Doc Azman51's Weblog

Lifelong Education

# Manusia Yang Cerdik

Biasanya orang yang memiliki ijazah adalah orang yang cerdik, tetapi tidak semestinya orang yang tidak memiliki ijazah itu tidak cerdik. Kemahiran hidup dalam menguruskan kehidupan dan sifat ingin belajar dan bertanya akhirnya membawa dia menjadi seorang yang cerdik dan berjaya. Sebaliknya orang yang menyangka dirinya pandai dan berlagak cerdik meskipun dia sebenarnya adalah sebaliknya tidak akan membawa kepada kejayaan. Orang yang rajin berusaha mencari ilmu dan tidak membazir masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah, seperti melihat  rangkaian TV yang tidak berfaedah dan CD movie yg melarokan tidak akan meningkatkan mindanya. Lebih teruk sekali kalau masih lagi melihat cerita-cerita kartun dalam siaran astro. Sepatutnya siaran TV astro itu hendaklah dinilai, dimana ia boleh mencerahkan fikiran dan minda.

Dari kacamata Islam pula, orang yang selalu mengingati akan mati adalah orang yg cerdik. Jiwa seorang yang banyak mengingati mati itu akan melahirkan manusia yang berdisiplin tinggi, berakhlak mulia, berani menghadapi cabaran, kerana dia tidak takut selain kepada Allah Taala.

Juga orang yang beriman itu lebih cerdik dari orang yang tidak beriman. Orang yang beriman dianggap cerdik oleh Islam kerana mereka mengetahui tentang Allah yang Maha Esa, mengetahui rahsia disebalik alam barzakh dan seterusnya mengetahui alam akhirat.

Orang yang mengingati mati akan sentiasa berusaha menambahkan ilmu terutamanya tentang ilmu yang berhubung dengan Allah Taala, kerana asas kepada keimanan ialah ilmu. Sebab itulah Allah Taala berjanji akan mengangkat darjat orang yang berilmu sebagaimana firman-Nya.

Surah al-Mujadilah ayat 11. ”… supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan”.

Orang paling cerdik diatas duniaialah Nabi Muhammad saw. Orang yang cerdik pula ialah seperti apa yang Nabi saw kata dalam hadisnya;  ‘Orang yang cerdik ialah orang yang menguasai dirinya, mengurus, mentadbir dirinya dengan agama. Dia membuat kerja untuk kepentingannya selepas mati’. Inilah definasi orang cerdik mengikut Islam, kalau tidak mengikut definasi ini, orang itu sebenarnya bodoh, walaupun dia ada PhD, professor atau tinggi IQ-nya.

Kita diminta semua hendaklah mencerdikkan diri kita dengan hadis ini. Dalam apa kerja yang kita buat iaitu apa sahaja rezeki yang dicari hendaklah dibuat untuk dunia dan akhirat dan supaya ianya diiktiraf mengikut peraturan Islam. Kalau tidak mengikuti peraturan, harta yang dimiliki atau rezeki yang diperolehi hanya laku di dunia sahaja tidak sampai ke akhirat. Ini tidak cerdik namanya, di akhirat nanti kita tidak boleh tumpang. Dalam bab rezeki, semasa hidup ini kita carilah rezeki; ilmu itu rezeki, pemikiran itu rezeki, kesihatan, harta-benda, cerdik juga rezeki, tetapi hendaklah di akhirat nanti pun boleh ditumpang. Dunia ini hanya 1% sahaja, selebihnya 99 % duduk/didapati di akhirat. Orang yang cerdik itu orang yang boleh menguasa dirinya dengan agama, dan juga menguatkuasakan agama dalam kehidupannya, dalam semua hal, politik, ekonomi, sosial, sebagainya dan dia membuat kerja dengan tujuan untuk ditumpang selepas ia mati. Amat penting keputusan selepas mati, di dunia segala perbuatan bertepatan dengan kehendak Islam, kalau perbuatan tidak kena dengan Islam hangus semua sekali.

March 28, 2012 Posted by | Amalan, harta rohani, Ilmu, Mengaji | Leave a comment

* Ilmu perlu ditambah

Ilmu perlu ditambah sebab Allah swt sendiri suruh kita menambah ilmu

020. Thaahaa 114. maka Maha Tinggilah Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang benar (pada segala-galanya). dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku“.

Jadi menambah ilmu ni adalah satu perintah Allah swt juga. Jangan hanya berilmu apa yang dipelajari di zaman Jepun, tidak ditambah ilmunya.

‘Ya! Allah tambahkanlah kepada aku ilmu’; kalau boleh, tiap-tiap hari kita berdoa. Sebab dengan bertambahnya ilmu maka meningkatlah hubungan kita dan perkenalan kita dengan Allah swt. Kalau bertambah ilmu maka bertambahlah pengetahuan kita dengan perkara-perkara yang lain. Dengan lain perkataan, dengan bertambah ilmu maka bertambahlah kekayaan kita.

Dengan bertambahnya ilmu bertambahlah kekayaan kita dalam 3 perkara:

1. Kekayaan harta benda

2.Kekayaan harta intelek, harta ilmu.

3. Kekayaan harta rohani.

May 23, 2011 Posted by | Al-Quran, harta rohani, Ilmu, Mengaji | Leave a comment

* Contoh Doa yang baik

Ya Allah ya Tuhan kami, kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah subhanahu wata’ala dengan kesyukuran yang tidak terhingga banyaknya diatas limpahan nikmat-Nya dan rahmat-Nya kepada kami semua khususnya nikmat Islam yang kami miliki ini.

Ya Allah ya Tuhan kami ampunilah dosa dan maafkanlah kesilapan kami lahir dan batin. Ya Allah ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu-bapa kami dosa keluarga kami dosa masyarakat kami dosa seluruh ummat Islam yang telah mati dan yang masih hidup dan ummat Islam yang akan datang hingga hari kiamat. Ya Allah sesungguhnya keampunan Mu dan kemaafan Mu lebih luas lebih besar daripada kesalahan kami. Ya Allah Engkau lah Tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun, ampunkanlah dosa kami dan dosa yang dilakukan oleh kami dan mereka itu.

Ya Allah ya Tuhan kami pohon apa yang pernah dipohon oleh Nabi kami Muhammad saw. Ya Allah kami minta perlindungan apa yang pernah diminta perlindungan oleh Nabi kami Muhammad saw. Ya Allah berikan kami kekuatan taufik dan hidayah supaya dapat kami beramal dengan apa yang telah kami pelajari. Tambahkan pada kami ilmu, iman dan amal. Hidupkan kami dengan Islam dan matikan kami dengan Islam. Hidupkan kami dengan Al-Quran dan matikan kami ini dengan Al-Quran. Ya Allah berikan kami kekuatan supaya dapat kami membaca Al-Quran siang dan malam di sepanjang hayat kami sehingga kami bertemu dengan Engkau yarhamarrohimin.

Ya Allah berikan kami kekuatan supaya kami dapat meneruskan perjuangan Nabi kami Muhammad saw di zaman tidak ada Nabi dan Rasul ini dan supaya dapat kami bersyukur dan menunaikan amanah Islam ini. Ya Allah perlihatkanlah yang benar itu benar supaya dapat kami mengikutinya dan perlihatkan yang salah itu salah supaya dapat kami menjauhinya. Ya Allah ya Tuhan kami bersihkanlah hati kami pemikiran kami dan kehidupan kami daripada jenis syirik, kufur, nifak, zalim dan sifat-sifat yang keji. Tumbuhkan di hati kami sifat-sifat yang terpuji. Ya Allah jadikan hati kami ini hati yang menyukai apa yang disukai oleh Engkau dan membenci apa yang di benci oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami sebagaimana Engkau mengenali kami jadikanlah hati kami ini mengenali Engkau lebih dari segala-galanya. Ya Allah sebagaimana Engkau sentiasa dekat dengan kami jadikanlah hati kami ini sentiasa mendekati Engkau dimana saja kami berada. Ya Allah sebagaimana Engkau sentiasa mengingati kami jadikanlah hati kami sentiasa mengingati Engkau dimana saja kami berada. Ya Allah ya Tuhan kami sebagaimana Engkau menyayangi kami jadikanlah hati kami ini sentiasa menyayangi Engkau, mencintai Engkau lebih daripada segala-segalanya.

Ya Allah sebagaimana Engkau sentiasa berbuat baik kepada kami jadikanlah kami ini hamba-Mu yang sentiasa berbuat baik dengan seikhlas-ikhlasnya yang Engkau kehendaki. Ya Allah sebagaimana Engkau dekat dengan kami jadikanlah kami dekat dengan Engkau dimana saja kami berada. Ya Allah sebagaimana Engkau melihat, mendengar dan memerhatikan kami jadikanlah kami ini hamba-Mu yang sentiasa sedar akan penglihatan Engkau dan perhatian Engkau terhadap kami dan sentiasa bertakwa dalam penghidupan kami. Ya Allah sebagaimana Engkau sentiasa bersama dengan kami jadikanlah kami ini hamba-Mu yang sentiasa sedar akan kehadiran Engkau dalam penghidupan kami.

