutamanya semasa berlaku kematian, kelahiran anak, kenduri kahwin, amalan umrah dan haji dan sebagainya.

Masih lagi terpendam dalam pemikiran masyarakat, mereka mesti menjemput puak-puak pondok untuk sembahyang jenazah, berdoa dan membaca Al-Quran dengan anggapan mereka ini boleh dan dapat melepaskan dosa dan memberi pahala kepada simati. Anggapan membaca Al-Quran di kubur juga masih mahu di teruskan. Inilah kejahilan yg masih berlaku walaupun sudah lama kita Islam tetapi masih jahil dalam berbagai aspek tuntutan Islam.

Saya terus terpanggil untuk membuat sedikit kajian yg ringkas dalam amalan tersebut, membuat rujukkan dalam internet dan buku.

Sekali lagi kita akan dikejutkan dengan tulisan oleh ahli agama kita yg membenarkan sesuatu amalan yg kita anggap jahil dan bida’ah selama ini tetapi dibenarkan atau dianjurkan oleh sesetengah mereka ahli agama. Maka terpaksalah kita membuat kajian sendiri untuk menyakini pandangan kita.

Terdapat 3 isu dalam buku, ‘Pengurusan Jenazah’ oleh ustaz M.Khairi BA U.Azhar; yg disemak oleh Mufti Trengganu dan YDP Persatuan Ulama’ Malaysia; cetakan 2001; (1). muka surat 42, Hadis Rasulullah: “Bacalah surah Yaa Sin kepada orang yang (hampir) mati”. (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

(2). Dan di muka surat 49, ketika melawat jenazah dianjurkan, dengan menggunakan hadis yg sama diatas, dalam konteks lain pula, dengan dihilangkan (hampir); Hadis Rasulullah: “Bacalah surah Yaa Sin kepada orang yang mati”. (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah). (3). Di muka surat 50, dianjurkan membaca Fatihah dengan niat menghadiahkan pahalanya kepada simati.

Point/prinsip disini yg menjadi isu dan perlu diteliti :

1.      amalan ini merupakan ibadat.

2.      segala ibadat dan ritual agama mesti bersumbarkan ajaran Rasulullah, para sahabat dan tabiin.

3.      hadis yg digunakan hendak hadis sahih tidak dhaif atau hadis yg tidak boleh dibuat hukum darinya.

4.      jumhur ulama bersetuju, ulama ahli sunnah bersetuju dengannya.

Dalam satu buku yg lain; ‘Panduan mengurus jenazah’ oleh Drs.Syahrin Jasah di terbitkan oleh Al-Hidayah publishers, cetakan 2004; tidak pula menyebutkan mengenai amalan bacaan Yaa Sin ini.

Apa yg menjadi kerunsingan kita, kita akan berasa terasing atau tidak sopan jika kita melawat jenazah dimana disediakan banyak kitab Yaa Sin dan semua yg menziarahi terus mengambil satu dan membaca Yaa Sin, tetapi kita tidak berbuat demikian.

Stress atau kerunsingan mungkin boleh kita hadapi, tetapi melakukan perkara yg diharamkan dan perkara bida’ah; tentulah lebih berat lagi implikasinya kepada ruh dan jasmani kita.

Rujukan atau tulisan seterusnya  yg sempat saya nukilkan:

(Maaf kerana rujukkan yg tidak lengkap, yg berminat gunakan google search).

Ketika Melawat Orang Sakit

Adab-adab ketika melawat Orang Sakit.

1. Melawat orang yang sakit adalah fardu kifayah menurut kebanyakan ulama’.

Sabda Nabi saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. :-

حق المسلم على المسلم خمس : ردّ السلام وعيادة المريض واتباع الجنائز ، وإجابة الداعي وتشميت العاطس

“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin” [Hadith Riwayat Ahmad 2/540, al-Bukhari #1240, Muslim #2792 dan Abu Daud #5031].

