* Perlindung dari gangguan syaitan, jin & sihir
Assalammualaikum wrt.
Manzil MS doc file
Bersama ini saya nukilkan bacaan yg saya ambil dari buku doa Manzil Resam Uthmani, susunan Muhammad Zakaria. Doa dan bacaan ini adalah ajaran Rasulullah saw untuk kita mendapat perlindungan daripada gangguan syaitan, jin dan sihir. Ada juga mengatakan di antara fadilatnya termasuk perlindungan dari binatang buas dan pencuri, menyembuhkan berbagai penyakit zahir dan batin, pelindung dan pendinding diri dari kejahatan sihir dan kerasukan jin.
Sangat penting diingatkan dalam mengamalkan ayat-ayat tersebut hendaklah membacanya dengan penuh tawajjuh, sepenuh tumpuan dan rendah hati mengharapkan bantuan dan perlindungan daripada Allah swt. Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah swt, sejauh itulah amalan ini akan memberi berkat.
Antara tanda-tanda gangguan syaitan dan sihir ialah, gangguan tidur malam dengan mimpi yg tidak elok dan bertemu dengan benda yg menakutkan, seperti ular, binatang buas, orang mati. Perasaan diri yg tidak tenteram, keluh-kesah, marah-marah, bengkeng, kurang daya seksual, malas membuat amal maaruf dan nahi mungkar.
Jadikanlah amalan harian kalau anda merasakan ada gangguan syaitan dan juga ditambah dengan surah Yaasin untuk lebih mujarab.
Al Faatihah
002. Al Baqarah 1-5
002. Al Baqarah 163
002. Al Baqarah 255
002. Al Baqarah- 256-257
002. Al Baqarah – 284-286
003. Ali ‘Imran :18
003. Ali ‘Imran :26-27
007. Al A’raaf:54-56
017. Al Israa’:110-111
023. Al Mu’minuun: 115-118
037. Ash Shaaffat:1-11
055. Ar Rahmaan:33-40
059. Al Hasyr:21-24
072. Al Jin:1-4
109. Al Kaafiruun
112. Al Ikhlash
113. Al Falaq
114. An Naas
| Manzil Resam Uthmani – Besar | RM2.50 |
ISBN: 983-099-426-0
Kategori: Doa-doa / Amalan
Muka Surat: 49
Keterangan buku:
PENGARANG : MAULANA MUHAMMAD ZAKARA
Rasulullah s.a.w. telah memberi tunjuk ajar kepada umatnya untuk mengelak dari berbagai tipu helah, hasad dengki, adu domba, fitnah bahkan sihir dari orang- orang yang berniat jahat. Diantaranya dengan mengamalkan zikir-zikir dan membaca ayat-ayat al-Quran secara istiqamah. Manzil ini berisi himpunan ayat-ayat dan doa yang disusun oleh Maulana Muhammad Zakaria untuk dijadikan amalan berzikir seharian. Fadhilat dan khasiat membaca Manzil ini antara lain: Mengandungi kebaikan yang banyak, menyembuhkan berbagai penyakit zahir dan batin, pelindung dan pendinding diri dari kejahatan sihir dan kerasukan jin, serta ianya sebagai bekalan yang ampuh bagi menghadapi segala serangan manusia yang berpunca dari sifat mazmumah. Apa yang penting, hendaknya membaca ayat, doa dan zikir dalam Manzil ini mestilah berniat ikhlas dengan hanya mengharap redha dari Illahi dan yakin dengan sepenuh hati bahawa apa yang dipohokan akan dikabulkan.
No comments yet.