Ya Allah sebagaimana Engkau bersikap pemuruh terhadap kami jadikanlah kami ini hambaMu yang pemurah sebagaimana yang Engkau kehendaki. Ya Allah ya Tuhan kami sebagaimana Engkau sentiasa menyeru kami maka jadikanlah kami ini menyeru Engkau dan memohon pertolongan daripada Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami berikanlah kami ilmu yang bermanfaat, iman yang mendalam, rezeki yang halal, anak yang soleh, keturunan yang baik, perniagaan yang berjaya dan penghidupan yang penuh berkat.

Ya Allah ya Tuhan kami, jika tertulis suatu takdir yang tidak baik keatas kami, kami memohon supaya Engkau menukar takdir itu dengan suatu takdir yang baik kepada kami.

Ya Allah ya Tuhan kami Engkau saja yang mengetahui berapa lama lagi kami akan berada di dunia ini. Ya Allah jangan Engkau keluarkan kami ini dari dunia ini sehingga kami telah bersiap dengan sesiapnya, sehingga kami berjaya menunaikan tanggungjawab kami sebagai hamba Engkau dan khalifah Engkau di bumi ini. Ya Allah ya Tuhan kami selamatkan kami di dunia ini dan selamatkan kami di akhirat nanti.

Ya Allah berikan kami kekuatan kepada kami supaya dapat kami mengatasi angkara jahat musuh-musuh kami dari nafsu, syaitan, dunia dan manusia. Hidupkanlah kami dengan Islam dan matikanlah kami ini dengan Islam. Selamatkan iman kami daripada segala gangguan syaitan, semasa kami menghembuskan nafas yang terakhir. Akhirilah hayat kami ini ya Allah, dengan hosni khotimah dan dengan kalimah, la’ilah haillulah Muhammadul Rasulullah. Selamatkanlah kami semasa kami berada di dalam kubur. Jadikanlah kubur kami itu salah-satu taman dari taman-taman syurga. Dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami supaya kami dapat menjawab semua soalan Mungkar dan Nangkir. Ya Allah selamatkan  kami semasa dunia ini dihancurkan. Ya Allah selamatkan kami semasa kami dibangkitkan semasa menuju Mashyar, selamatkan kami semasa kami berada di Padang Mashyar. Naungilah kami ini dengan naungan Al-Quran, naungan sedekah-sedekah kami, naungan Arash Engkau. Ampunilah dosa kami dan maafkanlah segala kesilapan kami dan segala kelemahan diri kami semasa kami dihisap di mahkamah Engkau. Hisabkanlah kami ini dengan hisap yang sedikit dan ringan. Berikanlah kami peluang untuk bertemu dengan Nabi kami Nabi Muhammad saw dan memperolehi syafaatnya.

Ya Allah jadikanlah kami ini hamba-Mu yang berjaya di dunia ini, berjaya di akhirat nanti, berjaya menerima keputusan amalan kami dengan tangan kanan dan berjaya minum minuman di kolam Nabi kami Nabi Muhammad saw. Ya Allah selamatkan kami semasa kami melalui Titian Siraat yang amat menakutkan kami, selamatkan kami dari neraka dan sebab-sebab yang membawa kami ke neraka. Ya Allah masukkan kami ini kedalam syurga Engkau dengan keampunan Engkau dan rahmat Engkau. Berikanlah kami peluang supaya dapat bertemu dengan Engkau dan melihat wajah Engkau serta mencapai keredaan Engkau sebagaimana yang Engkau janjikan kepada kami. La’haw lawala kuwata illa billah hil alil lil azim.

Ya Allah perkenankan segala permohonan kami, mustajabkanlah doa kami, selesaikanlah segala masalah kami, bayarkanlah segala hutang kami, sembuhkanlah segala penyakit kami, kuatkanlah segala kelemahan kami, sempurnakan segala kekurangan kami, tunaikan hajat-hajat kami, berkatilah anak cucu kami, jayakanlah usaha dan perniagaan kami, satukanlah hati-hati kami, menangkanlah perjuangan kami dengan berkat Nabi kami Nabi Muhammad saw, dengan keramat Al-Quran al-kareem dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

Rabbana atina fitdunya hassanah….. azar bannar. Wassalallah … Saidina Muhammad …..waala alihi … ajmain, walhamdullilah hirabillalamin. Wassalam mualaikum warahmattulah hitaala … wabarokatuh.

Rujukan : Doa Ust YB Muhammad Mustafa selepas kuliah tafsir

August 15, 2010 Posted by | Amalan, Doa, harta rohani | 1 Comment

* Senarai semak Ramadhan

ChecklistlRamadhan

Buletin Badan Kebajikan Kenali, Kota Bharu (Pendaftaran 1458-08-KEL)

Keluaran khas Ihya’ Ramadhan 1431 Hijrah Tahun 2010  – (sila sebarkan)

Senarai semak ini mengandungi panduan untuk meransang dalam menghasilkan matlamat bulan Ramadhan dengan persediaan ilmu, kefahaman rohani, amalan dan jadual aktiviti yang diperlakukan di setiap hari, insyaAllah. Penambahbaikkan dibuat dengan bermuhasabah diri sendiri dengan berbekalkan ilmu dan bermotivasi melatih diri mentaati Allah swt bagi mencapai takwa, kesihatan rohani dan jasmani dan mendapat keampunan daripada Allah swt, insyaAllah. Berlumba-lumbalah dalam kebajikan dengan niat yang ikhlas mencari keredhaannya. Berdoalah kepada Allah swt supaya kita dapat melaksanakan amalan-amalan ini. La hau la wala wala kau wata illah billah hil ali lil azim.

Mendermalah dengan wang sedekah dan zakat untuk aktiviti Ramadhan ke akaun Maybank Islamic no akaun 5531 0440 9376. Ganjaran pahalanya 70x kebajikan.

Pencapaian harian diberi markah: “ kurang baik 1  -2 – 3 – 4 -  5  terbaik”, ditanda dalam jadual.  “0= tidak dilakukan ”
Persediaan awal, wajib belajar – silibus maklumat ilmu bab Ramadhan; Al-Quran, hadis dan lain-lainnya. Hari
1 2 3 4 5 6 7 8 9 - - 30
  • mengapa gembira menyambutnya?
  • matlamat berpuasa – tahap puasa – puasa orang biasa, soleh, muq’qarabin
  • peribadi ikhlas, jujur, amanah, tawadhuk, dermawan, adil, sabar, syukur, takwa
  • cinta & takut kepada Allah & cintakan Rasulullah
  • penjagaan anggota yg berpuasa; mata, mulut, telinga, perut & shahwat
  • aspek penjagaan rohani, akhlak, emosi, nafsu
  • bayaran berganda oleh Allah swt- sebagainya
Menuntut ilmu -membaca, mendengar, sebarkan

  • (jadual harian)
Sedekah –(amalan2 Rasulullah saw bln Ramadhan)

  • tabung sedekah keluarga, tabung Palestine
  • anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin
  • zakat dikeluarkan
  • sedekah & zakat kpd persatuan2 kebajikan
Memberi makan

  • fakir miskin
  • sumbangan berbuka puasa ke masjid & surau
  • silatulrahim -menghantar makanan kpd jiran
  • menjamu di rumah, di masjid
  • amalan2 sahabat di bulan Ramadhan

ü  mendahulukan orang lain makan, tunggu tetamu hingga kenyang

ü  bersama orang fakir / berasa insaf diri

Mengerjakan kebajikan

  • ziarah – orang sakit & membawa buah tangan
  • silatulrahim keluarga & membantu mereka
  • berlumba membuat berbagai kebajikan
Rancang membaca & khatam Quran – berapa juzuk /sehari?

  • terjemahan, tafsir
  • taddarus
Sembahyang berjemaah 5 waktu lengkap
Sembahyang sunat:

  • solat sunat rawatib
  • solat sunat hajat, taubat, tasbih
  • solat sunat wuduk, dhuha
  • solat tarawih, witir, tahajjud – tercapai setiap hari
Amalan doa, istighfar & zikir : diperuntukkan masa

  • doa-doa al-Ma’thurat, selawat
  • zikir-zikir, tahmid mencapai target
  • istighfar – jumlah target ?
Muhasabah diri –melihat & memproses hati setiap hari

  • memikirkan kebaikan yg dibuat hari ini & kekurangan, penambahbaikan
  • perancangan hari esok, kebaikan yg akan dikerjakan
  • ingat akan mati, melawat kubur
Aktiviti masyarakat – amar maaruf nahi mungkar

  • berdakwah membela Islam – mengajar, menegur, sebar
  • cara sikit atau cara besar- berkerjasama dengan NGO
  • lawatan silatulrahim,“sebarkan salam”, ukhuwah
  • melawat pesakit hospital
  • bersih kubur, masjid, etc bersama NGO lain
Menjaga anggota badan dan hati:

  • Mulut: dari cakap huduh, mencaci, banyak berbicara sia2
  • Mata: melihat benda haram, tiada faedah
  • Telinga: mendengar perkara tiada faedah
  • Kaki & tangan: berjalan, mengguna tangan dalam perbuatan sia-sia.
  • Hati: jahat, busuk, buruk sangka, dendam
Bertakwa dalam latihan intensif rohani, menjaga amalan hati, nafsu & akhlak

  • hati – ujub, riak, tamak, ungkit kebaikan
  • niat ikhlas beribadat, bebas daripada riak & ujub
  • ego, menyehor, menunjuk, suma’ah
  • mementingkan diri sendiri termasuk dalam perkara ibadat
  • menyakiti orang, hasad dengki, takabur & sombong
  • hilang kesabaran, ponggoh, bengkeng, dendam
  • tidak boleh menerima teguran
  • terdidik/kalah dengan nafsu/ perangai yg perlu dibaiki
Amalan I’tikaf di masjid
Qiamullail – mengisi dengan qiam di akhir 10 hari Ramadhan
Perkara yg tidak baik – boleh di baiki:

  • banyak makan, memuaskan nafsu makan
  • bercakap banyak & sia-sia, berjenaka
  • menonton permainan eg.bola dan lain2 yg tidak berfaedah
  • berbual kosong, sembang kosong
Masa yg dibazirkan:

  • menonton TV, filem, video – yang tidak berfaedah
  • lebih tidur
  • membaca surat khabar & berita tidak berfaedah
  • budaya laro
Disiplin makan – kurang gula dan juadah, ++ air biasa.