Sabda Nabi saw lagi :-

أطعموا الجائع , وعودوا المريض , وفكوا العاني

“Berilah makan kepada mereka yang kelaparan, lawati orang sakit dan bebaskan tahanan”

Tidak ada dalil bahawa para sahabat membaca beramai-ramai surah Yasin kepada orang sakit yang sedang terlantar di hospital. Sebaik2nya adalah kita melawatnya dan mendo’akan keatasnya.

2. Beberapa tips menziarahi pesakit :-

a. Menziarahi pesakit mendatang banyakkan banyak kebaikkan. Sabda Nabi saw :-

إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ

“Apabila seorang Islam melawat saudaranya yang sakit, dia sebenar telah melabur buah-buahan syurga sehingga dia kembali” [Hadith Riwayat Muslim #2568].

Sebagaimana yang di syarahkan Imam Nawawi, melawat orang yang sakit tidak semestinya orang yang dikenali, akan tetapi kepada siapa sahaja yang sakit. Jika si-pesakit telah memesan agar jangan melawatnya, maka pada masa itu tidak digalakkan untuk melawatnya.

3. Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.
Ia kemungkinan akan membuat pesakit tidak merasa senang, melainkan dia sendiri menghendaki orang2 tertentu berada lebih lama lagi disitu.

4. Berdo’alah untuk pesakit agar dia sembuh.
Contoh do’a :-

أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ , وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي , لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا

“Ambillah penyakit Ya Tuhan manusia, sembuhkanlah, kerana engkau Maha Penyembuh, Tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhan engkau, tidak ada penyembuh melainkan penyembuhan engkau, penyembuhan engkau tidak meninggalkan kesan kepada penyakit” [Hadith Riwayat Muslim #2191].

5. Berilah kata2 semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.

Melawat muslim yang sakit:
“Siapa yang melawat orang sakit bererti dia duduk di taman-taman Syurga, jika dia hendak berdiri, maka ditugaskan tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya sampai malam hari” (HR. al-Hakim)

Kami mengesyaki kaifiyat baca Yassin ini direka oleh kaum zindik untuk menggalakkan manusia membaca Yaasin malam juma’at, ketika orang nazak, ketika mayat terbujur, ketika ziarah kubur dan ketika berdukun.

Asalnya perbuatan membaca Yasin beramai-ramai dengan suara keras itupun sudah bid’ah agama, maka jika ditambah dgn kaifiyat bacaan yang tidak sunnah, maka bertambahlah bid’ahnya.

(Dr Muhammad Musa Nasyr, al-Bahts wal istiqra’ fi Bida’il Qur:an/52)

1- Para ulama berbeza pendapat tentang hadith yang menyuruh dibacakan surah Yasin kepada orang yang sedang Nazak.

Maksudnya: “Bacakanlah kepada orang yang hampir mati dari kalangan kamu itu dengan surah Yasin.” (al-Syaukani menghasankan hadith ini di dalam al-Fath al-Rabbani. Manakala al-Nawawi melemahkannya di dalam al-Azkar, Ibn al-‘Arabi menukilkan dari al-Daraqutni bahawasanya hadith ini adalah lemah sanadnya dan majhul matannya, dan tidak ada yang sahih dalam bab ini satu hadithpun. Al-Albani juga melemahkan hadith ini di dalam Irwa’ al-Ghalil dan al-Silsilah al-Doiefah. Al-Zahabi pula di dalam Mizan al-I’tidal berkata (dalam sanadnya) ada Abu ‘Uthman yang tidak dikenali bapanya dan juga dia)

Namun terdapat athar dari sahabat Nabi saw yang meminta dibacakan surah Yasin kepadanya ketika hampir mati. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Sofwan kataya menceritakan kepadaku guru-guruku bahawasanya mereka menziarahi Ghudaif bin al-Haarith al-Thumali (seorang sahabat) ketika hamir mati berkata :

“Adakah dari kalangan kamu seseorang untuk membaca surah Yasin ? Maka Soleh bin Syuraih al-Sakuni membacanya, ketikamana sampai hingga ayat yang ke 40, beliau meninggal dunia. Dia berkata (Sofwan) adalah guru-guruku berkata : “Jika dibacakan (surah Yasin) di sisi mayat, ia meringankan (sakaratul maut). Berkata sofwan : dan Isa bin al-Mu’tamir kepada Ibn Ma’tad.”