  • kurang bahan awet, preservative, ajinomoto etc
  • kualiti makanan seimbang
  • berbuka ala-kadar di masjid – berjemaah magrib
  • bersahur memberi berkat
  • budaya lepak & colek lepas tarawih
  • merancang – berat badan, ada target ? kg turun
Aktiviti halal pun dijaga tidak berlebihan dari biasa

  • Makan – jenis & jumlah hidangan – lauk dan kuih2
  • Tidur
Meninggalkan dosa & maksiat

  • Merokok, tidak menutup aurat
  • Dosa mata dan anggota2 lain
  • Mengumpat, Mencela, Berbohong

Rumusan Pencapaian di akhir madrasah Ramadhan dijumlahkan: Cemerlang/  Baik /  Kurang baik/  Lemah / Gagal

Kualiti Objektif – Petunjuk Prestasi Utama (KPI) boleh dibuat bagi mengukur prestasi aktiviti kerja sendirian, penyampaian khidmat kepada masyarakat dan keberkesanannya dengan memilih petunjuk utama. Contoh: bacaan quran – 2 x khatam,  rokok dan menonton filem di TV diberhentikan, solat jemaah tidak tinggal, berat badan turun 10 kg,  dan sebagainya.

August 10, 2010 Posted by | Amalan, harta rohani, Ilmu, pahala | Leave a comment

* Ramadhan – Pahala Berganda

*Ramadhan – Pahala Berganda

People in management use to talk about work smart but there is another dimension that you can apply in life. Work smart for akhirat; in this month of Ramadan you can work smart to gain the night of Lailatul Qadar. The one night of ibadat which is equivalent to 84 years of ibadat. This is a real bonus/pahala berganda-ganda that one should be seeking for. Ini untuk kita-kita (termasuklah saya) yang kurang rajin beramal ibadat untuk mencari pahala yg berganda hanya dengan amalan yang singkat atau menggunakan modal yg kecil. A small deed but with big rewards such as sembahyang berjemaah, you get 27 times pahala compare if you pray alone. The same thing goes for praying in the mosque to be in the first saf. It has been said if people know the reward to be in the first saf, they will take part in a ballot to get it.

I just recollected vividly something that happened a very long time ago (more than 15 years) of a conversation I had with Dr.N.Howk (my classmate in mckk ’69) in Masjid Al-Haram in Mekah Mukaramah. It was about pahala berganda. He was deciding for how long should he go to Medinah. His calculation was that every prayer in masjid Al-Haram he would get 100,000 rewards, while in Madinah Munawarah he would be getting only 1,000 rewards. Very calculative of him, are you still the same?

Another pahala berganda: Makmum bersegera bertakbiratul ihram selepas takbir imamnya untuk mendapat fadhilat takbiratul ihram. Ada kitab yg meriwayatkan seorang sahabat telah dirompak 400 ekor unta & 40 puluh orang hambanya. Beliau telah ditanya oleh Rasulullah SAW apa yg mendukacitakannya. Rasulullah SAW telah memberi tahu luput bertakbiratul ihram bersama imam kerana urusan dunia adalah lebih besar kerugiannya dari kehilangan semua hartanya itu. Saya juga menasihati diri saya juga untuk beramal dan mencari keredaanNya. Doakan saya dalam doa mu. Wallah wualam.

June 16, 2010 Posted by | harta rohani, pahala | Leave a comment

* Anak yang Soleh

Nabi saw berkata; ”Apabila seorang anak Adam itu mati maka putuslah amalan dia kecuali tiga perkara; ilmu yang memberi manfaat, anak yang soleh dan sedekah jariah”.

Anak yang soleh

Anak yang soleh yang mendoakan ibu bapanya, mereka ini lebih mahal dari telaga minyak. Kalau mendapat seorang sahaja anak yang soleh ibu-bapanya menjadi lebih kaya dari seorang taukeh lombong emas ataupun seorang taukeh telaga minyak, kerana pulangan yang diterimanya di dunia dan juga di akhirat amatlah lumayan.

Sebelum itu kita kena tanya, adakah anak ini di dedahkan ke tempat orang mengajar, tempat orang mengaji ilmu akhirat. Kalau tidak, bawalah mereka ke tempat mengaji, jangan sampai berpenyakit baru hendak minta air tawar dengan ustaz. Barulah mencari air tawar kerana anak susah untuk solat, susah untuk ke masjid, payah untuk mengaji, sebaliknya degil tidak dengar kata, keluar malam, berperangai tidak baik, derhaka dan sebagainya.

Anak-anak ini tidak pernah terkena doa, kena ilmu, kena ayat Al-Quran, tidak pernah kena hadis Nabi saw, maka menjadi keraslah hati mereka. Lepas itu baru hendak minta air tawar, tak rak, tidak padan nak lawan hati yang sudah keras. Mereka tidak cukup bekalan hidup, tidak cukup bekalan zat makanan dan bekalan rohani. Ibu-bapa perlulah berdoa hari-hari, sebab hati manusia hanya Allah swt yang boleh memberikan hidayah. Kena minta dengan Allah swt supaya diberikan anak yang soleh. Anak yang soleh ialah rezeki kita yang hakiki, rezeki ibu-bapa yang abadi, harta kita yang boleh ditumpang di dunia dan di akhirat nanti.

May 29, 2010 Posted by | harta rohani, Ilmu, pahala, Uncategorized | Leave a comment

* Seluruh hidup menjadi ibadat dan beramal soleh

Siri kuliah pagi Sabtu di Masjid Binjai oleh YB Ustaz Muhammad Mustafa. Siri 5

Majlis dimulakan dengan puji-pujian untuk Allah swt, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga serta sahabat-sahabat. Juga membaca surah Al-Fatihah. Pertama kita mengucap syukur ke hadrat Allah subhanahu wata’ala dengan kesyukuran yang tidak terhingga banyaknya diatas limpahan nikmatnya dan rahmatnya khususnya nikmat Islam yang kita miliki.

Kesan dan tuah bacaan ini sangat besar dalam hidup ini. Maka banyakkan bacaan-bacaan besar dalam Islam. Ayat yang turun terawal kepada Nabi saw ialah menyuruh membaca, “ikraq”. Agenda besar ialah memperkaya diri dengan banyak membaca. Membaca adalah kewajipan dan suruhan Allah, “Ikraq” ayat pertama, membaca dengan nama Allah swt, bertujuan memajukan diri kita, membena diri dan kekayaan pada diri kita. Bahan bacaan yang paling besar ialah Al-Quran al-Kareem. Imam Abu Hanifah ra khatam Al-Quran 1000x sepanjang hayatnya.

Kita boleh khatam Quran 40x sehari. Dengan membaca kulhuallah .. .. 120 kali. Untuk menjadi jutawan kulhuallah, baca sambil buat kerja, sambil jalan, masak, kerja harian dan sebagainya. Satu ketika di Madinah, malaikat turun dari langit untuk solat jenazah sahabat kerana ia banyak membaca kulhuallah sepanjang hayatnya. Bacaan besar kedua ialah subhanallah, alhamdullilah dan allahhuakbar. Juga dibaca banyak-banyak untuk menjadi jutawan. Kena ada sistem, ada akaun, catit supaya ada target. Kalau setakat dengar, tak jadi apa. Nabi saw kata baca subhanallah, alhamdullilah dan allahhuakbar, ringan disebut tetapi berat timbangan di akhirat nanti. Selagi umur ada, baca, sebab kematian itu semakin mendekati. Cukuplah peristiwa kematian itu untuk menjadi iktibar dan memberi kesedaran.

Kemudian YB Ustaz Muhammad Mustafa mengulang-kaji tajuk 14 agenda yang telah di jadual oleh Allah swt untuk dilalui oleh setiap manusia, yang dipelajari minggu sebelumnya. Sentiasalah kita mengingatinya untuk menghidupkan hati kita.

Bacaan ketiga besar ialah doa, selawat, istikfar dan bacaan lain. Supaya bacaan ini memberi kesan kejiwa dan roh, hendaklah dibaca dengan jumlah yang banyak.

Fadilat 10 hari awal Zulhijah

Kita sedang berada di dalam bulan zulhijah. Terkenal ialah 10 hari terakhir ramadhan, iaitu malam lailatul kadar. Tetapi 10 awal zulhijah kita tak berapa ambil berat mungkin kerana tidak tahu atau tak cakna. Rasulullah saw sungguh mengambil berat 10 hari awal zulhijah, sehingga banyak hadis mengenainya. Hadis riwayat Ibn Abas, ‘tidak ada hari-hari diatas dunia ini di mana amal soleh yang dikerjakan di hari ini yang lebih disukai oleh Allah swt, di hari 10 awal zulhijah’. Allah sangat suka hari 10 awal Zulhijah. Jika kita hendak baik dengan Allah dan mendapat keredaan-Nya, maka kita lakukanlah apa yang Allah suka. Jika kita mendapat keredaan-Nya, maka kita memperolehi segala-galanya kerana Allah swt itu adalah segala-galanya. Carilah amalan-amalan dan masa-masa yang Allah swt suka. Maklumat dari Nabi saw, “tidak ada amalan yang lebih Allah swt suka seperti amalan yang dilakukan di 10 hari awal Zulhijah ini”. Kerana hari ini berlaku hanya 10 hari dalam setahun, maka isilah dan susunlah dengan baik semacam kita buat di 10 hari akhir ramadhan. Sahabat bertanya dan Rasul menjawab, “Kalau dibandingkan dengan jihad di medan perang pun tidak padan dengan amalan di 10 hari awal Zulhijah”. Hadith Rasulullah bermaksud; “Tidak ada hari hari yang lebih agung, lebih besar, di hari-hari dalam usia dunia ini yang Tuhan lebih suka, di mana amalan-amalan yang dilakukan di dalam 10 hari awal zulhijah”. Maka Rasulullah bersabda bermaksud, “Perbanyakkan membaca tasbih, tahmid dan tahlil, di sepuluh hari awal zulhijah”.

Macam mana hendak kita buat supaya di 10 hari awal Zulhijah ini dipenuhi dengan amalan? Satu cara ialah menjadikan seluruh hidup kita; gerak-geri, percakapan, perasaan, pemikiran, bangun-tidur, makan-minum, pakaian, perjalanan, semuanya menjadi ibadat belaka dan ada nilai disisi Allah swt. (Sudah dijelaskan dalam Jilid 1 isu 3 pada 15/11/08).

Seluruh hidup menjadi ibadat dan beramal soleh dgn mengikuti cara Nabi saw

1. Islam dan beriman dengan Allah swt. Terus menerus setiap saat. Rasulullah bersabda; “Dalam banyak-banyak amalan kerja dengan hati ialah beriman dengan Allah swt yang besar sekali”.

2. Ikut syariat. Dalam perbuatan, perkerjaan harian, perasaan, penglihatan pastikan ianya: Harus, Sunat, Wajib. Makruh dan Haram ditinggalkan. Dalam urusan kita seharian seperti makan, tidur, bercakap, melihat pastikan ia tidak haram. Kalau hendak dijadikan Ibadat, sekurang-kurangnya perkara itu harus dilakukan, contohnya dalam perbualan, apa yg dikatakan adalah harus, tidak haram. Paling baik wajib.

3. Niat. Membuat perancangan, bercita-cita nak buat perkara baik, kena niat dahulu sebelum membuat pekerjaan, seperti Rasulullah saw seorang yang banyak berniat untuk membuat kebaikan. Niat memolek kerana Tuhan akan tolong kita diatas niat kita yang molek. Yakinlah Allah akan tolong umpamanya sebelum tidur berdoa dan berniat; “Ya Allah bangunkan aku di waktu saat mustajab berdoa”.Ya Allah janganlah berikan hamba ini membazirkan masa umurnya, tidak ada masa lagi untuk hamba ini, tolonglah hamba untuk beribadat sebaik mungkin dengan umur yang ada”. Bertapa besarnya niat dalam Islam dan kesannya kepada kita. Hendak buat apapun kerana Allah swt. Semua berpusat kepada Allah swt.

4. Ikhlas. Segala perbuatan ialah ikhlas kerana Allah, tidak terikat dengan sesiapa. Jangan syirik dengan mempunyai dua niat, contoh satu kerana Allah dan lagi satu kerana manusia. Orang yang keramat diatas dunia ialah orang yang paling ikhlas. Dibuat kerana Allah SWT, bukan sebab dunia, atau keranamu Malaysia, Allah swt tidak tahu hendak letak dimana. Puak nationalis menghidapi penyakit akidah. Mereka tidak sedari pegangan mereka bercanggah dengan akidah Islam. Bertafakur di tugu negara juga haram, difatwakan oleh Majlis Fatwa. Kita kena KERANA MU YA ALLAH, lepas itu negara, anak, lain-lain. Meninggalkan yang buruk pun kerana Allah.

5. Ikut tertib. Mana-mana hak Allah SWT di utamakan, kerja untuk Allah SWT didahulukan. Hak Ketuanan Allah, hak Kerajaan Allah, hak Ketuhanan Allah, hak Kehakiman Allah, hukum-hukum, undang-undang dan peraturan Allah perlu di utamakan. Ini dok main hak bumiputra, hak Allah swt tak tahu dimana, tak ambil beratpun. Kalau sampai waktu sembahyang, kena sembahyang dahulu, jangan dibuat kerja lain, seperti makan dahulu. Kedua, hak Nabi saw. Ketiga, hak ibu, keempat, hak ayah dan seterusnya yang lain.

6. Buat yang Allah SWT suruh dan tinggalkan yang dilarang. Sebagai panduan, buat yang disuruh, tinggalkan perkara yang berlawanan dengannya. Contohnya dirikan sembahyang dilarang tinggalkan sembahyang.

7. Jaga dari perkara yang membatalkan ibadat. Perkara yang utama ialah yang membatalkan iman, membatalkan Islam dan amalan-amalan ibadat yang dibuat. Umpamanya jangan batal sedekah atau kebaikan yang telah dibuat dengan riak – ingin pujian orang, ujub, sama’ah, kecek dengan orang. Tolong orang, jangan dibatal dengan mengungkit sedekah/perbuatan yang dibuat, atau ungkit walhal kita boleh pahala dah. Dengan hasad dengki juga membatalkan amalan kebaikan seperti api yang membakar kayu yang kering. Syirik dengan Allah juga menghancurkan amalan kebaikan seseorang juga berdosa besar.

Perkara-perkara yang membatalkan Islam dan Iman: Lihat dalam 1. Mastika Hadith, karangan Dato’ Hj Muhammad Noor. Jab. Perdana Menteri. 2. Inilah Akidah Muslim. Abdul Hadi Awang. 2007 PTS Publications Sdn Bhd. Batal Islam batal iman, maka hancurlah amalannya. Batal Islam dari jenis perasaan, hati, jenis perbuatan dan jenis perkataan. Merasakan Islam ini tak lengkap, tak sesuai dengan zaman. Menghina Islam dengan perbuatan atau perkataan seperti merasa Islam tidak membawa kemajuan.

Untuk melakukan amalan dengan berkesan, kita buat amalan fardhu. Dalam hadith kursi, amalan yang Allah suka sekali ialah yang bertaraf fardhu, sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah. Amalan fardhu ini ada dua; jenis buat dan jenis tinggal, yang ditinggalkan kerana Allah ianya amalan fardhu juga. Yang ditinggal biasanya lebih mudah daripada yang kena buat. Yang kena buat, jaga iman jaga Islam. Batal Islam kerana sebab-sebab menghina Islam tengok Mastika Hadith. Kalau nak marah orang tak apa, tapi kalau marah Islam, Allah yang punya, bermakna berlawan dengan Allah Islam hak Allah. Siapa yang melawan Islam murtadlah dia.

Amalan 10 hari awal Zulhijah

1. Nabi saw kata tiap-tiap hari perbaharuilah iman kamu. Jaga iman supaya dia cergas, segar, jangan biarkan dia mati. Sahabat diberitahui, perbaharui iman hari-hari dgn membaca La’ila haillallah banyak-banyak. Bertauhid kepada Allah dengan la’illaha . . tolak semua ‘illah yang nak jadi tuhan (nafsu, syaitan, manusia, undang-undang), yang kita terima hanyalah ALLAH. Dengan itu kita perbaharui iman dgn membaca La’ila haillallah hari-hari.

2. Difardhukan juga ialah istighfar dan taubat hari-hari. Nabi saw yang maksum pun beristighfar 100x sehari. Sembahyang sunat taubat dalam 10 hari ini. Lepas sembahyang doalah kita bertaubat, ampunkan dosa yang tahu, tak tahu, zahir dan batin, yang lepas dan akan datang, untuk keluarga dan semua. Buat 1x siang 1x malam solat taubat. Orang yg bertaubat itu macam tidak ada dosa, habis kes dibuang didunia.

3. Mengaji dan mengajar, keduanya fardhu. Dalam 10 hari ini banyakkan mengaji. Maksud hadith; datang ke majlis ilmu sama ada hendak mengajar atau mengaji, ia mendapat pahala macam pergi haji dan sempurna hajinya.

4. Jaga solat, banyakkan solat jemaah.

5. Bayar hutang, bayar hak-hak orang, tersalah dengan orang dan minta maaf pun fardhu juga.

6. Tutup aurat jika keluar dari rumah, juga fardhu ain. Wajib tutup, kerana Allah suruh, berapa jam tutup banyak itulah pahalanya.