Al-Hafidz Ibn Hajar di dalam al-Isobah berkata : Isnad hadith ini hasan. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah juga memilih pendapat ini, di dalam al-Ikhtiyaraat beliau berkata :

“Adapun membaca (Yaasin) selepas kematiannya (mayat) adalah bida’ah, berbeza dengan membacanya kepada orang yang hampir mati, kerana sesungguhnya ia disunatkan dengan Yasin.”

Sebahagian ulama berpendapat sunat membaca surah Yasin ini kepada orang yang hampir mati kerana ia mengandungi al-Tauhid, al-Mi’aad (janji) dan khabar gembira dengan syurga bagi sesiapa yang mati dalam tauhid. Iaitulah pada ayat (maksudnya) :

“Mudah-mudahan kaumku mengetahui, dengan pengampunan terhadapku oleh tuhanku.”

Maka ruh mendapat khabar gembira dengan ayat ini, dan ia memudahkan keluarnya dari jasad. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata :

“(Hadith “Bacalah Yaasin kepada orang yang hampir mati di kalangan kamu) hadith ini adalah hadith lemah, padanya ada sesuatu kelemahan. Tempat bacaaan (surah Yaasin) jika sahih hadith tersebut ialah untuk orang yang telah nazak, dibacakan padanya surah Yasin. Sebahagian ulama berkata : Padanya (surah Yaasin) ada faedah, iaitu memudahkan ruh keluar, kerana di dalamnya (surah Yaasin) Allah berfirman (maksudnya) : “Dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga, lalu dia berkata alangkah baik kaum aku mengetahuinya, dengan pengampunan tuhanku kepadaku dan Dia menjadikan aku dari kalangan orang-orang dimuliakan.” Maka surah Yasin dibaca kepada orang yang sakit hampir mati, jika sahih hadith ini. Adapun baca (surah Yasin) di kuburan maka tidak ada asal baginya.” (Fatawa Ibn Uthaimin 17/74)

http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=72201&dgn=4

Ustaz Abd Rasyid bin Idris di dalam risalah ringkas pengurusan jenazah beliau menyebut :  “Jika dibaca hendaklah seperti berikut :

i- Tidak mengganggu Talkin Syahadah

ii- Tidak dilakukan berjamaah

Imam Ahmad meriwayatkan dari Sofwan katanya :
Maksudnya : “Menceritakan kepadaku guru-guruku, bahawasanya mereka telah menziarahi Ghudaif bin al-Harith al-Thumali (seorang sahabat) ketika bersangatan nazaknya. Lalu dia berkata : “Apakah di kalangan kamu ada seseorang yang boleh bacakan surah Yasin ? Katanya : Maka Soleh bin Syuraih al-Sakuuni membacanya, apabila sampai 40 ayat, dia meningga dunia. Katanya : adalah guru-guruku berkata : Jika dibacakan (surah Yasin) di sisi mayat, diringankan kepadanya. Sofwan berkata : Isa bin al-Mu’tamir juga membaca surah Yasin kepada Ibn Ma’bad.”

Dari hadith ini menunjukkan jika hendak dibacapun surah yasin itu, hendaklah di baca oleh seorang bukan berkumpulan.

iii- Hendaklah dibaca dengan Tartil
Wallahu a’lam.

WASIAT IBN ‘UMAR(Radhiallahu ‘Anhuma)

Friday, 5 March, 2010

Ada beberapa ulama menyangka bahawa pernah diriwayatkan dari Ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhuma bahawasanya beliau berwasiat apabila beliau wafat (meninggal dunia) supaya dibacakan di atas kuburnya surah al-Fatihah dan beberapa ayat terakhir dari surah al-Baqarah.  Athar dari Ibn ‘Umar inilah antara yang dijadikan hujjah oleh mereka yang menghalalkan perbuatan menghadiahkan pahala bacaan al-Fatihah (al-Quran) atau bacaan bertahlil untuk arwah orang-orang yang telah mati.