7. Menyuruh makruf menghalang mungkar. Repot polis, majlis ugama kalau maksiat berlaku, jangan dibiarkan. Orang yang buat maksiat semacam tebuk kapal walaupun sedikit, bala Tuhan akan turun, semua akan karam.

8. Kalau ada zakat belum dikeluarkan, keluarkan. Sama ada hutang dengan Allah atau manusia (eg. khado solat, haji yang mampu buat) boleh dilaksanakan. Keluarga kita, ayah yang mampu buat haji tetapi tak buat, wajib diupah buat haji. Cari rezeki yang halal juga fardhu. Niat molek aku nak cari rezeki halal. Tak kira kerja apa.

Solat jenazah juga fardhu kifayah. Banyak orang tolak rezeki dan tuah dari Allah kerana pakat keluar tidak menunaikan solat jenazah.

Kalau ada nazar nak korban, wajib buat, orang yang nazar tidak boleh makan dagingnya. Puasa pun amalan besar. Tinggalkan dosa-dosa besar dan kecil, ditinggalkan kerana Allah. Dosa besar ada 70, pastikan tidak dibuat. Jangan buat perkara yang membawa kepada haram, jatuh haram juga. Asalnya tidak haram tetapi jika ia membawa kepada haram contoh main haji, kalau membawa kepada judi atau balah, tinggal solat maka jadi haram. Sama juga dengan main bola atau dok saja, hingga jadi lalai solat, juga haram. Berkawan pun jadi haram kalau sahabat penyebabkan buat dosa. Korban sunat tapi kalau bernazar korban, nazar jadi wajib. Nabi saw niat korban untukku dan keluargaku.

14 agenda di jadual oleh Allah swt untuk setiap manusia:

1. Dijadikan oleh Allah swt dalam alam roh – Kita dulunya tiada apapun, tidak wujud. Kemudian Tuhan pilih dari tiada jadi ada, kalau tak pilihpun tak apa. Dulu tak ada didunia nyata, hanya dalam bentuk roh.

2. Kita di pelihara oleh Allah swt dalam kandungan ibu. Ketika itu kita tak buat apa pun tapi boleh makan. Tuhan yang pelihara kita 100%. Masa dalam rahim tak buat kerja apa pun. Jangan mulut celupa bercakap, tak kerja tak makan. Hidup di alam nyata pun rezeki di tentukan oleh Allah swt. Masa dalam kandungan ibu dulu, dunia ini ialah alam ghaib, ketika itu tak tahu apa-apapun. Kalau ada orang beritahu pasal duniapun kita tertanya-tanya, betul ke begitu, samalah seperti Nabi saw beritahu pasal akhirat, betul ke begitu, masih ragu-ragu.

3. Kita di lahirkan dan hidup di alam dunia yang nyata.

4. Akan mati.

5. Hidup di alam kubur. Kita terima maklumat awal yang kubur ialah salah satu dari taman-taman dalam syurga atau salah satu dari lubang-lubang neraka. Syurga-neraka telah bermula dalam kubur. Nabi saw kata kalau senang dalam kubur maka akan senang di akhirat. Kalau susah dalam kubur maka akan lebih susah diakhirat nanti.

6. Allah swt akan kiamatkan dunia, hancur-lebur alam ini dengan gempa bumi yang besar.

7. Manusia di bangkitkan dari alam kubur pergi ke padang mashyar dengan segala masalahnya, makan-minum layan-diri. Ini juga berita awal, TV dan radio kita tidak mengiklankan perkara ini, kita kena cari sendiri dengan mengaji.

8. Di bicarakan di mahkamah Allah swt. Di mahkamah ini ketar dagu dan kecut-perutlah kita, dimana seluruh amalan kita, zahir dan batin akan diodit, dihisab bermula dari akhir-baliq sampai mati. Maklumat awal kita terima, laporan amalan yang diserah oleh malaikat berpuluh batu panjangnya kertas laporan tersebut. Kemudian Allah swt suruh kita baca sendiri laporan hidup kita dan mengauditnya sendiri untuk menentukan syurga-neraka. Kita akan mengeluh melihat apa yang ditulis oleh malaikat, yang selama ini kita tak ambil hirau, cara dan kisahpun. Bicara di mahkamah Allah swt mengambil masa yang lama, bergantung kepada banyak kes-kes yang perlu dibicarakan.

9. Keputusan mahkamah sama ada syurga atau neraka diumumkan.

10. Keputusan diterima dengan tangan kanan jika keputusan baik. Orang ini akan di beri minum di kolam Nabi saw, Al-Kausar dan tidak akan dahaga buat selama-lamanya. Ada diantara mereka yang mendapat keputusan ke neraka serbu juga kolam Nabi saw hendak minum tapi di halau, direjam oleh Malaikat. Nabi saw tanya malaikat kenapa halau mereka sedangkan mereka juga umat ku. Malaikat jawab, betul mereka ini umat kamu tetapi setelah kamu tiada di dunia, mereka berpaling dari Islam dan Sunnah mu, mereka ikut cara hidup lain, ikut Inggeris, ikut hukum-hakam lain daripada mu. Walaupun mereka nama Islam tetapi hati mereka tidak lagi Islam.

11. Bergerak ke Titian Sirat. Tiian Sirat ini di atas mulut neraka. Siapa yang lepas titian sirat, selamatlah dia, kalau tidak maka jatuhlah dia ke dalam neraka.

12. Masuk neraka untuk calon neraka. Neraka ialah pusat penyeksaan manusia. Kesusahan dalam dunia, sakitnya, panasnya, bisanya dari awal dunia hingga akhir dunia, hanya 1 % . Di dalam neraka ada 99 % seksaan azab lagi. Oleh itu seksaan di neraka amat dasyhat. Hadith- siapa yang baca ‘Allah humma ajirna minan nar” baca 7 kali. Ya Allah selamatkan kami dari neraka. Neraka pula doakan kita supaya dijauhi darinya.

13. Masuk syurga oleh calon syurga. Dalam syurga rezeki cari kita, nak makan gapo, nak mewah setara mana, nak gapo, Allah swt tanggung semua. Di sana Allah swt lantik menjadi raja besar semua. Ott senapas biar kita lelah sikit di atas dunia ni, tetapi yakin dengan masa depan yang menunggu ni, lepas ni senanglah kita. Maklumat awal, kalau dikumpul semua kemewahan, kehebatan yang ada di dalam dunia, dari awal hingga kiamat, ianya baru 1 % sahaja. Lagi 99 % kemewahan ada di dalam syurga. Tetapi kena ingat di dunia inilah menentukan semua itu, kalau jadi, tak menjadipun sekali sahaja diberi peluang. Oleh itu sabarlah dan buatlah suruhan Allah swt di dunia ini walaupun ada-kalanya susah.

14. Mematikan malaikal maut. Kemudian Tuhan istihar penduduk syurga supaya hidup semewah-mewahnya, makanlah apapun, tidak akan kena apa-apa penyakit seperti di dunia, hospital dan doktorpun tidak ada, buatlah apa saja, bebas tidak ada haram-halal dalam syurga dan tidak akan mati lagi. Manusia hidup selama-lamanya. Penduduk neraka pula mereka berdoa hendakkan mati, disebabkan azab yang mereka lalui. Sedangkan mati itu sudah mati, buat macam manapun, bunuh diri ke, mereka tidak akan mati lagi. Ada juga yang meminta jadi tanah seperti asal, supaya tak kena azab yang tidak tertanggung. Istigfarlah banyak-banyak supaya selesai kes di dalam dunia. Kalau tidak selesai kes di dunia akan dibicara di Padang Mashyar. Kita yang banyak dosa patut istighfar lebih banyak lagi. Masuk neraka seorang perempuan kerana kes seekor kucing, walaupun perempuan ini baik, solat, puasa, zakat, baik dengan orang, tetapi dia kurung kucing itu sampai mati, dan kes-nya dibicarakan, tidak dibuang kes, sebab tidak bertaubat dengan Allah swt maka masuk neraka dia. Kalau kurung kucingpun sudah sedemikian, macam mana pula kalau kurung dan aniaya manusia. Kita kena usaha untuk selesai diluar mahkamah Allah swt. Kena bertaubat selalu, istighfar selalu, di setiap waktu pagi, petang dan malam. Istighfarlah dosa kita yang lepas, yang sedang berlaku dan dosa yang akan datang. Ampunkanlah dosa yang aku tahu dan aku tak tahu. Nabi saw yang tiada dosapun istighfar 100x setiap hari.

Zikir ialah ingat ke Tuhan, asalnya dengan hati dan dibantu dengan mulut. Apabila hati ingat dengan Tuhan maka dia reti dan memahami apa yang dia ingat. Tetapi kalau berzikir dengan Al-Quran, samaada faham atau tidak, keduanya menjadi zikir juga. Wallah waalam.

January 2, 2009 Posted by | Al-Quran, Amalan, harta rohani, Ilmu, pahala | Leave a comment

* Amalan murah rezeki

20 Dis 2008 Masjid Binjai Kuliah oleh YB Ustaz Muhammad Mustafa

Minggu lepas kita belajar amalan besar dari segi kerohanian yang kita memohon kepada Allah supaya hidup kita ini jadi senang. Senang di dunia juga senang di akhirat. Manusia walau di mana sahaja mereka berada, mereka hendakkan hidup ini senang dan tidak mahu susah. Senang susah adalah milik Allah Taala, kerana Allah yang empunya hak dan Dia menentukannya melalui melalui sebab-musabab dan proses tertentu. Allah Taala bawa Islam untuk mengajar kita bagaimana hendak senang dan bagaimana hendak mengelakkan daripada kesusahan. Dengan itu kita boleh hidup senang dan menyenangkan orang lain dan kalau hidup susah, kita juga menyusahkan orang lain. Dunia ini tempat ujian dan hidup kita dalam peperiksaan sampai mati. Kita semacam duduk dalam dewan peperiksaan dan diminta jawapan dalam menyelesaikan masalah kehidupan kita. Bagi kitanya kena kabar (cakna) kita dalam peperiksaan dan kita diminta untuk lulus ujian ini, dalam semua bab-bab ujian Allah ini. Contohnya mesti lulus dalam bab hubungan dengan Allah, hubungan dengan Rasul, hubungan dengan manusia. Apabila kita lulus kita di panggil rodiaallah huan’hum, wa’ roduan. Allah Taala reda terhadap mereka itu dan mereka juga reda terhadap Allah. Keredaan Allah Taala ialah yang terbesar sekali. Jika mendapat keredaan Allah swt, maka ia memperolehi segala-galanya kerana Allah swt itu segala-galanya.

Apa saja ujian yang datang, yang menyusahkan atau yang menyenangkan, kita mesti lulus ujian tersebut, untuk mendapat keredaan-Nya.

Ott’la senapas, bersabarlah, kita hidup sekali seorang, ini sekali saja peluang yang ada. Umpamanya hari Sabtu ni datang sekali sahaja dalam umur kita dan dunia ni, jadi kalau amalan kita di hari Sabtu ini jadi molek, molek lah dia, kalau tidak maka sebaliknya. Jika hari Sabtu ini dipenuhi dengan amalan baik maka jadilah harta kita, yang akan membawa tuah dan kebahagian di akhirat nanti. Tetapi kalau disalah gunakan waktu-waktunya, dibazirkan atau dikhianati, dipenuhi dengan perkara yang tidak betul dan mungkar; maka hari Sabtu inilah yang akan menyusahkan kita sampai bila-bila.

Isu semasa masyarakat hari ini ialah susah dalam bab cari makan. Hidup ini bukan hanya pasal nak makan je. Kita kena cari lebih dari makan sebab kehidupan bukan sekadar nak makan sahaja. Kita kena cari ilmu, kita kena cari keredaan Allah, apa sahaja yang boleh menyelamatkan kita, menyenangkan kita di akhirat nanti. Dalam bab kehidupan cari makan ini kita kena berkira dengan Allah Taala, kerana Allah lah segala-galanya, semuanya di tangan-Nya. Kalau Allah luluskan permohonan kita, perkiraan dengan makhluk dibawah menjadi senang sebab telah ada kelulusan.

Rasulullah saw telah meninggalkan amalan-amalan murah rezeki dan menyenangkan hidup

Syarat-syarat untuk melayakkan dimurah rezeki.

  1. Beriman kepada Allah swt. Iman membawa kepada keamanan. Iman amat penting, kalau ada iman, akan amanlah dirinya, rumah-tangga dan keluarganya akan aman masyarakat akan amanlah negara. Disebaliknya kalau tidak ada iman, haru-hara, kacau-bilau semuanya, keluarga, masyarakat dan negara.

Iman ini ada tiga perkara & kena sama naik:

    1. Iman ini kena percaya dengan hati, meyakini dan membenar dengan hati.
    2. Mengaku dengan lidah.
    3. Mengikuti dengan amalan.

Kebiasaannya orang menterjemah hanya ‘percaya dengan hati’, ini tidak lengkap lagi. Itu hanya satu bahagian daripada iman. Kena buat ketiga sekali. Contohnya, manusia akan buat hanya perkara yang ia percaya, kalau dia tidak percaya dia tidak akan buat. Dia akan marah dan melawan benda yang dia tidak percaya. Percaya dengan apa yang diberitahu oleh Allah dan Rasul dinamakan iman. Bila seorang itu beriman, dia akan membuat tiga perkara diatas, iaitu membenar dengan hati, mengaku dengan lidah, mengikutinya dengan amalan.

Sebagai contoh, maksud hadith Nabi saw; “Sesiapa yang pergi ke masjid niatnya untuk mengaji atau mengajar, pahalanya sangat besar, dan pahala ini adalah harta (rohani) kita, maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan sempurna hajinya”.

Maka apabila perkara ini diberitahu oleh Nabi saw, kita mesti yakin dan percaya, dan mengaku dengan lidah dan membenarkan dengan hati. Kalau berhenti setakat itu sahaja tidak diikuti dengan amalan, bermakna imannya masih tidak penuh lagi. Setelah kita yakin yang pahala pergi ke masjid mengaji atau mengajar itu besar bayaran pahalanya disisi Allah, maka dengan keyakinan itulah mengerakkan kita pergi mengaji. Inilah beriman yang betul, tidak dikira beriman jika orang mengatakan ‘dia tu walaupun tidak bertutup aurat, iman dia kuat tu.’ Ini tidak betul, ilmu salah. Jika seseorang itu beriman, iman itu akan bergerak terbit mengikuti mata, terbit mengikuti fikiran, terbit mengikuti mulut, terbit mengikuti lidah, kaki, pendengaran dan sebagainya. Macam sistem letrik yang mengerakkan kipas dan menyalakan lampu. Kita tidak boleh kata kipas tidak memusing tapi letrik ada. Mungkin kipas rosak atau switch tak buka, iman kena tiga selalu. Dengan berimannya kita kepada Allah Subhanahu wataala, insyaAllah Allah tidak akan mengsia-siakan kita. Dengan Allah Taala, kalau kita sudah percaya kepada-Nya, Dia akan jaga kita, Dia akan menguruskan kita. Itulah tuah keimanan. Rezeki bukan manusia yang pegang dan uruskan, bukan negara yang pegang, Allah yang mentadbirkannya. Sebab ada dikalangan masyarakat sebab hal rezekilah dia tak mari solat jemaah, tak boleh datang mengaji, tak boleh itu dan ini, sebab ‘tak dae sebab nak cari makan’. Dia tidak khabar mengajipun cari makan juga, makanan rohani. Kita haruslah yakin yang bab rezeki ini Allah yang menguruskannya, pandailah Allah mencari jalan sebab-musabab memberi kita rezeki, setelah Allah iktiraf keimanan kita.

  1. Takwa. Ia merupakan ibadat kepada Allah dan menghasilkan pahala besar. Kita cermat dalam hidup, mana yang Allah suruh kita buat, yang mana di larang, kita tinggalkan. Orang yang bertakwa, insyaAllah dipermudahkan hidupnya, cari makannya mudah, rezekinya murah. Banyak contoh manusia yang hidup bahagia kerana tuah takwanya itu. Ath Thalaaq 65:2. Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. 65:4. Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya. Segala masalah dalam hidupnya, Tuhan pandailah nak selesai, tidak kira masalah besar manapun. Ini kerana tuah takwa dalam dirinya.

  1. Istigfar. Ia juga membawa tuah kepada ekonomi, rezeki dan kehidupan kita. Ia ubat besar kepada penyakit diri. Rahmat Tuhan tak mari kerana tersumbat tak berlari dengan molek. Seperti saluran darah tersumbat dengan cholesterol (lemak) kerana pemakanan tak seimbang. Masa makan, sedap manis dan lemak terlajak sebab sedap, soalannya lepas makan, kena sakit jantung dan kencing manis. Hidup mesti sedap, bersuka-ria tapi lepas itu? Kalau penyakit rohani ni dipanggil dosa kerana maksiat. Dosa ini walaupun tidak nampak tetapi hakikatnya ia penyakit (rohani). Kalau orang berasa sakit dengan dosa mungkin orang tak buat dosa. Perkara yang salah sebetulnya satu kesakitan. Contohnya kalau salah makan, sakit perut hungga ke bilik air. Bayangkan kes salah makan saja, lembik-lotek. Setiap kesalahan seperti salah urat, salah cakap, sebagainya menyakitkan kita. Apatah lagi salah dengan Allah Taala membuat renggang hubungan dengan Allah, Rahmatpun kurang, rezekipun kurang, semuanya kurang, sumbat hubungan rohani dengan Allah, tersumbat macam perjalanan darah. Jalan penyelesaiannya ialah dengan istigfar. Nabi saw sendiri membaca 100 kali sehari, kita seharusnya lebih lagi kerana banyak dosa. Insyaallah dengan beristigfar boleh membuang penyakit rohani yang menyakiti kita, dipanggil dosa dan maksiat. Dengan tiadanya halangan ini insyaAllah dimurahkan rezeki.
  2. Al-tafarruk bil ibadah. Amalan rohani yang ke-empat ini ialah beribadat kepada Allah sepenuh masa. Sentiasa beribadat kepada Allah sepenuh masa yang menjadi matlamat hidup sebenar. Hadith kursi, Firman Allah; “Wahai anak adam, buatlah sepenuh masa beribadat kepada Ku, Aku akan penuh dada mu dengan kekayaan, dan Aku penuhi keperluan mu”. Maksudnya Allah Taala akan tutup kemiskinan dan penuhi keperluannya. “Kalau kamu tidak beribadat sepenuh masa nescaya aku akan penuh diri mu itu dengan kesibukan.” Sibuk dengan keduniaan, hungga sana-sini, tetapi tidak mendatangkan hasil, masih miskin juga. Ibadatnya, jemaahnya, mengajinya dan hubungannya dengan Allah ditinggalkan, sibuk dengan makhluk Allah untuk cari makan. “Kalau kamu tidak beribadat dengan Aku sepenuh masa, Aku tidak akan peduli keperluan mu”. Akhirnya mereka akan duduk dalam keadaan sesak, susah dan tidak cukup seomor. Kita dapat perhatikan dalam masyarakat kita, orang yang jauh dengan Tuhan, jauh dengan ilmu, jauh dengan masjid, jauh dengan Islam, sentiasa tidak cukup seomor walaupun berjuta hartanya. Orang sebegini menerima hukuman daripada Allah kerana sombong dengan Allah Taala.