Menurut penelitian para ulama hadis dan kalangan ulama Ahli sunnah wal Jamaah, ternyata athar dari Ibn ‘Umar ini adalah batil kerana bertentangan dengan amalan para sahabat radiallahu ‘anhum.  Athar ini juga didapati terlalu lemah dan syaaz (bertentangan dengan hadis sahih), maka athar ini tidak dapat diterima untuk dijadikan hujjah, menghalalkan amalan menghadiahkan pahala bacaan al-Quran untuk arwah dan bertahlil beramai-ramai untuk orang mati sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat Islam sejak sekian lama.

Riwayat ini juga tidak pernah diterima walaupun oleh seorang sahabat dan para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah sebagaimana keterangan di bawah ini:

“Dan apa yang telah diriwayatkan dari Ibn ‘Umar bahawasanya beliau mewasiatkan agar dibacakan al-Fatihah dan ayat-ayat terakhir dari surah al-Baqarah di atas kuburnya, maka itu adalah athar yang syaaz (tidak sahih) dan tidak sahih pula sanadnya.  Dan tidak pernah dipersetujui (diterima) walaupun oleh seorang sahabat.”[1]

Read the rest of this entry »

MENGHADIAHKAN PAHALA BACAAN KEPADA SI MATI

Friday, 5 March, 2010

Jika dipertimbangkan mengikut loginya akal, amalan membaca fatihah atau membaca ayat-ayat al-Quran kemudian menghadiahkan pahala bacaannya kepada si Mati (arwah), tentulah tidak ada salahnya, malah ia menggambarkan suatu perbuatan yang baik, bagus dan mulia.  Begitu juga dengan membaca al-Quran dengan mengadakan kenduri arwah, tahlilan atau yasinan beramai-ramai atau berseorangan, sama ada yang dikhususkan di malam-malam tertentu, di hari-hari tertentu, di bulan-bulan tertentu atau di tempat-tempat tertentu seperti di atas kubur dan sebagainya, pastinya sekali pandang perbuatan ini adalah baik, malah menggambarkan pekerjaan terpuji kerana antara tujuannya ialah untuk menghapuskan dosa seseorang (roh orang mati) di samping mengirim pahala yang dibaca oleh orang yang ramai kepada si mati untuk mengurangkan penderitaannya. Namun, apabila dikembalikan kepada syara ia adalah perbuatan bid’ah yang mungkar.

Ada antara mereka (terutama pengemar kenduri arwah, yasinan, tahlilan dan selamatan) berhujjahkan hadis berikut untuk membolehkan membaca surah Yasin sama ada untuk menghapuskan dosa si Mati atau mengirim pahala bacaan tersebut kepada si Mati:

“Barangsiapa yang menziarahi kubur orang tuanya atau salah seorang dari keduanya pada hari Jumaat, kemudian membacakan surah Yasin, maka akan diampunkan dosanya”.

Read the rest of this entry »

HUKUM MENDOAKAN ORANG MATI

Friday, 5 March, 2010

Apa yang terdapat di dalam al-Quran, al-Hadis, contoh yang boleh diambil dari perbuatan para sahabat dan amalan para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang berpegang dengan manhaj salaf hanyalah amalan berupa doa.  Sememangnya doa orang-orang beriman diterima oleh Allah dan akan sampai kepada orang yang telah mati jika si Mati itu beriman.  Namun berdoa yang dimaksudkan bukanlah dengan cara mentahlilkan, meyasinkan dan membacakan al-Quran beramai-ramai untuk si Mati sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang awam (orang-orang jahil) dan para pembuat bida’ah.

Mendoakan si Mati adalah sunnah hukumnya dan dibolehkan apabila mencontohi sunnah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat baginda atau amalan orang-orang Salaf as-Soleh.  Kemudian terserah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk diterima atau ditolak.  Penjelasan ini adalah bersandarkan kepada ayat-ayat di bawah ini:

“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka itu akan berkata: Wahai Tuhan kami!  Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman sebelum kami”.

Read the rest of this entry »

KENDURI ARWAH, TAHLIL & YAASIN MENURUT ULAMA SYAFIE

Friday, 5 March, 2010

Mungkin ramai dari kalangan pengikut mazhab Syafie tidak menyedari bahawa bertahlil dengan cara berkumpul beramai-ramai, membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan mengadakan hidangan makanan di rumah si Mati  atau keluarga si Mati bukan sahaja Imam Syafie yang menghukum haram dan bida’ah, malah ramai para ulama mazhab Syafie turut berpendirian seperti Imam Syafie.  Adapun antara meraka yang mengharamkan kenduri arwah, yasinan, tahlilan dan selamatan ialah Imam Nawawi, Ibn Hajar al-Asqalani, Imam Ibn Kathir, Imam ar-Ramli dan ramai lagi para ulama muktabar dari kalangan yang bermazhab Syafie, sebagaimana beberapa fatwa tentang pengharaman tersebut dari mereka dan Imam Syafie rahimahullah:

Read the rest of this entry »

KENDURI ARWAH

Friday, 5 March, 2010

Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si Mati.  Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si Mati.  Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa terdapat banyak fatwa-fatwa dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazhab Syafie telah mengharamkan dan membid’ahkan perbuatan atau amalan yang menjadi tajuk perbincangan dalam tulisan ini.

SURAH YAASIN: Bukan Untuk Orang Mati!

Katagori : Kajian Quran & Hadist
Oleh : Redaksi 07 Jun 2004 – 2:40 am
Yaasin. Demi Al-Qur’an yang penuh hikmah. (QS. 36: 1–2)
Surah Yaasin terletak dalam urutan ke-36 dari surah-surah dalam mushaf al-Qur’an. Surat yang terdiri dari 83 ayat ini termasuk Surah Makkiyah (diturunkan sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah) dan diturunkan setelah surah al-Jin (Surah ke 72).

Pokok-pokok isi surah Yaasin secara global menggambarkan penegasan bahwa al-Qur’an mengandung banyak hikmah; bukti-bukti adanya hari berbangkit; kekuasaan dan rahmat Allah; surga yang dijanjikan untuk orang-orang beriman; fenomena alam dan luar angkasa; kesaksian anggota tubuh manusia di hari kiamat; dan sistem penciptaan alam atau makhluk serta peredaran planet-planet pada orbitnya yang telah ditetapkan Allah.

Antara Ritual dan ‘Ubudiyah

Dilihat dari tradisi umat Islam Asia Tenggara, khususnya di Indonesia, surah Yaasin termasuk yang paling sering dibaca dan dihafal, terutama pada upacara-upacara keagamaan seperti kematian, ziarah kubur, haul dan tahlilan malam Jum’at upacara lain yang tidak ada contohnya dari Nabi. Ini menandakan surah ini sudah demikian akrab dengan keseharian umat Islam di negeri ini.

Kajian ini diharapkan dapat membuka wawasan dan cakrawala kita untuk mengetahui secara mendalam tentang makna dan kandungan surah Yaasin. Dengan demikian, surah ini tidak hanya sekedar menjadi bahan qira’ah lisaniyyah (bacan lisan) tetapi juga qira’ah qalbiyyah (bacaan hati; penghayatan) dan qira’ah amaliyyah (bacaan perbuatan). Artinya, surah ini, sebagaimana juga surah-surah yang lain, bukan cuma sekedar untuk dibaca, melainkan harus difahami dihayati kandungannya serta diamalkan pesan-pesannya agar bisa betul-betul menjadi jiwa dan semangat para pembacanya dan bukan hanya untuk kebutuhan ritual religius belaka, apa lagi diperuntukan bagi orang yang sudah meninggal. Ini salah kaprah namanya.