Satu lagi Hadith kursi, Sabda Nabi saw, Tuhan Rabb (Rabb- memelihara; kita amat sayang dan percaya orang yang memelihara kita seperti ibu-bapa kita, sudah semestinya yang memelihara kita sejak zaman roh, bayi dan dewasa, sekarang dan akhirat nanti ialah Allah, dan Allah-lah yang paling kita sayangi, paling dikasihi dan percaya) yang memelihara kamu telah berfirman; “Wahai anak adam, beribadatlah kepada Ku sepenuh masa, Aku akan isi penuh hati mu dengan kekayaan rohani, dan Aku penuh tangan mu, kehidupan mu dengan rezeki.” Allah Taala yang membuat kenyataan ini, ‘orang besar sekali’, Tuan yang membuat rezeki, Dia yang ada authoriti untuk memberi rezeki kepada manusia ini. Sambung-Nya; “Wahai anak adam jangan kamu menjauhi diri daripada-Ku, kalau kau menjauhi diri daripada Aku, nanti Aku akan penuhi hatimu dengan kemiskinan, kefakiran (tak merasa cukup) dan Aku akan penuhkan kehidupan mu dengan kesibukan.”

Kesimpulannya kita buat kerja ibadat ini ada hubung-kait dengan rezeki dan ekonomi. Islam ini tidak boleh dipisahkan dengan dunia. Tidak bermakna jika kita rapat dengan Allah kita tinggal dunia, tinggal kemajuan.

Cara mana nak buat sepenuh masa beribadat kepada Allah ? supaya termasuk dalam golongan ‘mutafar’righun’ – orang yang beribadat sepenuh masa, setiap saat, setiap minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun, sentiasa beribadat kepada Allah, tidak putus.

Bagaimana untuk menjadikan seluruh hidup kita menjadi ibadat (diulang lagi kerana manusia ini pelupa)

  1. Beriman kepada Allah swt. Dengan beriman terus menerus, tidak berhenti, bermakna kita beribadat sepenuh masa untuk menghasilkan janji Allah dalam bab kehidupan dan rezeki ini. Rasulullah bersabda; “Dalam banyak-banyak amalan kerja hati ialah beriman dengan Allah swt yang besar sekali”. Bila seorang itu beriman, dia akan membuat tiga perkara iaitu membenar dengan hati, mengaku dengan lidah, mengikutinya dengan amalan.

  1. Jaga syariat. Jaga syariat ini dipanggil juga takwa. Bermula daripada hati kita, fikiran kita, perbuatan, kaki-tangan kita, hubungan kita dengan manusia, perkerjaan harian, perasaan, penglihatan pastikan ianya; harus, sunat dan wajib. Makruh dan haram ditinggalkan. Dalam urusan kita seharian seperti makan-minum, tidur, bercakap, mendengar, melihat pastikan ia halal, tidak haram. Kalau hendak dijadikan Ibadat, sekurang-kurangnya perkara itu harus dilakukan, contohnya dalam perbualan, apa yang dikatakan adalah harus, tidak haram. Paling baik wajib. Tidak bermakna ibadat itu kena duduk di masjid. Bermula bangun tidur dan tidur kembali kita sentiasa berjaga dan beringat tidak melangar perintah Allah swt; ini yang dipanggil takwa.
  2. Niat. Membuat perancangan, bercita-cita nak buat perkara baik, berazam nak beribadat pada Allah sepenuh masa. Kalau bulan puasa, niat nak puasa sebulan. Untuk kehidupan, kita berniat nak beribadat seumur hayat dan sepenuh masa. Kita catitlah molek-molek dalam buku, berazam betul-betul apa yang kita nak buat seluruh hayat ini. Contohnya hari ini selepas bangun tidur hingga tidur semula, berapa perkara yang kita niat untuk dibuat, kita tulis memolek dalam buku harian kita. Kita kena ada buku catitan, (buku yang mudah dibawa kemana saja, ditulis bermacam catitan hidup kita, peringatan, jumlah zikir dan catitan ilmu ketika mengaji – penyunting), untuk dibuat catitan niat/ rancangan kita nak dibuat, umpamanya subuh jemaah dah, sunat subuh, solat sunat dhuha, tahajud, witr, zikir, kulhuawalah, baca Quran dan sebagainya sampailah tidur. Buat catitan hari ini nak buat apa, minggu ini apa pula, bulan ini, tahun ini nak buat apa pula. Lepas itu kita amalkanlah. Jangan dibiarkan umur kita ini tiris kot sae, tanpa merancang. Bagi orang Islam hari ini mesti lebih baik dari hari kemarin, minggu ini mesti lebih baik dari minggu lepas, bulan ini mesti lebih baik dari bulan lepas, ada peningkatan. Ini semua kena ada perancangan. Kalau kita gagal merancang, bermakna kita merancang untuk gagal. Kalau kita gagal dalam hidup ini kerana kita rancang untuk gagal. Perkayakanlah diri dengan niat. Tok Guru ustaz Muhammad berpesan, kalau kamu nak beribadat sepenuh masa, perbanyakkan niat dalam hidup kamu. Niat untuk buat kebaikan itu dan ini, ditulis supaya tidak terlupa. Kena niat dahulu sebelum membuat pekerjaan, seperti Rasulullah saw seorang yang banyak berniat untuk membuat kebaikan. Hadith Nabi saw; “Apabila seseorang memasang niat, tiba-tiba dia tidak kesempatan untuk membuatnya, Tuhan swt masih membayar penuh perkara yang diniatkan itu”. Seperti seorang yang hendak solat berjemaah, tiba-tiba di masjid orang habis beri salam, mungkin imam baca surah pendik (biasanya subuh dibaca surah panjang). Amalan orang mukmin, kena bangun awal sebelum subuh lagi. Said bin al-musaid berkata, aku semenjak beriman dengan Rasulullah aku berada dalam masjid sebelum waktu azan, sudah 30 tahun begitu. (Hadith menunggu sembahyang: “Sesiapa yang menunggu sembahyang seperti ia sudah sembahyang ….. ). Niat memolek kerana Tuhan akan tolong kita diatas niat kita yang molek itu. Yakinlah! Allah akan tolong; umpamanya sebelum tidur berdoa dan berniat; “Ya Allah bangunkan aku di waktu saat mustajab berdoa”.Ya Allah janganlah berikan hamba ini membazirkan masa umurnya, tidak ada masa lagi untuk hamba ini, tolonglah hamba untuk beribadat sebaik mungkin dengan umur yang ada”. Bertapa besarnya niat dalam Islam dan kesannya kepada kita. Hendak buat apapun kerana Allah swt. Semua berpusat kepada Allah swt. Maka berniatlah kita untuk setiap masa apa yang kita hendak buat hari ni, minggu ini, bulan ini dan tahun ini, dan 10-20 tahun akan datang; di rancang dan catit dalam buka catitan harian.
  3. Ikhlas. Segala perbuatan hendaklah ikhlas kerana Allah, tidak terikat dengan sesiapa. Jangan syirik dengan mempunyai dua niat, contoh satu kerana Allah dan lagi satu kerana manusia. Orang yang keramat diatas dunia ialah orang yang paling ikhlas. Dibuat kerana Allah swt, bukan sebab dunia, atau keranamu Malaysia, Allah swt tidak tahu hendak letak dimana. Puak nationalis menghidapi penyakit akidah. Mereka tidak sedari pegangan mereka bercanggah dengan akidah Islam. Bertafakur di tugu negara juga haram, difatwakan oleh Majlis Fatwa. Kita kena KERANA MU YA ALLAH, lepas itu negara, anak, lain-lain. Meninggalkan yang buruk pun ikhlas kerana Allah Taala.
  4. Ikut tertib. Mana-mana hak Allah SWT di utamakan, kerja untuk Allah SWT didahulukan. Hak Ketuanan Allah, Ketuhanan Allah, hak Kerajaan Allah, hak hak Kehakiman Allah, hukum-hukum, undang-undang dan peraturan Allah perlu di utamakan. Sekarang ini ada pihak yang tak ambil beratpun hak Allah swt, tak tahupun Allah ada hak. Kalau sampai waktu sembahyang, kena sembahyang dahulu, jangan dibuat kerja lain, seperti makan dahulu. Kedua yang berhak keatas kita ialah, hak Nabi saw. Ketiga, hak ibu, keempat, hak ayah dan seterusnya yang lain. Orang ziarah rumah, ketika kita solat dhuha, tetapi kita terus juga solat, lama tetamu menunggu. Dari segi tertib tak kena (faekul al-la’wi’yat) , solat itu sunat, menghormati tamu itu wajib, hak-hak tetamu. Sama juga dengan berhutang, lapuk tak lapuknya, tiba-tiba buat umrah yang sunat, bayar hutang yang wajib, tidak dibayar. Ketika sedang berhibur, azan berkumandang, ‘Allah huakbar, Allah huakbar’ Allah besar sekali, Allah mustahak sekali, hak penting sekali, hak nak tumpang, maka ditinggalkanlah hiburan itu dan buatlah suruhan Allah itu lebih awal. Berhibur jangan melampau, kerana ianya menghabiskan masa, umur kita yang sedikit ini mahal harganya. Kita biasa terasa membazir jika paip air mengalir, kipas atau lampu terus dipasang, walaupun tiada siap menggunakannya. Cuba kita lihat pula seseorang yang ambil jam dia, di buangkannya, atau gelang emas dia, dibuangnya, wang dia buang. Kita kata orang ini ‘kurang sihat’ (gila). Mengapa kita kata dia gila, kerana dia membuang benda yang mahal dalam hidupnya. Bandingkan pula dengan masa kita, umur kita; mana lebih mahal? Umur dan masa yang habis tidak boleh diganti, emas dan harta boleh lagi dicari. Orang yang membuang masa, membazir umur dia, bermakna dia telah membuang satu perkara yang amat mahal dalam hidupnya.