Ritual artinya serangkaian upacara atau seremoni yang dihubungkan dengan adat istiadat dan budaya masyarakat setempat. Di Aceh, misalnya, surah Yaasin dibaca ketika terjadi kehilangan barang (pencurian), kunjungan pada orang sakit, tahilan dalam rangkaian kematian seseorang, upacara kenduri awal atau akhir tahun dan ziarah kubur.

Fenomena ini, sebenarnya, tidak hanya terdapat di kalangan masyarakat Aceh tetapi juga di hampir seluruh pelosok Indonesia; bahkan semananjung Malaysia dan Brunei Darussalam. Tradisi ini kemudian mendapat legalitas dari para ulama setempat sehingga masyarakat begitu antusias mengamalkannya.

Adapun yang dimaksud dengan ‘ubudiyah ialah pengamalan ajaran agama berdasarkan tuntunan atau sunnah Rasulullah SAW. Setiap amalan yang didasarkan pada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah, maka amalan tersebut termasuk ibadah. Karena amalan itu bernilai, maka setiap pelakunya pun akan mendapat pahala dari Allah. Jadi, bacaan Yaasin dalam kategori memang ini bukan hanya sekedar bacaan biasa tetapi memiliki nilai pahala bagi pembacanya dan ampunan bagi pendengarnya.

Tapi hal itu tidak berhubungan langsung dengan ritual dan upacara bid’ah di atas, karena membaca al-Qur’an, termasuk Yaasin, dapat dilakukan dimana saja, kecuali ditempat-tempat-tempat yang dilarang, seperti di kuburan atau di tempat kotor. Berkenan dengan itu Rasulullah bersabda, “Bacalah surah al-Baqarah di rumah-rumahmu dan jangan jadikan rumah-rumahmu sebagai kuburan (HR. Muslim).

Hadits tersebut menunjukkan bahwa al-Qur’an layak dibaca di rumah-rumah atau di masjid-masjid. Rumah yang tidak pernah dibacakan al-Qur’an di dalamnya sama seperti kuburan. Ini berarti juga, kuburan tidak boleh dijadikan tempat khusus untuk membaca al-Qur’an. Itulah perbedaan antara rumah yang dihuni oleh manusia hidup dengan kuburan. Maka, sangat aneh kalau ada orang yang melakukan shalat dan membaca al-Qur’an di kuburan.

Selama ini, yang membaca surah Yaasin di tempat kematian dan di kuburan mendasarkan alasan mereka pada hadits-hadits berikut ini:

1. Iqra’û ‘alâ mawtâkum Yâsîn ; artinya bacalah surah Yaasin kepada orang-orang yang (hampir) meninggal dunia diantaramu.

Hadits ini dinilai sebagai hadits dha’if (lemah) oleh para ulama hadits. Kelemahannya disebabkan sanadnya tidak dikenal (majhul) dan cacat. Karena itu hadits ini tidak dapat dijadikan dasar hukum. Dan kata mawtâkum dalam hadits tersebut tidak berarti “orang yang telah mati” saja, melainkan “orang yang hampir mati atau sakarat.” Mayoritas ulama berpendapat bahwa membaca al-Qur’an, dzikir, tahlil, tasbih, dan seumpamanya tidak sampai pahalanya kepada si mayit. Demikian juga, Imam asy-Syafi’I berpendapat bahwa membaca al-Qur’an untuk si mayit baik dengan cara memberi upah atau tanpa upah, pahalanya tidak sampai kepada si mayit.

2. Man zâra qabra wâlidaihi aw ahadhumâ yawma jumu’ati faqara’â Yâsîn ghufira lahu artinya barangsiapa yang berziarah ke kuburan kedua orang tuanya atau salah satunya pada hari Jum’at, lalu ia membaca surah Yaasin, maka diampuni dosanya.

Menanggapi hadits ini, ulama hadits mengatakan bahwa hadits tersebut batil, tidak mempunyai sumber dari hadits yang sah atau terpercaya. Karena salah seorang perawinya yang bernama Amar bin Ziyad adalah pencuri hadits atau gemar memalsukan hadits. Menurut Imam as-Suyuthi (ulama hadits), dalam sanad hadits itu terdapat Abdul Karim, Yahya al-Ala’ dan Muhammad bin an-Nu’man. Ketiganya tidak dikenal di kalangan sanad hadits. Oleh sebab itu, hadits tersebut sangat lemah dan tidak dapat dijadikan pedoman. Selanjutnya, Nashiruddin al-Bani menegaskan bahwa membaca al-Qur’an di kuburan adalah bid’ah. Demikian juga hadits-hadits yang senada telah dinilai lemah oleh para ahli hadits.

Di samping itu, dalam Islam tidak dikenal sistem ‘transfer’ pahala atau dosa kepada orang lain. Karena al-Qur’an telah menetapkan bahwa dosa seseorang tidak dapat ditanggung oleh orang lain dan seseorang akan memperoleh hasil pekerjaan atau amalnya sendiri (an-Najm : 38-39; al-Muzzammil: 20).

Al-Qur’an sebagai Sumber Hikmah

Ayat pertama surah ini dimulai dengan dua huruf yaitu huruf Ya’ dan Sin yang digabung menjadi Yaasin. Kedua huruf ini oleh para mufassir biasanya tidak diterjemahkan karena keduanya berdiri sendiri, tidak merupakan satu kata yang mengandung pengertian tertentu. Hampir semua mufassir menyerahkan maksud huruf-huruf ini kepada Allah, dalam istilah mereka: Allahu a’lamu bimuradih (Allahlah yang lebih mengetahui maksudnya). Ungkapan ini menunjukkan kepasrahan mereka kepada Allah untuk menunjukkan keterbatasan ilmu mereka sebagai manusia dalam memahami maksud huruf-huruf tersebut.

Namun, sebagaian mufassir ada yang juga mencoba memahami maksud yang tersirat dalam huruf-huruf tersebut. Menurut mereka kedua huruf itu mengandung makna tanbih, yaitu sebagai penggugah untuk menarik perhatian manusia tentang apa yang diterangkan setelah kedua huruf itu. Ayat-ayat tersebut lebih penting untuk diketahui, baik dari segi ilmu, wawasan, hukum maupun hikmahnya. Di samping itu, dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa Ibnu Abbas, seorang pakar tafsir dari kalangan Sahabat mengatakan bahwa yang dimaksud dengan Yaasin ialah Ya insan (hai manusia).

Dalam ayat kedua, Allah bersumpah dengan al-Qur’an yang penuh hikmah. Kata ‘al-Qur’an yang disandingkan dengan al-Hakim dalam ayat tersebut menegaskan bahwa al-Qur’an mengandung banyak hikmah bagi manusia untuk menjalani kehidupannya. Itulah sebabnya, sangat aneh kalau surah ini justru diperuntukkan bagi orang mati.

Hikmah artinya pengetahuan yang luas dan rinci tentang segala sesuatu. Hikmah juga berarti kebaikan yang banyak. Jadi, barangsiapa yang memperoleh hikmah berarti ia telah mendapat kebaikan yang banyak.

Hikmah diberikan Allah kepada orang-orang tertentu dari para hamba-Nya sesuai dengan kehendak-Nya. Orang yang jiwa dan hatinya bersih dalam menerima dan mengamalkan al-Qur’an akan memperoleh hikmah ini. Hikmah yang diperoleh seseorang dari al-Qur’an adalah pancaran Nur Ilahi dan termasuk bagian dari ilmu Allah. Orang yang sudah memiliki hikmah ini akan mampu menangkap isyarat-isyarat kebesaran Allah di alam ini. Dengan demikian ia tetap berada pada jalan yang diridhai-Nya, yaitu jalan yang benar dan lurus (shirath al-mustaqim). Inilah yang akan dijelaskan pada ayat berikutnya. Wallahu ‘alam bishawab. T.H. Thalhas/ Hasan Basri/Hidayatullah

April 25, 2010 Posted by | Bida'ah, Yassin | Leave a comment

   

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.