Masalah main haji: Main haji dan hiburan lain itu pada dasarnya boleh, tetapi jangan ia menjadi alat kepada kuasa iblis. Mainan ini memperalatkan kita supaya kita lalai. Cuba kita kaji permainan haji ini dari segi pengajaran dan tabiatnya yang tidak baik. Kalau tabiat tidak baik ini diikuti masuk dalam panduan hidup kita, sungguh malang kita. Tabiatnya: (i). setiap-tiap buah haji hanya sibuk nak makan saja. (ii) setiap-tiap buah haji hanya sibuk nak naik haji, hajinya pula bukanlah ikhlas sangat. Naik haji kerana hendak dapat kuasa, sebelum haji dia boleh makan depan saja. Setelah haji dia boleh makan belakang depan. (iii). Dia sanggup bunuh saeng dia (sahabat) kerana kes hendak dapat kuasa. Dia hulur saeng dia supaya musuh makan dengan tujuan dia dapat makan lebih dan dapat laluan untuk cepat naik haji. Inilah antara tabiat-tabiat tidak baik yang perlu dielakkan dalam hidup kita, disamping masa yang dibazirkan diatas umur kita yang sedikit ini. Alangkah baiknya masa kita digunakan dengan berzikir kepada Allah swt. Hadith Nabi saw maksudnya: “Apabila kamu hendak sembahyang anggapkanlah ianya buat terakhir buat mu”. Umpamanya hari ini, anggaplah hari ini hari terakhir dalam hidup kita, esoknya nak mati dah. Maka hari ini kita perbuatlah sebanyak mungkin ibadah dan berzikir dengan Allah swt, sebab hari ini kita ada.

  1. Buat yang Allah SWT suruh dan tinggalkan yang dilarang. Sebagai panduan, buat yang disuruh, tinggalkan perkara yang berlawanan dengannya. Contohnya dirikan sembahyang dilarang tinggalkan sembahyang.
  2. Jaga diri dari perkara yang membatalkan ibadat. Syirik dengan Allah menghancurkan amalan kebaikan seseorang juga berdosa besar. Perkara utama ialah batal iman, batal Islam maka batallah amalan ibadat yang dibuat. Ibadah seperti sedekah atau kebaikan yang telah dibuat akan batal dengan riak – ingin pujian orang, ujub, sama’ah, kecek dengan orang. Tolong orang, jangan dibatal dengan mengungkit sedekah atau perbuatan yang dibuat, atau ungkit walhal kita sudah boleh pahala. Dengan hasad dengki juga membatalkan amalan kebaikan seperti api yang membakar kayu yang kering.
  3. Buat Amalan Berganda. Contoh 1. Hadith Nabi saw: “Siapa dia solat isyak berjemaah, selain pahala jemaah 27x ganda, Tuhan bayar lagi seperti beribadat separuh malam. Siapa dia solat subuh berjemaah, selain pahala jemaah 27x ganda, Tuhan bayar lagi seperti beribadat sepenuh malam.” 2. Baca Al-Quran; satu huruf yang dibaca dibayar 10x ganda kebajikan. ‘Kulhu’wallah” dibayar seperti membaca Quran 10 juzuk. Sama juga jika kita tolong anak yatim, ibu tunggal, pahalanya sama dengan orang yang pergi berjihad dijalan Allah dan dianya berpuasa diwaktu siang dan beribadat sepenuh malam. Bayangkan amalan ini boleh menghasilkan berapa banyaknya pendapatan harta pahala kita. Kita tolong orang sakit, susah dan ziarah orang sakit, hadith Nabi; “Perjalanan kamu membantu saudaranya, lebih baik dari ia beriktikaf di masjid ku ini selama sebulan”. Banyak lagi amalan berganda ini, kita cuba ikhtiarkan agar boleh dibuat, kita akan buat senarai amalan berganda, daripada Quran dan hadith. Ini tawaran Allah Taala kepada kita yang mesti diterima. Ini adalah tawaran dari Allah. Kalau kita tolak tawaran, rugilah kita.

Syariat Ini Kulit, Hakikat Itu Isi ?

Ada orang yang berkata syariat-syariat ini kulit, hakikat itu isinya. Mereka nak isinya sahaja, kulit tak sae. Ini merupakan satu penyakit Melayu yang senang ditipu. Ada yang mengajar hanya ilmu hakikat, syariatnya tidak diindahkan sebab pada mereka syariat hanya kulit, bermakna halal-haramnya tidak diambil penting, dijaga, tidak ambil kisah, bercampur-gaul, meratib sekali lelaki perempuan dalam gelap. Adakah ini yang dimaksudkan dengan hakikat? Kepada mereka yang toho, jahil, sohor le ni. Istilah hakikat itu gapo, menyehor sangat? Jangan tertipu. Apa yang dimaksudkan dengan hakikat? Allah menamakan diri-Nya Al-Hak. Allah-lah yang benar, tidak pernah bohong, tipu dan tidak ada palsu bagi Allah. Dari Al-Hak inilah keluarnya perkataan hakikat. Hak sebenar itu ialah daripada Allah swt. Kalau apa yang dibawa itu bercanggah dengan syariat apa yang diajar oleh Allah dan Rasul saw, itu tidak dinamakan hakikat, itu palsu, penipu, khianat, penyelewengan dan sesat namanya. Mengapa dinamakannya dengan hakikat? Hakikat ini adalah perkara yang sebenar. Syariat adalah hakikat, iman hakikat, sembahyang adalah hakikat, semua yang datang daripada Allah itu adalah hakikat. Mengapa pula pandai-pandai dok bahagikan kepada isi dan kulitnya, semuanya hakikat, benda yang benar. Hambo nak royak hakikat sebenar, jadi kalau tolak syariat, tidak sebenar lagi, sudah menyeleweng.

Ambil contoh hujah akal pula; nak makan durian nak isi saja, tak mahu kulit. Durian itu boleh hadir tanpa kulit ke? Punah isi durian. Kelapa tanpa kulit, boleh berdiri dengan sendiri ke isinya? Syariat itu adalah juga hakikat, Al-Hak, yang datangnya daripada Allah swt. Mengapa nak pecah belah Islam? Timbullah solat padan dengan niat saja. Ini perkara mungkar yang mengeluarkan manusia daripada Islam dan menggekalkan manusia dalam neraka. Jenayah akidah adalah lebih bahaya dari jenayah biasa. Beritahu pihak berkuasa, jangan jadi syaitan bisu dan bersengkokol dengan jenayah akidah itu. Jangan mudah tertipu, mengaji molek. Syariat ini dijaga dengan molek, sesiapa menolak walaupun sedikit daripada syariat, maka terkeluarlah ia daripada Islam, walaupun 99.9% di terima.

Solat Jemaah

Sembahyang jemaah adalah fardhu, yang ada khilaf diantara mazhab Syafie dan mazhab lain. Mazhab Syafie kata ianya fardhu kifayah, mazhab lain kata fardhu ain. Walau bagaimanapun kita kena lihat sebagaimana Nabi buat; “Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu tengok aku sembahyang.” Nabi saw kalau sembahyang fardhu tidak pernah tidak berjemaah. Setiap kerja diatas kita, kita jadualkan lebih awal yang kita nak berjemaah, kita buat persediaan awal. Dalam kes terpencil, orang makan makanan yang sedia terhidang, lalu tak berjemaah. Sepatutnya makan dulu lepas itu berjemaah lah. Kita kena insaf yang solat jemaah dan pahala ini harta kita, selagi mana kita tidak berasa ianya harta kita selama itulah kita tidak ambik berat. Setengah orang dia nak faham, setengah tak nak faham. Kalau ia nak faham, Allah akan buka supaya ia faham.

January 2, 2009 Posted by | Amalan, harta rohani, Ilmu, pahala | Leave a comment

   

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.